MPU 23012: Dunia siber menyelubungi kehidupan harian kita.

  • Home
  • MPU 23012: Dunia siber menyelubungi kehidupan harian kita.

MPU 23012: Dunia siber menyelubungi kehidupan harian kita. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MPU 23012: Dunia siber menyelubungi kehidupan harian kita., Health & Wellness Website, .

02/01/2022
SUMBER RUJUKAN TERAKHIR
02/01/2022

SUMBER RUJUKAN TERAKHIR

View flipping ebook version of E-Folio pengajian islam published by Izudin Haikal on 2020-03-12. Interested in flipbooks about E-Folio pengajian islam? Check more flip ebooks related to E-Folio pengajian islam of Izudin Haikal. Share E-Folio pengajian islam everywhere for free.

SUMBER RUJUKAN 2
02/01/2022

SUMBER RUJUKAN 2

ainoorahman2808 menerbitkan PENYALAHAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT pada 2020-03-04. Baca versi flipbook dari PENYALAHAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT. Muat turun halaman 1-17 di FlipHTML5.

SUMBER RUJUKAN 1
02/01/2022

SUMBER RUJUKAN 1

LANGKAH - LANGKAH MEMBENTUK MASYARAKAT YANG SIHAT JASMANI DAN ROHANI AHLI KUMPULAN: NUR ALYA BINTI SAARI (04DPM20F1019) NURALIA IZZATI BT MOHD DUSUKI (04DPM20F1084) SITI NUR ZULAIKHA BINTI MUHAMAD SUKRI ( 04DPM20F1022) AISYAH BINTI ABDUL KHALIQ ( 04DPM20F1080) Pengenalan Dunia

02/01/2022

Kesimpulannya, yang dapat diambil dari pembahasan tersebut adalah kesihatan jasmani dan rohani saling terkait. Sekarang tergantung dari peribadi setiap individu. Apakah mereka hanya memikirkan jasmani sahaja, atau menyeimbangkan keduanya. Kerana orang dikatakan sejahtera/ benar-benar sihat apabila kesihatan jasmani dan rohani dalam dirinya seimbang. Maka dari itu,kita haruslah menyeimbangkan kedua-duanya sekali. Pengajaran yang dapat disampaikan dari pembahasan tersebut adalah dalam menjalani hidup kita harus berusaha, bukan hanya untuk jasmani kita , tapi juga untuk kesihatan rohani. Kesihatan rohani dapat dicapai dengan selalu menjalani hidup dengan penuh usaha, syukur dan ikhlas. Dengan begitu, mudah-mudahan kita boleh menjalani hidup dan segala ujian dengan baik. Sehingga, kita dapat mencapai kebahagiaan baik jasmani mahupun rohani.

Langkah yang terakhir ialah Al quran sendiri merupakan suatu ubat dari segala ubat, maka kita sebagai umat islam ketika ...
02/01/2022

Langkah yang terakhir ialah Al quran sendiri merupakan suatu ubat dari segala ubat, maka kita sebagai umat islam ketika kita sedang bingung, gundah, banyak masalah dalam hidup , maka perbanyakkanlah kalian untuk membaca Al quran kerana, al quran sendiri membawa ketenangan dalam hati dan juga Al quran sendiri juga sebagai penawar dari segalanya. Ini juga termasuk langkah-langkah hidup sihat kerana al quran membawa Mukjizat yang sangat agung. Ini boleh dijadikan ubat jasmani mahupun rohani kerana sudah banyak buktinya. Menjaga kesihatan merupakan hal yang paling utama maka selagi tubuhmu masih sihat, masih kuat, maka janganlah sia- siakan tubuh yang sihat dan kuat untuk mencari nafkah, membantu orang lain, dan selalu berbuat kebajikan sesama makhluk hidup. Kerana Allah mencintai seorang yang selalu berbuat kebajikan dan orang yang selalu tolong menolong.

