Minyak Herba Asmak Shoppe

  • Home
  • Minyak Herba Asmak Shoppe

Minyak Herba Asmak Shoppe Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Minyak Herba Asmak Shoppe, Health/Medical/ Pharmaceuticals, .

Wah..Bedak Asmak memang bagus untuk masalah kulitterbaru testimoni jeragat -hanya dalam masa 10 hari! sebelum itu dah te...
13/11/2016

Wah..Bedak Asmak memang bagus untuk masalah kulit
terbaru testimoni jeragat -hanya dalam masa 10 hari!

sebelum itu dah terkejut dengan testimoni dari ibu mengandung yang tidak ada parut regangan

yang best,ramai yang menggunakannya sebagai masker dan bedak sejuk pada waktu malam..hasilnya memang memuaskan hati

cuba dulu baru percaya

Rahsia kehebatan produk semulajadi


Pakej menarik.. harga pun cun!Tunggu apa lagi... 😉😉😉
12/11/2016

Pakej menarik.. harga pun cun!

Tunggu apa lagi... 😉😉😉

Berminat nk mulakan bisnes?Inilah peluang anda... jgn tunggu lama2 nanti melepas
12/11/2016

Berminat nk mulakan bisnes?

Inilah peluang anda... jgn tunggu lama2 nanti melepas

Resdung boleh menyebabkan hilang sabar~Tahukah anda setiap tahun terdapat berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti peny...
25/10/2016

Resdung boleh menyebabkan hilang sabar~

Tahukah anda setiap tahun terdapat berjuta-juta orang didunia ini dijangkiti penyakit resdung . Penyakit ini sudah tentu akan menyukarkan kehidupan seharian anda. Hal ini juga mampu membuatkan anda menjadi lebih mudah hilang sabar bergantung kepada individu tersebut. Ini kerana mereka yang menghidap resdung akan mudah berasa sakit kepala akibat kesukaran bernafas.

Apakah itu penyakit resdung?

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung . Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Istilah Perubatan Tradisional – Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik – Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Apakah tanda-tanda resdung ?

Antara tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita mengalamai penyakit resdung ialah apabila mengalami masalah-masalah seperti berikut:

Sering mengalami hidung tersumbat?
Mempunyai lendir dari hidung dan tekak?
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata?
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang?
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan?
Gejala alahan hidung seperti kerap bersin terutamanya pada waktu pagi, gatal hidung?
Mengalami jerawat di muka dan badan?
Nafas berbau?
Kulit kepala berkelumumur, gatal dan rambut gugur?
Sering berasa sakit kepala, pening dan migrain?

Apakah punca resdung ?

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu.
Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara didalam hidung akan membengkak. Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung yang ” senget ” tidak lurus (deviated nasal septum), risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.
Kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi atas boleh menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang p**i (dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
Di samping itu kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini.
Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.Tetapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau diwarisi oleh keturunannya.
Kemudaratan Resdung

• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

JENIS RESDUNG(SINUSITIS)

* Akut
* Kronik

AKUT

Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.

Antara ciri-cirinya ialah :

* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan p**i.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK

Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:

• Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
• Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
• Kerap bersin pada waktu pagi
• Ada kalanya hidung tersumbat
• Tanpa demam tetapi hingus bertambah
• Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
• Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk

Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Diadaptasi dari : klik4sihat.com

dikongsikan oleh

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit - penyakit utama

24/10/2016

AWAS!!! JANGAN PANDANG REMEH PADA RESDUNG! 🚨
🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺

