12/12/2025
LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) KLINIK KESIHATAN TEBONG
Tarikh :12 Disember 2025
Masa : 9.00 pagi
Dengan kerjasama dan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah satu latihan kebakaran (fire drill) telah berjaya dilaksanakan bagi kakitangan KK Tebong. Latihan diadakan sekitar jam 9.00 pagi tadi dengan bantuan satu jentera dan beberapa anggota bomba yang terlibat. Para kakitangan juga diterangkan tentang prosedur dan tindakan yang sepatutnya dilakukan jika berlaku situasi sebenar kebakaran.
Satu pengalaman dan pembelajaran yang bermakna kepada semua staff kesihatan. Jutaan penghargaan kepada pihak jabatan bomba yang sudi membantu .