Langkah ketiga Program kerohanian merupakan aktiviti-aktiviti yang lebih kepada keagamaan yang mampu membina jati diri y...
02/01/2022

Langkah ketiga Program kerohanian merupakan aktiviti-aktiviti yang lebih kepada keagamaan yang mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan masyarakat terutama pelajar di sekolah sekiranya dilaksanakan sewajar dengan keperluan para pelajar. zikir di luar rumah diwaktu 1/4 malam. Hal ini pun juga merupakan sebahagian langkah untuk menjaga kesihatan. Banyak orang yang belum tahu tentang fungsi dan manfaat zikir di luar rumah di waktu 1/4 malam, hal ini boleh di jadikan seseorang untuk bermunajat kepada Allah, kemudian mengerti akan ketenangan alam, menikmati udara sejuk dan menikmati ketenangan hati. Orang yang sudah tenang hatinya pasrah maka sesuatu apapun yang menimpanya dia akan pasrah ini merupakan salah satu ubat rohani yang memiliki nilai spiritual dan boleh dijadikan sebagai penenang kita di waktu pandemik. Kerana seorang yang tenang maka dia akan tidak merasakan pikiran yang negatif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang menekankan elemen kerohanian adalah suatu ikhtiar untuk membina potensi diri setiap insan. Adalah amat penting bagi setiap masyarakat mempelajari dan memahami perkaraperkara yang berkaitan dengan kerohanian bagi membentuk diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Individu yang terbina rohani, jasmani, akal dan emosinya adalah mereka yang dapat memimpin diri dan juga orang lain ke arah kecemerlangan dan keberkatan di dunia dan akhirat.

Langkah yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang individu muslim adalah penghayatan agama yang ...
02/01/2022

Langkah yang sangat penting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang individu muslim adalah penghayatan agama yang baik. Bukan itu sahaja, malah penghayatan agama juga mampu melahirkan indidvidu yang cemerlang sahsiah atau peribadi dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek, emosi dan sosial. Sekiranya proses penerapan nilai-nilai agama dapat dilakukan dengan berkesan dan berterusan maka penghayatan agama yang baik akan terlaksana.Berpikir positif merupakan hal yang harus di tumbuhkan dalam pikiran manusia. Kerana berpikir positif membawa efek yang baik bagi tubuh baik jasmani maupun rohani, jika seorang berpikir yang baik-baik maka hal yang baik tidak lama akan menjumpainya secara tidak sadar di luar kendali kita. Itu pasti akan terjadi, maka dari itu berfikir positif dan yang baik-baik merupakan keutamaan di waktu pandemik untuk menjaga kesihatan jasmani maupun rohani.Penerapan nilai-nilai agama ini secara khususnya boleh dilaksanakan melalui perlaksanaan program-program bercorak kerohanian yang boleh dilakukan sama ada secara formal atau tidak formal.
Langkah kedua Berolahraga merupakan langkah yang sudah umum bagi semua manusia kerana ini hal yang paling mudah untuk di lakukan baik tua mahupun muda, olahraga ini merupakan sebuah langkah hidup sihat dari jasmani sedangkan untuk rohaninya mungkin belum mengikuti.Pendidikan terhadap masyarakat terutama muslim hendaklah diisi dan diberikan pendedahan mengenai Islam dengan sejelas-jelasnya dan disepadukan dengan penghayatan yang dituntut oleh Islam. Jika dibiarkan dengan tidak diorientasikan dan ditarbiyyah dengan Islam, maka kelak mereka akan menerima dan terpengaruh dengan sistem yang palsu serta sesat. Akhirnya, membawa kelumpuhan dan ketandusan kepada para penggerak Islam itu sendiri. Oleh itu, program dan kegiatan Islam untuk masyarakat terutama bagi generasi remaja perlu disusun dan dilaksanakan segera terutamanya di sekolah-sekolah memandangkan institusi ini agak sesuai dan mudah untuk menggerakkan dan mengumpulkan pelajar-pelajar.

