23/02/2026
RAWATAN & PEMULIHAN LEAKY GUT (LGS)
Panduan Untuk Memperbaiki Usus Yang Bocor
Bagaimana untuk memulihkan usus yang bocor dan menguatkan semula sistem pertahanan tubuh?
Walaupun protokol lengkap rawatan LGS memerlukan penilaian doktor fungsional, banyak langkah praktikal boleh terus dilakukan pesakit di rumah secara selamat dan berkesan untuk menyokong proses pemulihan.
Rawatan asas LGS biasanya berpandukan konsep 4R / 4 Langkah, iaitu:
1. Elak (Remove)
2. Ganti (Replace)
3. Pulih (Repair)
4. Seimbangkan (Rebalance)
Mari kita lihat satu per satu secara terperinci.
1. ELAK (REMOVE) — JANGAN TAMBAH “KEBOCORAN” BARU
Langkah pertama ialah menghentikan punca keradangan. Tanpa langkah ini, proses pemulihan akan lambat atau tidak berjaya.
Antara perkara yang perlu dielakkan:
a) Gula tinggi & makanan proses
Gula memberi makan kepada bakteria pathogenik serta yis yang boleh menganggu keseimbangan mikrobiom usus.
b) Tepung gandum / gluten
Bagi individu tertentu, gluten merangsang zonulin , sjns protein yang melepaskan “tight junction” dan meningkatkan kebocoran usus.
c) Produk tenusu lembu
Protein susu seperti casein boleh menjadi “trigger” kepada sesetengah individu, khususnya yang mempunyai ekzema, jerawat atau masalah sinus.
d) Minyak trans & makanan bergoreng minyak banyak
Minyak teroksida / minyak kitar semula menyebabkan keradangan sistemik.
e) Aditif makanan dan pewarna sintetik
MSG, pewarna tiruan, pengawet dan bahan kimia tertentu boleh mengganggu lapisan mukosa usus.
f) Ubat tertentu (NSAIDs) tanpa kawalan doktor
Jika digunakan secara kerap, ia boleh menipiskan lapisan perlindungan usus.
Nota: Jangan hentikan ubat tanpa nasihat doktor.
g) Stres kronik
Stres yang berpanjangan menaikkan hormon kortisol — mengurangkan aliran darah ke sistem pencernaan dan meningkatkan kebocoran dinding usus.
2. GANTI (REPLACE) — MASUKKAN MAKANAN PENYEMBUH USAH
Selepas kita mengurangkan “beban”, langkah seterusnya ialah menggantikan diet dengan makanan yang memang membantu memulihkan lapisan usus.
a) Sup Tulang / Bone Broth
Kaya gelatin, kolagen, dan glutamin yang menyokong sel epitelium usus.
b) Makanan fermentasi
Sumber probiotik semula jadi seperti:
tempe, budu, cencalok
kimchi, sauerkraut
yogurt & kefir (lebih baik susu kambing / tanpa gula)
c) Sayur & buah tinggi serat (prebiotik)
Serat memberi makanan kepada bakteria baik. Contoh:
bayam, brokoli, kobis, carrot
epal, betik, pisang “slightly green”, jambu batu
d) Lemak sihat
minyak zaitun extra virgin
minyak kelapa / santan segar
ikan laut dalam (omega 3)
e) Rempah anti-keradangan
kunyit/curcumin
halia
bawang putih
ketumbar, jintan
f) Cuka epal sider (ACV) — jika sesuai
Membantu pencernaan, tetapi tidak sesuai bagi pesakit gastrik teruk.
3. PULIH (REPAIR) — MENYOKONG LAPISAN USAH UNTUK SEMBUH
Langkah ini memberi fokus kepada pemulihan tisu usus dan mengurangkan keradangan.
a) Probiotik
Membantu menguatkan penghalang usus dan menstabilkan imun.
Pilih probiotik multi-strain (Lactobacillus + Bifidobacterium).
b) L-Glutamin
Amino acid yang menjadi “fuel” untuk sel usus.
Banyak digunakan dalam protokol fungsional.
c) Zinc
Kajian kecil menunjukkan zinc dapat membantu merapatkan semula “tight junction”.
d) Vitamin D, C, E & B-Complex
Menyokong imuniti, antioksidan dan regenerasi sel.
e) Serat larut tambahan
Psyllium husk
Gam arab (al-manna)
f) Enzim pencernaan
Terutama jika pesakit hadapi masalah makanan tidak hadam, kembung atau cepat letih selepas makan.
g) Herba sokongan
Curcumin
Ganoderma
Akar likorish (licorice)
Herba perlu digunakan secara berhati-hati bagi pesakit darah tinggi, hamil, atau mengambil ubat doktor.
4. SEIMBANGKAN (REBALANCE) — KEMBALIKAN FUNGSI SISTEM “REST & DIGEST”
Pemulihan usus tak akan sempurna jika stres, tidur dan gaya hidup masih tidak dikawal.
a) Kurangkan stres
latihan pernafasan
zikir atau meditasi ringan
solat dengan fokus & perlahan
journaling emosi
Stres yang rendah = penghadaman lebih baik.
b) Tidur sekurang-kurangnya 7–8 jam
Tidur yang cukup menyokong hormon, mikrobiom dan imuniti.
c) Senaman ringan
Berjalan 20–30 minit meningkatkan peredaran darah ke usus.
d) Makan perlahan
Mengunyah 15–20 kali setiap suapan membantu enzim bekerja dengan lebih efisien.
