26/02/2026
🩸 *PERHATIAN: STOK DARAH A SEMAKIN BERKURANGAN*
Bekalan Darah Kumpulan A kini berada pada tahap yang rendah dan amat diperlukan bagi kegunaan pesakit kecemasan, pembedahan serta rawatan berterusan.
Kami menyeru individu yang mempunyai Kumpulan Darah A untuk tampil segera menderma.
🌙 Bagi penderma Muslim yang berpuasa:
• Digalakkan menderma dalam tempoh 4 jam selepas bersahur
• Disarankan menderma pada waktu pagi
• Pastikan pengambilan air dan makanan yang mencukupi semasa bersahur
❤️ Bantuan kecil anda, peluang besar untuk pesakit terus hidup.