Aafiyat Menuju Baitullah

  • Home
  • Aafiyat Menuju Baitullah

Aafiyat Menuju Baitullah Persediaan ke Tanah Suci bukan hanya tentang kewangan, dokumen dan pakaian ihram, tapi juga tentang stamina, pemakanan dan ketenangan hati.

Aafiyat Menuju Baitullah : Bimbingan rohani dan gaya hidup sihat menuju panggilan Ilahi.

Ramai yang memberi perhatian kepada persediaan ilmu dan rohani sebelum ke tanah suci. Namun adakalanya kita terlupa baha...
24/11/2025

Ramai yang memberi perhatian kepada persediaan ilmu dan rohani sebelum ke tanah suci. Namun adakalanya kita terlupa bahawa ibadah di Mekah dan Madinah juga menuntut kekuatan tubuh badan. Kita mahu beribadah dengan tenang dan dengan hati yang khusyuk, bukan dalam keadaan letih yang mengganggu tumpuan.
Perjalanan menuju Baitullah, bukan hanya perjalanan jiwa.
Kerana itulah, persediaan fizikal bukan lagi sekadar pilihan, ia mat perlu agar ibadah di Tanah Suci dapat dilakukan dengan sempurna, tenang, dan penuh penghayatan.

Dan sambil menjaga tenaga dengan latihan ringan semasa di tanah air lagi, amalkan juga makanan tambahan yang membantu badan kekal bertenaga, seperti minyak zaitun, yang memberi kekuatan dari dalam.

Semoga setiap langkah menuju Baitullah dipermudah dan diberkati Allah.

Persediaan dari sudut kewangan, ilmu dan kesihatan bukan sekadar rutin sebelum berangkat, tetapi itulah syarat istito’ah...
21/11/2025

Persediaan dari sudut kewangan, ilmu dan kesihatan bukan sekadar rutin sebelum berangkat, tetapi itulah syarat istito’ah yang menentukan layak atau tidaknya seseorang menunaikan haji.
Ramai yang teruja bila dapat tawaran, tapi tanpa simpanan yang cukup, ilmu yang memandu setiap rukun dan tubuh badan sihat yang benar-benar bersedia, perjalanan haji itu boleh menjadi terlalu berat.
Buatlah persediaan awal, usaha untuk kukuhkan kewangan, lengkapkan ilmu, dan jaga kesihatan kerana haji menuntut bukan hanya semangat, tetapi kemampuan sebenar.

Kredit to : Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) menjelaskan bahawa laporan mengenai 50% penolakan tawaran haji merujuk kepada data musim haji 1446H/2025M, yang berpunca terutamanya daripada simpanan pendeposit yang tidak mencukupi.

Bagi musim haji 1447H/2026M, TH telah mengeluarkan pemakluman awal sejak Ogos 2025 bagi mengingatkan bakal haji membuat persediaan dari segi kewangan, kesihatan dan ilmu. Hasil langkah proaktif ini, kadar penolakan tawaran haji menunjukkan penurunan ketara.

Pada masa ini, tawaran haji bagi musim 1447H/2026M masih dikeluarkan secara berperingkat.

Amalan doa ini nampak simple, tapi ramai yang selalu abaikan....  Sebenarnya ada masanya bila kita minum air zamzam, haj...
21/11/2025

Amalan doa ini nampak simple, tapi ramai yang selalu abaikan....
Sebenarnya ada masanya bila kita minum air zamzam, hajat yang lama kita simpan tiba-tiba datang kembali.
Sebagaimana hadis Rasulullah SAW:
عَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Maksudnya: "Air Zamzam itu mengikut apa yang diminum untuk tujuan apa.”
Ramai orang minum zamzam sambil memikirkan satu harapan:
"Kalau boleh… biarlah apa yang aku doa ni tercapai."
Ada yang berharap rezeki dipermudahkan, ada yang nak badan kembali kuat serta sihat dan ada yang sekadar nak rasa lega selepas hari yang panjang dan memenatkan.
Dalam masa yang sama, air zamzam memang bantu tubuh hilangkan haus dengan cepat, cegah badan daripada dehidrasi dan beri tenaga terutama bila cuaca Tanah Suci panas sampai tekak rasa kering, kaki mula berat dan nafas jadi pendek.
Selalunya, tegukan pertama zamzam tu yang paling meninggalkan kesan, sebab masa tu kita sedar betapa letihnya tubuh kita
dan betapa kita sebenarnya perlukan sedikit kekuatan untuk terus melangkah.

Semoga setiap yang meneguknya dapat apa yang mereka doakan. Untuk kesihatan, keberkatan memberi tenaga dan juga hilangkan rasa haus.

20/11/2025

50% Jemaah Haji yang terpilih bagi tahun 2026 menolak tawaran atas faktor kewangan 😢

Musim sejuk di Tanah Suci, anginnya agak berlainan.Dinginnya menggigit, menusuk hingga ke tulang dan suasananya jauh ber...
19/11/2025

Musim sejuk di Tanah Suci, anginnya agak berlainan.
Dinginnya menggigit, menusuk hingga ke tulang dan suasananya jauh berbeza daripada cuaca yang kita biasa lalui di Malaysia.
Saat melangkah keluar dari hotel pada waktu Subuh,
hembusan anginnya membuat kita sedar betapa kecilnya kita,
dan betapa besarnya nikmat perlindungan yang Allah beri.
Dan supaya perjalanan ibadah sepanjang November hingga Februari ini lebih selesa dan terjaga, inilah checklist musim sejuk yang penting untuk para jemaah agar tubuh tetap hangat dan hati tetap khusyuk sepanjang ibadah.
1️⃣ Persiapan Pakaian
Musim sejuk di Madinah dan Mekah boleh turun hingga 8–12°C pada waktu malam dan Subuh. Perubahan cuaca ini sangat terasa, terutama bagi kita yang sudah biasa dengan cuaca panas lembap.
Lengkapkan pakaian anda dengan:
✔️ Jaket ringan windbreaker atau sweater tebal
✔️ Inner baju lengan panjang
✔️ Seluar panjang yang lebih tebal
✔️ Sarung tangan & stokin tebal
✔️ Tudung kain tebal / shawl pashmina
✔️ Ihram tebal / telekung tebal
-------------
2️⃣ Aksesori Sampingan
Ketika angin sejuk Madinah menyapa wajah, di situlah kita mula menghargai aksesori kecil ini yang mungkin kita lupa bawa.
Lengkapkan beg dengan:
✔️ Penutup mulut & telinga
✔️ Topi
✔️ Skaf atau muffler
----------
3️⃣ Penjagaan Kulit
Musim sejuk di Tanah Suci terkenal dengan cuacanya yang kering. Kulit cepat merekah dan kering, bibir mudah kering dan berdarah dan tumit boleh menjadi pecah bila terlalu lama berjalan.
Pastikan anda bawa:
✔️ Lip balm
✔️ Losyen tangan & muka
✔️ Krim, vaselin atau minyak zaitun untuk sapuan di celah peha, tumit & tapak kaki
------------
4️⃣ Penjagaan Kesihatan
Cuaca sejuk mudah melemahkan imuniti tubuh badan. Elakkan terlampau kerap mandi.
Sebagai tetamu Allah, kita mahu kekal sihat dan bertenaga sepanjang ibadah.
Bawa bersama:
✔️ Ubat demam, batuk & selsema
✔️ Vitamin C / multivitamin
✔️ Makanan alami untuk imuniti seperti minyak habbatus sauda
✔️ Inhaler (jika ada asma)
Tubuh yang sihat membantu kita menikmati setiap detik di hadapan Kaabah tanpa gangguan kesakitan.
------------------
Semoga setiap jemaah yang berangkat ke tanah suci antara November hingga Februari dikurniakan perjalanan yang lancar, sihat dan diterima segala ibadahnya. Amin...

18/11/2025

Perjalanan Haji bukan perjalanan biasa.
Ia bukan sekadar cukupkan dokumen, kemas beg atau siapkan barang keperluan untuk berada di tanah suci.
Haji ialah perjalanan yang menuntut banyak kekuatan fizikal dan juga spiritual.
Dan untuk perjalanan ibadah ini, ada perkara kecil yang sering kita pandang ringan, tetapi sangat besar nilainya di sisi Allah.
Sebelum kaki melangkah ke Tanah Suci, hati kita perlu lebih dulu disucikan.
---

1. Selesaikan Hutang & Minta Maaf
Ada luka lama? Ada hutang tertangguh? Hubungi mereka. Selesaikan. Mohon maaf.
Jangan bawa perkara ini mengganggu anda ketika berdiri di Arafah.
2. Tunaikan Janji-Janji Lama
Janji dengan orang, nazar yang belum ditunaikan, maka selesaikanlah.
Pergilah ke Makkah dengan hati yang benar-benar lapang.
3. Latihan Fizikal + Stamina
Haji memerlukan stamina yang lebih daripada sekadar tenaga harian.
Biasakan diri berjalan jauh, naik tangga, berdiri lama.
Dan untuk tubuh yang semakin berusia, ambil suplemen yang membantu tenaga, sendi dan stamina supaya ibadah lebih lancar dan badan tidak cepat letih.
4. Persediaan Berpisah Dengan Keluarga
Ini bahagian yang paling menyentuh jiwa.
Luangkan masa berbincang, pesan apa yang perlu, dan minta mereka redha.
Di Tanah Suci nanti, fokuskan hati sepenuhnya pada Allah tanpa beban fikiran di rumah.
5. Buat Wasiat Ringkas
Wasiat bukan tanda takut mati. Ia tanda kita bertanggungjawab.
Tinggalkan pesanan, amanah dan penjelasan pada orang yang kita tinggalkan.
6. Muhasabah Diri
Inilah persiapan paling utama.
Perbaiki niat, bersihkan hati, buang rasa dendam, sombong dan segala yang menggelapkan jiwa.
Kerana Allah melihat hati sebelum melihat langkah kita.

Kadang-kadang… penyesalan itu hadir bukan kerana kita tak mampu,tetapi kerana kita tak sempat memberi yang terbaik ketik...
17/11/2025