BERAPA LAMA UNTUK PULIH?
Setiap individu berbeza. Tetapi secara umum:
2 minggu → mula kurang kembung / sakit perut
4–6 minggu → tenaga meningkat, mood stabil
8–12 minggu → kulit bertambah baik, alahan berkurang
3–6 bulan → pemulihan lebih mendalam (terutama bagi pesakit autoimun)
Jika selepas 8–12 minggu tidak ada perubahan langsung, pesakit perlu:
1. Berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lengkap.
2. Periksa kemungkinan SIBO, intoleransi makanan, gastritis serius atau jangkitan usus.
KESIMPULAN SIRI 2
Rawatan Leaky Gut bukan sekadar “ambil suplemen”, tetapi melibatkan perubahan gaya hidup menyeluruh.
Ringkasnya:
1. Elakkan punca keradangan.
2. Gantikan dengan makanan penyembuh.
3. Pulihkan lapisan usus dengan nutrisi & suplemen yang sesuai.
4. Seimbangkan mikrobiom, stres & tidur.
Dengan disiplin dan konsistensi, ramai pesakit menunjukkan perubahan ketara bukan sahaja pada usus, tetapi pada kulit, imuniti, mood, dan tenaga harian.
Sekian. Moga.bermanafaat.
ℹ️ NOTE:
Kenapa Ada Orang Jadi Gatal-Gatal Badan Bila Ada Masalah Leaky Gut?
Walaupun “leaky gut” masih konsep dalam perubatan fungsional, ramai pesakit memang alami gatal, ruam, ekzema, atau kulit flare serentak dengan masalah usus. Ini sebabnya:
1. Kebocoran Usus → Bahan Asing Masuk Darah → Trigger Sistem Imun
Bila “tight junction” usus longgar, partikel makanan yang tak hadam, toksin & bakteria boleh bocor masuk ke saluran darah.
Tubuh anggap semua itu sebagai “musuh”, lalu sistem imun jadi terlalu aktif.
Hasilnya:
– Pelepasan histamin meningkat
Histamin ialah bahan kimia yang menyebabkan gatal, ruam, merah, dan bengkak.
– Reaksi alahan merata
Makanan biasa pun boleh jadi “alergen” bila usus bocor → kulit mula naik gatal tanpa sebab jelas.
2. Keradangan Dari Usus Menyebar Ke Kulit
Kulit dan usus berkongsi hubungan yang dipanggil “gut–skin axis”.
Bila usus keradangan, ia boleh:
melemahkan sistem imun kulit
ganggu proses detox
naikkan radang dalam darah
Ini menyebabkan:
ekzema flare
psoriasis flare
jerawat merah
ruam tiba-tiba datang dan hilang
3. Dysbiosis Usus (Bakteria Tak Seimbang)
Bila bakteria “jahat” lebih banyak daripada bakteria baik, banyak bahan toksik (contohnya lipopolysaccharide / LPS) dilepaskan.
LPS boleh masuk ke darah dan menyebabkan:
gatal seluruh badan
rasa panas bawah kulit
ruam berulang
kulit jadi sangat sensitif
4. Hati Terbeban Dengan Toksin
Bila usus bocor → lebih banyak toksin masuk ke sistem darah → beban kepada hati meningkat.
Bila hati “overload”, toksin mula dibuang melalui kulit.
Ini menyebabkan:
gatal berpeluh
ruam belakang badan
ruam leher atau bawah lengan
jerawat pasir
5. Makanan Tertentu Menjadi “Trigger” Tiba-Tiba
Pada tahap ini, tubuh mula jadi sensitif kepada:
gluten (gandum)
susu lembu
gula tinggi
makanan bergoreng minyak kitar
seafood tertentu
telur (sesetengah orang)
Pesakit akan tanya:
“Dulu saya makan ok je… kenapa sekarang makan sikit pun gatal?”
Jawapan:
Kerana sistem imun dah overstimulated akibat kebocoran usus.
Ringkasnya:
Usus bocor → toksin / bakteria bocor → imun overreact → histamin tinggi → KULIT GATAL
Kulit hanya tunjuk apa yang berlaku di dalam.
Apa Pesakit Boleh Buat Untuk Kurangkan Gatal?
(Boleh beri terus kepada pesakit)
1. Elak makanan penyebab keradangan
Terutama:
gula
gandum
tenusu
makanan proses
makanan pedas sangat
seafood tertentu jika sensitif
2. Ambil makanan yang menenangkan usus
sup tulang
tempe/kimchi/yogurt
sayur hijau
buah rendah gula
kunyit + halia
air secukupnya
3. Ambil nutrisi yang stabilkan imun
probiotik
vitamin D
vitamin C
zinc
serat gam arab
4. Kurangkan stres
Stress = histamin naik = gatal jadi teruk.
5. Cukup tidur
Badan pulih masa tidur. Kekurangan tidur menaikkan keradangan.
Bilakah gatal ini perlu jumpa doktor segera?
Jika ada:
gatal berserta sesak nafas
bibir / muka membengkak
demam
ruam merebak sangat cepat
gatal melampau hingga tak boleh tidur
Ini mungkin bukan sekadar kes LGS biasa.
Sekian.