Alia mengidapi masalah resdung yang teruk sampai pecah gegendang telinga dia! Baru-baru ni kena operate tonsil sebab tonsil dia bengkak. Resdung makan dalam.
Bahaya resdung kalau dibiarkan. Teringat sorang kawan sekolah form 6 dulu. Tiap awal subuh bergema bersinnya satu asrama dengar.😅 Sampai kena operate hidung.
Akak ni memang pengidap resdung yg teruk juga dulu. Penah sekali tu muka jadi bengkak sebelah.Tak tau tersalah makan apa. Padahal time tu akak dalam pantang. Tiba-tiba muka rasa panas lepas tu jadi bengkak sampai mata sebelah tak boleh buka. Nak makan ubat macam-macam tak berani sebab dalam pantang. Last-last try sapu-sapu ais je. Alhamdulillah bengkak surut.
Sejak dari tu, akak mencari penawar resdung. Apa je orang offer akak beli. Tak kiralah mahal ka murah. Orang kata, kalau nak sihat tak boleh berkira untuk diri sendirikan.
Ada kawan akak dekat office syorkan Minyak Herba Asmak. Mula tu rasa tak yakin juga dengan minyak ni. Tapi akak ambil jugalah sebab nak jaga hati kawan 😁
Akak amalkan seperti yang disyorkan. Sapu mengikut cara penggunaan yang diberi, Alhamdulillah semakin hari, semakin nampak perubahannya. Dalam masa seminggu je pakai, akak dah tak bersin-bersin lagi. Dah tak de rasa gatal-gatal. Sejak dari tu akak pengguna tegar Minyak Herba Asmak.!!



24/10/2016

BUKAN SEMUA ORANG MEMANDANG PADA WANG ~

Minggu lepas saya melawat anak adik ipar saya yang demam kena tahan hospital.Di sebelah katil dia ada seorang budak berumur 5 tahun.Comel budak perempuan tu tapi terbaring je.Saya tanya ibunya,dia jawab anak dia asma.
Saya beritahu,pasal minyak herba asma mujarab.Saya ceritalah saya sendiri guna untuk anak saya,sebab tu saya jual.
Kebetulan suaminya yang ada di situ menyampuk

"Tak yahla promote produk kat sini,orang tengah sakit dia nak menjual p**a.Agak-agaklah " katanya dengan nada sombong.

Terkejut saya sebab niat saya hanya untuk berkongsi sebab kata isterinya tadi mereka dah banyak habis duit berubat dan rawatan tapi anaknya tak sembuh.Belum lagi kira masa dan tenaga sampai kena ambil cuti selalu.Dia sampai kena buang kerja sebab asyik ulang alik jaga anak sakit.

Saya jawab " Saya cuma nak berkongsi encik,bukan saja-saja saya cerita pasal minyak ni.Minyak ni dah berpuluh ribu orang guna dan ianya berkesan,jadi saya fikir insyaAllah untuk anak encik pun berkesan.Saya berikan sebotol minyak ni kebetulan saya baru buka ada dalam beg.Saya berikan percuma,encik cubalah sapu kerap pada anak encik ni.Kesian saya tengok dia.Wang boleh dicari tapi kesihatan tak boleh dijual beli.Saya minta diri " kata saya sambil memberikan minyak tersebut pada isterinya .

"Tak semua orang memandang pada duit encik..ingat tu.." saya berkata sambil tersenyum.

Kelat wajah suami wanita tersebut.

Semalam saya terima whatsapp dari wanita tersebut
" Akak,saya ambik no dari adik ipar akak.Dia yang bagi.Saya nak ucapkan terima kasih sebab lepas kami sapu minyak tu pada anak kami,dia menunjukkan perkembangan yang positif sampai doktor pun terkejut.Esok tu terus boleh balik.Sekarang dia dah aktif dan kelihatan sangat sihat.Syukur sangat.Suami saya minta maaf sangat sebab marah kat akak hari tu.Dia menyesal sangat.Maaf ye akak.Nanti saya nak beli minyak ni buat stand by dan cerita pada kawan-kawan saya yang lain."

Terharu saya membaca dan membalas dalam keadaan terketar-ketar.Terharu sebab ada seorang lagi hamba Allah yang dapat dibantu..alhamdulillah..

Its not about money ..


23/10/2016

[ Ruam Panas ]
Kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak.
Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.
Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya.
Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.
Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.
Credit to : Info Kesihatan

PM untuk Dapatkan Penawar Ruam dan sakit kulit

Anda Hamil? Elakkan Dari Terkena Jangkitan HFMDSecara fitrahnya, seorang wanita yang hamil wajib mengelakkan diri dari t...
19/10/2016

Anda Hamil? Elakkan Dari Terkena Jangkitan HFMD
Secara fitrahnya, seorang wanita yang hamil wajib mengelakkan diri dari terkena apa jua jenis penyakit.
Begitu juga dengan HFMD. Sentuhan yang mampu memindahkan virus yang menyebabkan HFMD perlu dielak.
Bagaimanakah Virus HFMD Disebarkan?
Virus HFMD adalah disebarkan melalui sentuhan secara langsung (close contact) dengan cecair yang keluar dari hidung dan mulut, air liur, cecair dari gelembung kulit yang pecah, ataupun najis mereka yang dijangkiti.
Apa Terjadi Bila Wanita Hamil Dijangkiti HFMD
Jangkitan tersebut akan menyebabkan gejala yang sederhana atau tiada langsung. Namun, virus tersebut berisiko untuk dipindahkan ke bayi jika wanita tersebut dijangkiti betul-betul sebelum kelahiran.
Setakat ini, sangat jarang bayi yang baru dilahirkan mengalami gejala yang serius sehingga menyebabkan kematian, namun risiko jangkitan yang serius adalah tinggi semasa 2 minggu pertama selepas kelahiran.


Anak Jiran Saya Kena HFMD, Anak Saya Selamat Tak?Ya, selagi anak Puan tak bersentuhan dengan anak jiran tersebut. Penyak...
17/10/2016

Anak Jiran Saya Kena HFMD, Anak Saya Selamat Tak?
Ya, selagi anak Puan tak bersentuhan dengan anak jiran tersebut. Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) adalah sejenis penyakit berjangkit, dan satu sentuhan saja sudah cukup untuk menyebabkan anak anda menderita selama beberapa minggu.
Adakah penyakit HFMD ini boleh menyebabkan maut?
Ya, terdapat kes kematian yang telah dicatatkan. Kebanyakan kes ini adalah disebabkan antibody yang lemah dan tidak mampu melawan virus yang menjangkiti badan pesakit.
Berita baiknya, penyakit ini tidak berjangkit melalui haiwan peliharaan seperti kucing dan sebagainya.


Dah Tahu Ke? 3 Penyebab Buasir Dan 4 Faktor Yang Menambah Teruk?Apa beza sembelit dan buasir? Jom kita kaji sama-sama de...
13/10/2016

Dah Tahu Ke? 3 Penyebab Buasir Dan 4 Faktor Yang Menambah Teruk?
Apa beza sembelit dan buasir? Jom kita kaji sama-sama demi kesihatan ;)
Sembelit adalah disebabkan oleh najis yang mengeras, di mana akan menyukarkan proses membuang air besar. Buasir p**a adalah keadaan di mana terdapat bahagian di sekeliling dubur/punggung yang membengkak, sekaligus membuatkan proses membuang air besar menjadi sukar.
Sembelit boleh menyebabkan buasir, tetapi buasir p**a tak semestinya disebabkan oleh sembelit. Lalu, apakah yang boleh menyebabkan buasir?

Apabila ada sembelit atau cirit-birit yang kronik
Meneran terlalu kuat semasa membuang air
Duduk terlalu lama di tandas
Apa p**a perkara yang menyebabkan buasir bertambah teruk?
Kurang fiber di dalam makanan
Terlebih berat badan (obesity)
Semakin berumur, otot di sekeliling punggung semakin lemah dan buasir boleh terjadi.
Fasa kehamilan – semakin besar kandungan, semakin kuat ia menekan otot di sekeliling abdomen, yang akhirnya akan membengkak.
by MHAMSB

Tips Melegakan Radang Ekzema Dengan CepatApa yang kita rasa semasa ekzema berlaku?Pedih. Terbakar. Gatal. Berair.Macam m...
07/10/2016