Kadang-kadang… penyesalan itu hadir bukan kerana kita tak mampu,
tetapi kerana kita tak sempat memberi yang terbaik ketika peluang itu terbentang luas.
Haji dan Umrah bukan sekadar perjalanan, ia adalah jemputan ilahi.
Dan ramai jemaah, setelah pulang, berkongsi tentang 6 penyesalan yang masih mereka rasa hingga hari ini agar orang lain tidak mengulanginya.
Semoga kita mengambil iktibar, sebelum kaki menjejak Tanah Suci.
1. Tidak memperuntukkan waktu beribadah di Masjidil Haram & Masjid Nabawi
Ramai jemaah pulang dengan hati yang sayu kerana peluang berada di dua masjid paling mulia itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Solat di masjidku ini lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid lain, kecuali Masjid al-Haram."
Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim
Namun ramai yang lebih banyak masa di bilik, di kedai atau berjalan-jalan membeli belah.
Sedangkan setiap sujud di sana adalah sujud yang mungkin tidak dapat diulang selamanya.
2. Tidak bersedia dengan doa khusus & tidak mencari ruang berlama-lama di tempat mustajab doa
Bukan sedikit jemaah yang berkata:
“Kalaulah aku susun doa dari awal… kalaulah aku hafal doa lebih banyak…”
Tempat mustajab doa seperti Raudhah, Multazam, Hijr Ismail, belakang Maqam Ibrahim, ketika tawaf, ketika saei, sewaktu minum zamzam, semuanya membawa kepada pintu langit yang sedang terbuka.
Tetapi tanpa persiapan, kita mudah kekok dan akhirnya peluang itu berlalu begitu sahaja.
3. Tidak membuat jadual untuk membaca al-Quran & zikir
Di Tanah Suci, waktu terasa sangat cepat.
Jika tidak dijadualkan, bacaan Quran dan zikir mudah ditinggalkan.
Rugi besar bila pulang dan sedar bahawa kita hanya membuka mushaf beberapa kali, sedangkan selepas setiap solat fardhu itu adalah masa paling lembut untuk hati dibasahi ayat-ayat Allah.
4. Tidak memperkuatkan stamina dari Malaysia
Ramai jemaah mengaku bahawa mereka terlalu yakin.
Di Malaysia tidak berjalan jauh, di Tanah Suci barulah terasa lutut longgar, kaki cramp, betis bengkak, badan letih, nafas pendek.
Jika dari awal jaga stamina, ambil suplemen tenaga & imuniti, lengkapkan imunisasi, ibadah seperti tawaf, saei dan wukuf akan terasa ringan. Dan hati lebih khusyuk kerana tubuh tidak terbeban dengan penyakit.
5. Lalai dari ibadah sunat
Ada jemaah merasakan Haji & Umrah cukup dengan yang wajib.
Sedangkan amal sunat adalah hiasan yang menyempurnakan ibadah.
Rugi jika sepanjang ihram tidak memperbanyakkan talbiah.
Rugi jika tidak mengejar solat jenazah, jarang hadir di masjid, atau meninggalkan solat-solat sunat yang mengangkat darjat hamba.
Semua itu memang nampak ringan tetapi nilainya besar.
6. Terlalu leka dengan telefon & sibuk merakam video/foto
Ini antara penyesalan terbesar generasi kini.
Ada yang bertawaf sambil memegang telefon.
Ada yang saei sambil merakam.
Ada yang selepas miqat lebih sibuk dengan media sosial, update sana sini daripada hati yang sepatutnya tunduk kepada Allah.
Hakikatnya, gambar boleh diambil di waktu lain & disimpan, tetapi kekhusyukan yang hilang tidak akan kembali.
------------
Penyesalan yang selalu diceritakan oleh para jemaah ini bukan untuk menakutkan,
tetapi sebagai peringatan supaya kita sempat mempersiapkan jiwa, tubuh dan masa sebelum tiba jemputan agung itu.
Semoga kita menjadi tetamu Allah yang datang dengan hati yang siap, berangkat dengan tubuh yang kuat dan kembali dengan jiwa yang lebih tenang, lebih bersih dan lebih hampir kepada-Nya.
اللهم ارزقنا حجًا مبرورًا وذنبًا مغفورًا
Ya Allah, kurniakan kami haji yang mabrur dan dosa yang diampunkan.

Ada orang tunggu bertahun-tahun untuk dipanggil menjadi tetamu Allah…Ada yang dapat tawaran cepat, ada yang lambat dan a...
14/11/2025

Ada orang tunggu bertahun-tahun untuk dipanggil menjadi tetamu Allah…
Ada yang dapat tawaran cepat, ada yang lambat dan ada yang masih menunggu...
Tapi tetap percaya pada janji Allah, setiap sesuatu ada waktunya.
Jika hari ini hati kita terasa berat, urusan terasa sempit, atau menunggu keputusan yang tak kunjung tiba, bacalah doa ini.
Allah mampu mudahkan apa yang kita rasa mustahil.
Allah mampu bukakan jalan yang kita tak nampak.
Dan kalau tawaran haji itu sudah tertulis, ia akan datang juga tepat pada masa yang paling Allah tahu sesuai untuk kita.
Moga Allah mudahkan urusan kita,
diberi keAafiyatan dan tubuh badan yang sihat dan jemput kita menjadi tetamu-Nya pada waktu yang terbaik.

13/11/2025

Kos bawa pulang jemaah dari Makkah cecah RM500K.
Moga urusan mereka dipermudahkan. 🤲

Dah Dapat Panggilan Haji? Ramai yang teruja bila dapat panggilan ke Tanah Suci tapi jangan lupa, perjalanan haji menuntu...
12/11/2025

Dah Dapat Panggilan Haji?

