Aafiyat For Hajj

  • Home
  • Aafiyat For Hajj

Aafiyat For Hajj Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Aafiyat For Hajj, Health & Wellness Website, .

Aafiyat For Hajj adalah sebuah program 14 hari bimbingan kesihatan dan rohani persediaan melaksanakan ibadah Haji bersama Dr Zubaidi Ahmad dan Ustaz Zul Ramli M Razali.

Jom hadir ke Karnival Haji.
17/12/2024

Jom hadir ke Karnival Haji.

TH dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Kali ke 3 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1446M/2025M (Karnival PJH).

Sebanyak 37 PJH yang dilesenkan oleh TH akan menemui anda di bawah satu bumbung.

Hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi Karnival PJH kali ini.

JUMPA ANDA DI SANA!

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Dalam Bentuk DigitalUrusan pemeriksaan kesihatan bakal haji kini lebih mudah!Bakal haji y...
17/12/2024

Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji Dalam Bentuk Digital
Urusan pemeriksaan kesihatan bakal haji kini lebih mudah!
Bakal haji yang terpilih, sila ikuti Proses Saringan Kesihatan ini.
Maklumat lanjut:
https://shorturl.at/Qjttb

17/12/2024

Proses menjawab tawaran Haji.

Bayaran Haji Musim Haji 1446H/ 2025M.
16/12/2024

Bayaran Haji Musim Haji 1446H/ 2025M.

25/10/2024

Insya-Allah peserta Kursus Asas Haji akan tadabbur ayat ini sebelum memulakan kursus pada minggu ini.

Marilah kita sama-sama banyakkan berdoa agar Allah jemput kita menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Haji bagi tahun 202...
23/10/2024

Marilah kita sama-sama banyakkan berdoa agar Allah jemput kita menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Haji bagi tahun 2025.

"Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dalam menanti panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah haji."


Bakal- bakal Duyufurrahman 2025. Kursus asas Haji anjuran Tabung Haji telah bermula di setiap negeri. Boleh lihat jadual...
22/10/2024

Bakal- bakal Duyufurrahman 2025. Kursus asas Haji anjuran Tabung Haji telah bermula di setiap negeri. Boleh lihat jadual kursus Asas Haji di ruangan komen di bawah.



Selamat Pulang Ke Tanah Air Pastinya perasaan bercampur-baur untuk kembali ke tanah air, setelah puas mengerjakan ibadah...
25/06/2024

Selamat Pulang Ke Tanah Air

Pastinya perasaan bercampur-baur untuk kembali ke tanah air, setelah puas mengerjakan ibadah haji dan merasai ketenangan serta keseronokan beribadah. Sedih meninggalkan bumi suci Makkah, dalam masa sama berasa gembira untuk bertemu semula keluarga tersayang yang tak pernah putus berdoa dan menanti kep**angan.

Semoga jemaah haji selamat tiba di Malaysia dan ibadah haji anda semua diterima oleh Allah S.W.T dan memperoleh haji yang mabrur.

Mudah-mudahan dhuyufur Rahman yang kembali ke tanah air dapat istiqamah dalam beramal, menjaga diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T dan menjadikan lafaz talbiah yang pernah dituturkan sebagai pendorong dan motivasi untuk menjadi hamba-Nya yang bertakwa.

Tidak dilupakan juga bagi jemaah haji yang diuji dengan gangguan kesihatan seperti demam, batuk atau selsema bolehlah cuba mengambil 'Superfood' daripada Olive House seperti Minyak Zaitun, Madu dan Habbatus Sauda. Sama-sama kita Realisasi Gaya Hidup Aafiyat.

20/06/2024
20/06/2024

“First-time nak korban ni… Apa yang perlu saya ambil tahu?…”

Setiap tahun umat Islam khususnya di Malaysia menyambut perayaan Aidiladha dengan melaksanakan ibadah korban di kariah masing-masing. Setiap masjid dan surau akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan haiwan ternakan seperti lembu dan kambing yang sesuai untuk dikorbankan. Pengusaha ternakan juga berusaha untuk menyediakan bekalan secukupnya bagi memastikan setiap permintaan dapat dipenuhi dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Jika anda baru pertama kali nak buat ibadah korban pada tahun ni, tentunya anda berasa teruja dan tak sabar nak melihat ibadah itu dilaksanakan. Tapi, dalam melaksanakan ibadah tersebut, terdapat beberapa perkara asas yang perlu anda ketahui.