keperluan jasmani diperlukan oleh badan atau jasmani masyarakat. Keperluan jasmani ini berkaitan erat dengan masalah kes...
02/01/2022

keperluan jasmani diperlukan oleh badan atau jasmani masyarakat. Keperluan jasmani ini berkaitan erat dengan masalah kesihatan masyarakat mahupun penampilan seseorang. Secara umum keperluan jasmani dapat di ertikan sebagai sebuah keperluan yang dapat langsung dirasakan oleh fizik atau tubuh manusia. keperluan jasmani ini secara langsung berkaitan dengan tubuh dari masyarakat itu sendiri. Jika keperluan jasmani ini tidak dapat dipenuhi, maka masyarakat tersebut akan mengalami masalah seperti kesihatan tubuh yang menurun atau sebagainya. Contoh Keperluan Jasmani Lari Maraton. Kegiatan Lari Pagi Sebagai Salah Satu Contoh Keperluan Jasmani. Contoh keperluan jasmani dari setiap individu itu antara lain adalah keperluan akan makan dan minum,Keperluan akan pakaian,Olahraga dan Kesihatan serta istirahat yang cukup. Rohani dikaitkan dengan hati, kalbu, jiwa, mental, fikiran dan sebagainya yang mewujudkan sebagai suatu unsur peribadi masyarakat yang paling unik yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera. Tetapi gejala dalam kerjanya dapat dirasakan misalnya: menangkap dan menyimpan pengertian, mengingat, berfikir, berkemahuan, rindu, sedih, gembira dan sebagainya. Jika seseorang sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Sebaliknya orang yang menghidap penyakit rohani akan memperlihatkan kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan. Rohani atau jiwa seseorang tentunya memiliki keperluan yang harus dipenuhi.

02/01/2022

Pengenalan

Era globalisasi kini mencetuskan banyak perubahan yang dapat diperhatikan dalam kehidupan selepas arus permodenan ini. Gaya hidup yang berubah berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan cabaran tehadap moral, corak pemikiran dan cara hidup yang berlandaskan ajaran agama dan adab ketimuran. Penyebaran maklumat menerusi pelbagai teknologi baru seperti media sosial sangat memberi impak kepada penerimaan masyarakat terhadap maklumat yang diperoleh. Sebarang berita selalu menyuntik pelbagai sentimen dan emosi masyarakat yang bertindak sama ada merespon secara baik atau sebaliknya. Nilai moral selalu menjadi persoalan kerana adab ketimuran dilihat bertentangan dengan sesetengah tindakan masyarakat yang mencaci atau mencarut sesuatu berita yang sensasi. Sebagai contoh pelbagai reaksi daripada masyarakat dapat dinilai secara kasar seperti penilaian sesetengah masyarakat mempertikai dan menganggap seorang wakil rakyat syed sadiq yang menunjukkan usahanya menyumbang bantuan kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan Ketika banjir di shah alam dan Pahang baru-baru ini. Kehidupan yang berlanjutan dengan emosi yang tidak terkawal kerana terlalu berfikiran negatif dengan maklumat teknologi turut menjejas gaya hidup yang terlalu bergantung kepada kehadiran teknologi. Penggunaan teknologi dan maklumat yang dikendalikan secara tepat dan bijak mampu mengubah corak pemikiran yang membawa kebaikan kepada diri, masyarakat dan negara.

02/01/2022

MPU 23012 : PENGAJIAN ISLAM

NAMA AHLI GRUP :

1)MUHAMMAD SAFWAN BIN MOHD ZAIDI -04DAT20F2046
2)MOHAMAD SHAMSUL BUHAIRI BIN ABDUL HALIM-04DAT20F2001
3)W MUHD KAMARUL HAQIM BIN W JUSOH -04DAT20F2052
4)MUHAMMAD ALI HAIDAR BIN MOHD SYAMSUL -04DAT20F2029

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU 23012: Dunia siber menyelubungi kehidupan harian kita. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram