28/02/2026
"Alamak!! Kenapa pelekat hologram yang ada di produk yang saya beli ini, warnanya macam tak sama dengan hologram di rumah? Dulu kan bucunya warna oren? Kenapa sekarang warna kuning?"
Tahukah anda bahawa hologram kkm sudah ada 'upgrade'? Bila terjumpa hologram yg bucu kuning, dan scan dengan farma checker, tak jumpa, jangan terkeliru.
Ya. Mulai 1 Jan 2026, hologram kkm yang baru dengan bucu kuning sudah boleh disemak untuk pengesahan ketulenan produk melalui aplikasi MyUBAT yang boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Playstore and Apple App store.
Untuk hologram lama yang bucunya berwarna oren, masih boleh guna aplikasi farma checker untuk mengesahkan ketulenan ya. Jangan gelabah, jangan risau, pastikan produk tulen.
https://pharmacy.moh.gov.my/en/news/17-dec-2025/pemakluman-penggunaan-label-keselamatan-hologram-baharu-kaedah-pengesahan-ketulenan-label-produk.html