1. Memilih Haiwan Korban Sendiri

Bagi golongan yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban dengan seekor haiwan yang sempurna, maka anda digalakkan untuk memilih haiwan korbannya sendiri. Antaranya ialah haiwan korban yang paling banyak dagingnya. Sepertimana yang telah disebutkan oleh ulama mengenai turutan ibadah korban yang terbaik mengikut keutamaan haiwan:

a. Unta

b. Kerbau

c. Lembu

d. Biri-biri

e. Kambing

2. Menyembelih Sendiri Haiwan Korbannya

Bagi peserta lelaki, anda disunatkan untuk menyembelih sendiri haiwan korban jika berkemampuan (iaitu berkemahiran untuk menyembelih). Hal ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA katanya: “Nabi SAW menyembelih dua ekor kibas berwarna putih yang bertanduk (sebagai korban) dengan tangannya sendiri, sambil Baginda menyebut nama Allah dan bertakbir serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibash tersebut.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan perbuatan Nabi SAW melalui hadis di atas, maka disunatkan bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban untuk menyembelih sendiri haiwan korbannya, ini kerana ittiba’ (mengikut) perbuatan Nabi SAW. Baginda sendiri pernah menumbangkan 100 ekor unta dan menyembelih 63 ekor daripadanya. Selebihnya baginda serahkan kepada Sayyidina Ali RA untuk menyelesaikannya.

Tetapi, jika sekiranya dia tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, maka boleh juga dia mewakilkan orang lain untuk menyembelih haiwan korban bagi pihak dirinya, namun disunatkan baginya untuk melihat sendiri sembelihan itu walaupun bukan dirinya yang melakukan sembelihan tersebut.

Imam Al-Azra’i RA berkata: “Disunatkan bagi lelaki yang uzur, lemah dan sebagainya – tidak mampu untuk menyembelih sendiri, supaya mewakilkannya dan menyaksikan sembelihan tersebut.”

3. Menyaksikan Sembelihan Korban

Bagi peserta yang tidak mampu untuk menyembelih sendiri (khususnya kaum wanita), disunatkan bagi mereka untuk menyaksikan acara sembelihan korban, setelah dia mewakilkan sembelihan tersebut kepada tukang sembelih. Hal ini berdasarkan sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW memerintahkan kepada anak perempuannya, Sayyidatina Fatimah RA: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan haiwan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita fahami bahawa arahan Nabi Muhammad SAW kepada Sayyidatina Fatimah RA supaya menyaksikan sembelihan itu menunjukkan bahawa beliau telah mewakilkan orang lain untuk melaksanakan sembelihan bagi pihak dirinya. Malah hadis ini juga menunjukkan sunat bagi mereka yang melakukan ibadah korban untuk melihat haiwan sembelihannya.

Selain itu, hadis di atas juga menjelaskan tentang kelebihan menyaksikan sembelihan sendiri kerana dengan titisan darah yang pertama itu akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.

4. Mengagihkan Sendiri Daging Korban

Kemeriahan suasana acara sembelihan korban yang disusuli p**a dengan pengagihan daging korban kepada penduduk setempat, malah peserta korban itu juga digalakkan untuk mengagihkan sendiri daging-daging korbannya kepada ahli di kawasan kariah. Ini dapat dilihat sebagai menghidupkan dan menzahirkan syiar agama Islam. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan Kami jadikan unta (sebagai haiwan korban yang akan disedekahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian daripada syiar agama Allah untuk kamu; pada sembelihan unta tersebut ada kebaikan bagi kamu.” (Surah Al-Hajj: 36)

Selain daripada itu, ibadah korban juga memupuk kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Inilah keindahan dan kemurnian Islam yang dibawa oleh Nabi SAW. Betapa besar rahmat-Nya dalam menyatu-padukan umat Islam tanpa membezakan antara yang miskin ataupun yang kaya. Semua golongan dapat berhari raya sambil menikmati daging-daging korban yang disembelih demi mencari keredaan Allah SWT.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan selamat menjalani ibadah korban! 😊

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyat For Hajj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aafiyat For Hajj:

Shortcuts

  • Address
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Practice
  • Claim ownership or report listing
  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share