Tips Melegakan Radang Ekzema Dengan Cepat
Apa yang kita rasa semasa ekzema berlaku?
Pedih. Terbakar. Gatal. Berair.
Macam mana nak melegakan keradangan ekzema dengan cepat? Begini caranya:
Ambil sebatang aloe vera dan masukkan ke dalam blender. Blend selama 1-2 saat sahaja sehingga menjadi pes (jangan terlalu hancur). Sapukan aloe vera ke atas tempat yang terlibat dan biarkan selama 10-15 minit.
Seeloknya, sediakan ramuan ini sebelum ekzema menyerang, dan sejukkan di dalam peti ais. Kesannya lebih baik.
Nak tahu cara yang lebih elok? Amalkan produk yang menggunakan tanah liat putih sebagai salah satu bahan. Itulah sebaik-baik penawar yang melegakan.
by MHAMSB


Apa Yang Akan Terjadi Apabila Asma Tidak Dirawat?Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawa...
07/10/2016

Apa Yang Akan Terjadi Apabila Asma Tidak Dirawat?
Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.
Gangguan kualiti tidur
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.

Kurangnya aktiviti fizikal
Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Perubahan di salur udara.
Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.

Hospital
Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.

Kematian
Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.
by MHAMSB

Apa Beza Asma Kanak-Kanak Dengan Asma Orang Dewasa?Secara general, simptom dan punca serangan asma di kalangan kanak-kan...
07/10/2016

Apa Beza Asma Kanak-Kanak Dengan Asma Orang Dewasa?
Secara general, simptom dan punca serangan asma di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa adalah sama.
Jadi, apa yang bezanya?
Yang berbeza adalah kekerapan serangan berlaku. Serangan asma di kalangan kanak-kanak berlaku sekali-sekala. Manakala serangan asma di kalangan dewasa p**a adalah lebih kerap.
Dengan kata lain, asma yang tidak dirawat semasa kecil akan menjadi lebih teruk apabila kanak-kanak tersebut menginjak ke dewasa.
by MHAMSB

7 Perkara Ini Yang Akan Membuatkan Asma Anda Makin TerukSejarah Asma Dalam Keluarga (Family History)Jika salah seorang d...
07/10/2016

7 Perkara Ini Yang Akan Membuatkan Asma Anda Makin Teruk
Sejarah Asma Dalam Keluarga (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

Jantina dan Umur
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

Allergy
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

Merokok
Tanpa perlu diterangkan lagi, tiada kebaikan yang boleh didapati dari amalan merokok. Anda sakit, anak menderita.

Pencemaran Udara
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar.

Obesiti
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.

Jangkitan Virus Di Peparu
Jangkitan di peparu seperti pneumonia sememangnya akan menyebabkan asma semakin kronik. Amalkan cara hidup yang bersih.
by MHAMSB

😉😉😉
02/10/2016

😉😉😉

ADAKAH RESDUNG BOLEH BERJANGKIT?Bergantung kepada keadaan, resdung boleh berjangkit dan juga tidak berjangkit. Jika resd...
02/10/2016

ADAKAH RESDUNG BOLEH BERJANGKIT?
Bergantung kepada keadaan, resdung boleh berjangkit dan juga tidak berjangkit. Jika resdung tesebut disebabkan oleh virus resdung, maka terdapat risiko orang lain terkena jangkitan tersebut melalui udara, batuk dan sebagainya.
Akan tetapi, jika resdung tersebut disebabkan bakteria, maka resdung tersebut biasanya tidak boleh berjangkit kepada orang lain, dan hanya berada pada orang asal sahaja.
Ada juga resdung yang disebabkan genetik, dan tak semua orang di dalam keluarga tersebut akan mempunyai resdung.
Apakah cara lain resdung boleh dipindahkan dari seorang kepada seorang yang lain?
by MHAMSB

Terima kasih semua pelanggan2 yg setia dengan kami... setiap hari kami dapat banyak testimoni dari pelanggan yg berpuas ...
30/09/2016

Terima kasih semua pelanggan2 yg setia dengan kami... setiap hari kami dapat banyak testimoni dari pelanggan yg berpuas hati dengan Minyak Herba Asmak.

