
20/01/2025
2025 permulaan yang baru.
Mesyuarat Penilaian bagi Program Pemerkasaan Syarikat Pemula telah diadakan di Putra Sains Park (PSP), UPM pada 20 Januari 2025 bertujuan untuk memperkasakan syarikat pemula yang berada di bawah naungan Innohub, UPM.
Perbincangan ini turut memberi peluang kepada entrepreneurs untuk mengikuti latihan dan kelas yang diadakan sebagai salah satu usaha untuk memantapkan lagi skil validasi pasaran dan membantu syarikat menentukan hala tuju mengikut visi dan misi yang telah dibangunkan.
Terima kasih kepada Encik Zakir Jaafar dari PSP, kerana telah meluangkan masa untuk perbincangan ini. Turut hadir adalah wakil dari MicrobialDX Sdn Bhd, Prof Dr Syafinaz Amin Nordin dan Prof Madya Dr Sharifah Sakinah Syed Alwi selaku ahli Lembaga Pengarah, Prof Madya Dr Siti Rahayu Hussin selaku penyelaras Inmohub, Dr Nurfadhilah Khairil Mokhtar dan Dr Syed Luqman Hakim Syed Alwi.