GURU KHALIFAH-Dzul Faqor Ustaz Ali

  • Home
  • GURU KHALIFAH-Dzul Faqor Ustaz Ali

GURU KHALIFAH-Dzul Faqor Ustaz Ali Membimbing dari hati

09/06/2024
07/05/2024

Sihir patung dgn menulis nama mangsa sihir lalu ditusuk jarum, dilumur serpihan kaca, disalai atas api, dibelit dengan tali kawat yg diketatkan memang memberi impak pelbagai tanpa waktu kpd mangsanya. Utk menangani kes ini ada teknik dan caranya.

03/04/2024

Rawatan Intensif Sihir Saka dan Masalah Mistik di mana-mana lokasi yg anda jemput insya Allah sy blh dtg. Jgn biarkan ibu bapa pasangan anak anak anda menderita sakit. Ikhtiar selagi boleh. Inbox.

Ulama Adalah Pewaris Nabi ( al-ulama Warasatul Anbiya)Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,إِنَّ الْعُلَمَاء...
01/01/2024

Ulama Adalah Pewaris Nabi ( al-ulama Warasatul Anbiya)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda,

إِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَاراً وَلاَدِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنَ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu. Barang siapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

(HR. al-Imam at-Tirmidzi didalam Sunan beliau no. 2681, Ahmad di dalam Musnad-nya (5/169)

Ciri-ciri ulama’ pewaris nabi yang pertama ialah takut kepada Allah SWT. Hal ini sebagaimana Firman Allah.

إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور

“….. Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”
(QS. Al-Fathir: 28)

Ibnu Abbas berkata, “Sesiapa yang takut kepada Allah, maka dia adalah orang alim”.

Ciri kedua ialah beramal dengan segala ilmunya. Sebagaimana sebuah hadist dalam Sunan Ad-Darimi :

فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ

“Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui.”

Sayyidina Ali berkata, “Wahai orang yang mempunyai ilmu! beramallah kamu dengannya karena sesungguhnya orang yang alim itu adalah orang yang beramal dengan ilmu yang dia ketahui, serta selaras antara ilmunya dengan amalannya”.

Ciri ketiga hatinya bersih daripada syirik dan maksiat, serta tidak tamak dan tidak cinta dunia.

Ibnu Umar berkata, “Tiadalah seseorang lelaki itu dianggap alim sehingga dia tidak hasad dengki kepada orang yang lebih alim daripadanya, tidak menghina orang yang kurang daripadanya serta tidak mencari dengan ilmunya upahan kebendaan”.

Ciri keempat ulama’ ini meneruskan tugas nabi, yaitu mengajar, mendidik, membersihkan hati umat daripada syirik dan maksiat serta berdakwah lillah dan mengajak taat perintah Allah dan Rasul-Nya,

Sebagaimana Allah Ta'ala berfirman yang artinya,

“Sesungguhnya ucapan orang-orang yang beriman apabila diajak untuk kembali kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul itu memberikan keputusan hukum di antara mereka hanyalah dengan mengatakan, “Kami mendengar dan kami taat”. Dan hanya merekalah orang-orang yang berbahagia.”
(QS. An Nuur [24]: 51)

Imam Syafi’i (Rohimahullah) pernah ditanya oleh salah satu muridnya tentang bagaimana caranya kita mengetahui pengikut kebenaran di akhir zaman yang penuh fitnah?.

Jawab beliau,

”Perhatikanlah panah-panah musuh (ditujukan kepada siapa) maka akan menunjukimu siapa pengikut kebenaran”…

Ulama yang paling dibenci dan tidak dis**ai orang kafir

Ulama yang paling tidak dis**ai orang munafik

Ulama yang keras terhadap orang kafir yang mengganggu

Ulama yang lemah lembut terhadap orang Islam

Ulama yang selaras antara ucapan dan perbuatan

Ulama yang tidak peduli dengan caci maki orang kafir sejauh ia menyuarakan kebenaran

Ulama yang jika kita memandangnya dan mendengar petuahnya semakin membuat hati kita semangat untuk lebih rajin beribadah

Semoga kita diselamatkan dari fitnah dunia dan fitnah dajjal yang sepertinya semakin dekat kemunculannya.

01/01/2024

Rawatan Intensif Gangguan Sihir, Saka, Misterius Mistik, Pembersihan Barang Antik, Pusaka (tak perlu buang), Pagar Rumah, Bangunan, Premis Niaga, Buka Aura Diri, Tanah Komersil, Tapak Perumahan dll konsultasi mesej personal saya. -UTA.

13/12/2023

Kasih sayang Allah tanpa batasan. Tapi sebahagian hamba-Nya sanggup menjadi pembunuh ke atas hambaNya yg lain.

05/05/2022

Program Gemblengan Super Spiritual Siri 04/2022

Assalamualaikum, saya Ust tabib Ali berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Ilmu2 Hikmah, Ilmu Kebatinan Nusantara, Ilmu Esoterik, Ilmu Kejawen Sufi, Ilmu Tradisional Melayu, Ilmu2 Metafizik, mantan pengajar di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dan mantan karyawan Mastika serta penulis pojok Kritikan Filem (Seni itu Indah Seni itu daripada Allah) dengan berbesar hati menjemput anda untuk menyertai program Gemblengan Super Spiritual kali ke-4 tanpa mengira apa pun latar belakang anda. Sama ada anda masih awam mahupun telah ahli.

Berikut keterangan terperinci mengenainya.

Pengisian Dasar : Pembukaan Ainul Basiroh Setiap Peserta

Pengisian Cabang 1 : Ijazah Teknik Meneroka Rahsia Muroqobah dan Mukasyafah Pelbagai Aliran (super special) dinamika mata batin dlm pelbagai aliran spiritual.

Pengisian Cabang 2 : Ijazah Teknik Merawat Tanpa Sentuhan ala ala Tok Awang Ngah penulis karya seram Siri Berkelahi Dengan Syaitan (SBDS) (super special) dinamika TAN dlm rawatannya.

Pengisian Cabang 3 : Membongkar Rahsia, Teknik dan Amalan Tok Awang Ngah (super inspirasi) dinamika karya dan menghidupkan ilmu yg telah tidur

Boleh dikatakan program kali ini benar benar amat menarik kerana ini adalah dasar awal bagaimana saya sebagai Perawat masuk dalam bidang rawatan dan ilmu kerohanian berkaitan perubatan syifa.

Lokasi : Jerai Hill Resort, Gunung Jerai Negeri Kedah Darulaman

Tarikh : 27 Mei sehingga 29 Mei 2022

Penginapan : Bilik Premium Jerai Hill Resort

Saya fikir anda tidak perlu berminat untuk menyertai program ini kerana pengisiannya adalah benar benar terarah dan terunggul berbanding 3 siri program Super Spiritual sebelum ini.

Hubungi saya untuk mengetahui kadar Yuran. Yuran untuk cover kos penginapan dan keperluan fasilitator dan akses ke lokasi ‘rahsia’.

Ustaz Tobib Ali
013-6421228

Telegram / what apps / hotline

25/12/2021

Makluman!!!

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Berikut Jadual Stream Live dan Upload Video.

1. Hari Sabtu malam Ahad
(Jam 11 malam hingga selesai) :

Stream LIVE Kisah Seram dan Mistik (Slot KSM)

1.1 Konsep : Saya membacakan cerita seram dan mistik anda secara LIVE. Dan saya akan berikan sedikit pandangan saya tentangnya di akhir cerita. Setiap bulan, kisah seram terpilih dan terbaik akan menerima hadiah misteri daripada saya.

1.2 Masa bermula live : Antara jam 11malam hingga selesai.

1.3 Setiap cerita dan kisah seram dan mistik yang akan diceritakan semula oleh saya, saya akan maklumkan kepada anda menerusi balasan emel.

2. Ahad malam Isnin : Stream LIVE Kisah Keluarga dan Jejak Kasih (Slot KKJK)

(Jam 11 malam hingga selesai)

2.1 Konsep : Saya membacakan dan memberikan pandangan dan ulasan sedikit kisah kisah suami isteri, hubungan persaudaraan, cita cita dan impian, pengorbanan ibu bapa abang kakak, cabaran anak autism dll, juga termasuk jika anda mahu mencari anggota keluarga yg hilang lama tak ketemu.

2.2 Setiap kisah yang terpilih untuk saya bacakan, saya akan reply mesej anda. Stp hujung bulan kisah terbaik akan diberikan hadiah misteri.

3. Isnin hingga Rabu p**a saya akan upload video isu semasa, isu sejarah tanah air, isu eskatalogi atau akhir zaman dll atau apa saja tema relevan dan menarik. (Video)

4. Khamis malam Jumaat sediakan masa anda bersama saya kita berzikir dengan zikir muktabar dan berdoa munajat. (Jam 11 malam) (Slot Munajat Rakyat)

5. Jumaat pagi : LIVE stream atau Video Syarah Makrifah.
(Jam 7 pagi) (Slot SM)

Konsep : Makrifah bukan ilmu tinggi untuk bangsawan tetapi ia adalah ilmu untuk setiap manusia mengenal penciptaNya. Insya Allah. Kalam kalam sufi dan tasawwuf yang dibicarakan secara santai dan mudah difahami oleh awam.

Jadual di atas mungkin berubah mengikut keadaan semasa. Jadual ini dibuat untuk saya mendisiplinkan diri membuat konten dan juga anda dapat merancang dan bersedia untuk menontonnya. Insya Allah setiap bersama anda, saya akan banyak kongsikan ilmu, pengetahuan,petua, pandangan saya. Jadi berbaloi-baloi kalau ikuti.

Jika anda s**a like kalau ada pandangan turunkan komen di bawah.

Channel YouTube : Jejak Alam Misteri-Ust Ali Official

Emel: jejakalamisteri@gmail.com
No what apps : 013-6421228

18/11/2021

Assalammualaikum selamat pagi alhamdulillah saya berada di Seremban untuk sesi Pengijazahan Hizib dan Ilmu Hikmah Kerohanian.

13/10/2021

Program Gembelngan Ilmu Hikmah Hizib Perang Malhmah Khubro dan Ijazah Ilmu Hikmah Syahadat Habib Bersanad yang mustassil dibuka bagi yang berminat meneroka rahsia ilmu Allah tanpa batasan. Fadhilat utama adalah bertaqorrob kepada Allah. Manakala dapat juga menjadi ikhtiar menjaga keselamatan kita daripada segala bahaya dan segala niat. Untuk mendapatkan kesihatan yang prima, rezeki yang mencurah dan sebagainya.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GURU KHALIFAH-Dzul Faqor Ustaz Ali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to GURU KHALIFAH-Dzul Faqor Ustaz Ali:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share