Alhamdulillah...kami gembira dapat membantu anda & keluarga. Semoga kami dapat membantu lebih ramai keluarga2 di masa akan datang... In Sha ALLAH

MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMAHingus ataupun disebut sebagai “Nasal Mucus” akan muncul semasa selesema. Ada yang tertany...
30/09/2016

MANFAAT HINGUS SEMASA SELESEMA
Hingus ataupun disebut sebagai “Nasal Mucus” akan muncul semasa selesema. Ada yang tertanya-tanya, perlu ke mucus ni datang semasa selesema? Menyusahkan betul, ye tak?
Hakikatnya, mucus sangat-sangat diperlukan oleh badan kita. Fungs dan jasanya terlalu besar, lagi-lagi semasa selesema menyerang. Nak tahu apa fungsinya? Teruskan baca.
Melembapkan rongga hidung
Memerangkap bendasing seperti habuk, bakteria/virus ataupun agen jangkitan yang masuk ke hidung semasa bernafas.
Sebagai lapisan perlindungan (immunity badan)
Semasa selesema atau batuk, mukus tu akan menjadi tebal/pekat dan bertukar warna menjadi kuning atau hijau, yang kita sebut sebagai hingus atau kahak. Itu tandanya kuman dan bakteria telah terperangkap di dalam mukus tersebut.
Jadi, berterima kasihlah kepada hingus dan kahak. Mereka banyak menolong badan kita melawan penyakit!
by MHAMSB

CARA MANDIKAN ANAK DEMAM YANG BETULBila anak demam, secara automatik ibu dan ayah mesti ikut “demam” sama. Tak senang du...
30/09/2016

CARA MANDIKAN ANAK DEMAM YANG BETUL
Bila anak demam, secara automatik ibu dan ayah mesti ikut “demam” sama. Tak senang duduk jadinya.
Bagaimana caranya memandikan anak yang sedang demam?
Guna air sejuk?
Guna air suam?
Nak mandikan berapa lama?
Soalan-soalan di atas adalah antara yang selalu bermain di minda ibu dan ayah. Maklumlah, anak yang sedang demam ni sensitif. Apatah lagi kalau anak tu masih tak tahu bercakap. Macam mana nak tahu kan..
Cara Mandikan Anak Demam Yang Betul
15 minit mandian di dalam air hangat adalah sangat baik untuk merendahkan suhu demam anak. Ibu atau ayah kena pastikan suhu air tidak turun sepanjang mandian tersebut. Jika suhunya makin menurun, tambahkan air panas. Tetapi jika anak sudah mula menggigil, angkat dan pakaikan pakaian yang nipis.
Semasa menidurkan anak, guna pelapik nipis, jangan guna selimut yang tebal. Pengudaraan yang baik adalah sangat penting supaya haba dapat keluar tanpa terganggu.
by MHAMSB

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYIPilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, sant...
26/09/2016

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYI
Pilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, santai, tidak penat dan kenyang.
Letakkan bayi di atas tuala yang dibentang di atas lantai atau katil. Si ibu p**a duduk bertentangan dengan bayi
Cuba cari posisi yang paling selesa di mana si ibu boleh membuat eye-contact dengan bayi. Pastikan tiada lampu atau cahaya di atas kepala bayi anda untuk mengelakkan silau.
Nak pakai lampin atau tak? Sebenarnya terp**ang, tetapi kalau bayi tak pakai lampin, pergerakan lebih bebas dan bayi dapat merasai pergerakan semasa urutan.
Sebelum bermula, sediakan dulu baby oil yang sejuk untuk urutan. Cuba elakkan minyak urutan yang mempunyai essential oil yang pekat, kerana kulit bayi masih sensitif.
Masa terbaik untuk urutan? Seeloknya, selepas mandi dan juga sebelum tidur adalah masa yang terbaik untuk bonding-time.
by MHAMSB

5 Manfaat Yang Ibu Akan Dapat Bila Selalu Mengurut BayiAktiviti mengurut bayi adalah aktiviti yang paling bermakna sekal...
24/09/2016

5 Manfaat Yang Ibu Akan Dapat Bila Selalu Mengurut Bayi
Aktiviti mengurut bayi adalah aktiviti yang paling bermakna sekali untuk ibu. Mana taknya, ketika mengurut inilah kita boleh berinteraksi dengan rapat dengan anak yang belum mengerti apa-apa.
Setuju tak kalau Izah katakan yang bayi yang selalu diurut akan lebih rapat dengan orang yang mengurut? Mesti akak-akak perasan kan? Ada 5 sebab mengapa mengurut bayi itu mempunyai banyak manfaat:
Sebagai cara untuk lebih rapat dengan anak.
Membantu anda lebih yakin untuk mengendalikan keperluan bayi.
Kajian menunjukkan urutan sebagai interaksi dua-hala antara ibu dengan bayi
Bayi lebih mudah tidur. Apabila diurut, otot lebih rilek dan pernafasan bayi lebih teratur.
Jika anak ada penyakit seperti Down’s Syndrome atau Cerebral palsy, urutan adalah cara berkomunikasi terbaik untuk mereka.
by MHAMSB

APAKAH KAITAN SAKIT KEPALA DENGAN RESDUNG?Mungkin akak-akak dah tahu, salah satu tanda-tanda resdung adalah sakit kepala...
24/09/2016

APAKAH KAITAN SAKIT KEPALA DENGAN RESDUNG?
Mungkin akak-akak dah tahu, salah satu tanda-tanda resdung adalah sakit kepala. Tapi, sakit kepala yang macam mana?
Kalau akak-akak nak tahu, sakit kepala yang disebabkan resdung ni lain macam sedikit. Tak macam sakit kepala yang disebabkan penyakit lain.
Terasa seperti ada tekanan di sekeliling mata dan p**i
Bahagian dahi dan kepala seperti berdenyut-denyut
Apabila sakit tersebut datang menyerang, biasanya disertai dengan gatal pada mata, serta hidung dan mata yang berair.
Macam mana p**a kalau sakit kepala yang disebabkan migrain? Biasanya, sakit kepala yang disebabkan migrain adalah pada bahagian belakang atas kepala, sama ada kiri atau kanan.
by MHAMSB

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYIPilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, sant...
19/09/2016

TIPS SEBELUM MELAKUKAN URUTAN PADA BAYI

Pilih masa yang sesuai, di mana bayi berada dalam keadaan yang paling rilek, santai, tidak penat dan kenyang.

Letakkan bayi di atas tuala yang dibentang di atas lantai atau katil. Si ibu p**a duduk bertentangan dengan bayi

Cuba cari posisi yang paling selesa di mana si ibu boleh membuat eye-contact dengan bayi. Pastikan tiada lampu atau cahaya di atas kepala bayi anda untuk mengelakkan silau.

Nak pakai lampin atau tak? Sebenarnya terp**ang, tetapi kalau bayi tak pakai lampin, pergerakan lebih bebas dan bayi dapat merasai pergerakan semasa urutan.

Sebelum bermula, sediakan dulu baby oil yang sejuk untuk urutan. Cuba elakkan minyak urutan yang mempunyai essential oil yang pekat, kerana kulit bayi masih sensitif.
Masa terbaik untuk urutan? Seeloknya, selepas mandi dan juga sebelum tidur adalah masa yang terbaik untuk bonding-time.

by MHAMSB

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3 HINGGA 4 ANGKA SEBULANAdakan anda mengalami situasi begini?😣 Hujung bulan dompet kering😣 Pe...
11/09/2016

PELUANG MENJANA PENDAPATAN 3 HINGGA 4 ANGKA SEBULAN

Adakan anda mengalami situasi begini?

😣 Hujung bulan dompet kering
😣 Perbelanjaan bulanan tak cukup
😣 Nak beli barang dapur kena mintak duit kat suami...tak pernah dapat nak beli sendiri
😣 Nak bagi duit belanja kat mak ayah kena tunggu gaji masuk

Jika YA, anda adalah orang yang kami cari. Sampai bila nak harap duit makan gaji. Hujung bulan asyik tak cukup je. Harga barang naik, kos sara hidup naik.. gaji je tak naik

Jika anda serius nak keluar dari masalah ini, cepatlah bertindak!

🍃 Agen Minyak Herba Asma diperlukan seluruh Malaysia 🍃

Minyak Herba Asma alternatif penawar sakit asma, lelah, semput..

Diperbuat daripada minyak kelapa dara, habatussauda, gamat dan herba terpilih.

Keistimewaan Sebagai Pengedar :

BAHAN PEMASARAN DIBERIKAN PERCUMA :

✔ PERCUMA flyers
✔ PERCUMA bunting
✔ PERCUMA nama dipromosikan di media sosial dan website
✔ PERCUMA Seminar/Bengkel/Kelas Bisnes Online di seluruh Malaysia

PANDUAN DAN BIMBINGAN :

✔ Support Group di telegram disediakan
✔ Bantuan pemasaran dan tambah jualan di Telegram
✔ Panduan dan bahan pemasaran di group FB Pengedar seluruh Malaysia

KELEBIHAN LAIN :

✔ Menjaga harga pasaran dan mempunyai plan jangkamasa panjang
✔ Bekerjasama dalam jemaah yang saling bantu-membantu
✔ Bergerak dalam jemaah bersama pengedar lain

Dan banyak lagi

KUOTA pengedar adalah TERHAD dan kami akan menutup TAWARAN ini bila-bila masa.

📲 Whatsapp 'Agen MHAM' ke 019-3568206
📲 Whatsapp 'Agen MHAM' ke 019-3568206
📲 Whatsapp 'Agen MHAM' ke 019-3568206

2 barang yg wajib ada di setiap rumah..
11/09/2016

2 barang yg wajib ada di setiap rumah..

APA MAKANAN YANG MENGAKTIFKAN ASMA?Kalau bab-bab makanan ni, ibubapa perlu memberi perhatian yang tip-top kerana ada ses...
09/09/2016

APA MAKANAN YANG MENGAKTIFKAN ASMA?

Kalau bab-bab makanan ni, ibubapa perlu memberi perhatian yang tip-top kerana ada sesetengah makanan yang mampu mengaktifkan asma anak.
Antara makanan yang paling biasa menjadi alergen kepada kanak-kanak adalah telur, produk tenusu, oat, gandum, jagung, coklat dan kekacang. Ibubapa boleh kenal pasti dahulu sama ada makanan-makanan tersebut menjejaskan kesihatan anak atau tidak.
Jika tidak, maka boleh teruskan makan. Namun perlu hati-hati kerana lebih 90% kanak-kanak alah akan makanan tersebut.
by MHAMSB

Kenapa "ASMAK"?Kami menukar perkataan dari "asma" kepada "Asmak" adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tida...
08/09/2016

Kenapa "ASMAK"?

Kami menukar perkataan dari "asma" kepada "Asmak" adalah kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak membenarkan perkataan penyakit seperti Asma, Kencing Manis, Darah Tinggi pada produk kesihatan.

Selain Itu kami juga memilih "ASMAK" kerana ia membawa maksud "kemuliaan" di dalam bahasa Arab. Selain itu, dalam sejarah Islam, wanita yang bernama Asmak adalah antara wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Ingin kami tegaskan disini, produk kami adalah produk Pre-approval KKM, kerana itu kami begitu serius & komited mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh KKM sama ada dari bahan, proses sehinggalah ke nama produk demi keselamatan pengguna yang disayangi.

Kami telah menggunakan label baru ini bermula 25 Ogos 2016 dan akan bertukar sepenuhnya pada 1 oktober 2016.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Feza ye

☏ Fast Response:
✅ Whatsap ke 019-3568206
✅ Whatsap ke 019-3568206
✅ Whatsap ke 019-3568206


Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Minyak Herba Asmak Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share