Ramai yang teruja bila dapat panggilan ke Tanah Suci tapi jangan lupa, perjalanan haji menuntut kekuatan fizikal dan kesihatan yang stabil.
Rasa memang teruja selepas dapat tawaran tapi ramai juga gagal saringan kesihatan dan akhirnya tak dapat berangkat.
Bila masa tu tiba, menyesal pun dah terlambat.
Pengamal perubatan/doktor akan menjalankan proses pemeriksaan kesihatan dengan sebaiknya dan mana-mana individu yang tidak melepasi proses saringan terpaksa ditangguh/tidak diluluskan perjalanan haji bagi tahun tersebut.
Jadi, kalau ada penyakit seperti jantung, diabetes, darah tinggi atau BMI melebihi 37.5, jangan tunggu hampir musim haji baru nak mula bersedia.
Mulakan langkah Aafiyat dari sekarang:
✅ Dengar nasihat dan buat pemeriksaan doktor secara berkala
✅ Makan ubat ikut jadual, jangan culas
✅ Kawal pemakanan dan berat badan
✅ Banyakkan berjalan untuk latih stamina
✅ Rehat cukup, urus stres dan tidur teratur
✅ Amalkan pemakanan sihat dan alami seperti minyak zaitun, buah, sayur & air yang cukup
✅ Kurangkan gula, lemak dan makanan proses
Ingat, ibadah haji bukan sekadar kekuatan rohani, tetapi juga ketahanan jasmani.
Kerana bila tubuh sihat, barulah setiap langkah menuju Baitullah terasa tenang dan penuh Aafiyat.

Jemaah Haji & Umrah: Waspadalah dengan Penyakit Ini di Tanah Suci Perjalanan ke Tanah Suci adalah hadiah yang tidak tern...
11/11/2025

Jemaah Haji & Umrah: Waspadalah dengan Penyakit Ini di Tanah Suci
Perjalanan ke Tanah Suci adalah hadiah yang tidak ternilai, namun tubuh kita juga perlu dijaga agar ibadah berjalan lancar. Cuaca panas, berjalan jauh dan keletihan boleh mengundang beberapa masalah kesihatan jika kita tak berhati-hati.
Berdasarkan pengalaman, ini adalah antara penyakit yang sering dialami jemaah dan antara langkah yang boleh kita amalkan untuk mencegahnya.
1. Serangan Jantung
Cuaca panas dan aktiviti fizikal yang tinggi boleh beri tekanan pada jantung.
Elakkan: Makan berlebihan & kurang rehat.
Amalkan: Pemakanan sihat dan seimbang, serta tambah makanan “superfood” seperti minyak zaitun, kurma dan buah delima untuk bantu kesihatan jantung.
2. Kaki atau Peha Melecet
Berjalan jauh setiap hari boleh buat kulit luka tanpa disedari.
Elakkan: Kasut baru yang keras.
Amalkan: Pakai alas kaki yang selesa, sapu losyen, vaselin, atau minyak zaitun pada bahagian yang mudah bergesel.
Bibir kering? Gunakan lip balm atau sapu sedikit minyak zaitun juga boleh.
3. Dehidrasi (Kekurangan Air dalam Badan)
Cuaca di Tanah Suci sangat panas. Bila kurang minum air, badan cepat lemah dan pening.
Amalkan: Minum air kosong atau air zam-zam dengan kerap. Pastikan cukup pengambilan air setiap hari.
4. Strok Haba
Suhu siang boleh mencecah lebih 40°C.
Elakkan: Berada lama di bawah terik matahari.
Amalkan: Gunakan payung, topi, atau lalu di kawasan berbumbung bila berjalan.
5. Demam & Batuk
Perubahan cuaca, debu dan udara sejuk dari penghawa dingin boleh lemahkan imun badan.
Amalkan: Banyakkan minum air suam, rehat secukupnya dan ambil suplemen alami seperti minyak habbatus sauda untuk kuatkan daya tahan tubuh.
6. Asma / Sesak Nafas
Udara kering dan debu boleh mencetuskan serangan sesak nafas
Amalkan: Elak kawasan berdebu dan bawa inhaler atau ubat jika perlu.
Ingatlah : Jaga kesihatan bukan hanya untuk diri sendiri, tapi agar ibadah haji dan umrah dapat disempurnakan dengan tenang dan khusyuk.

Address


Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:00 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aafiyat Menuju Baitullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Aafiyat Menuju Baitullah:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram