AADK Daerah Tampin N9

  • Home
  • AADK Daerah Tampin N9

AADK Daerah Tampin N9 Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

05/02/2026
05/02/2026
Bila Hidup Rasa Penat, Ini Tanda Masih Ada HarapanKadang hidup ni tak hancur…tapi penat.Penat lawan diri sendiri.Penat j...
04/02/2026

Bila Hidup Rasa Penat, Ini Tanda Masih Ada Harapan

Kadang hidup ni tak hancur…
tapi penat.
Penat lawan diri sendiri.
Penat jatuh, bangun, jatuh balik.

Pelangi ni bukan tanda semua dah okay.
Dia cuma ingatkan kita —
lepas hujan, ada peluang untuk bernafas semula.

Kalau kau tengah bergelut dengan ketagihan,
atau ada keluarga / kawan yang makin jauh dari dirinya,
tolong jangan simpan sorang-sorang.

📍 AADK Tampin ada rawatan secara s**arela
Datang sebab nak berubah,
bukan sebab dipaksa.
Tak dihakimi.
Dengar.
Bantu.

📞 AADK Tampin: 06-441 5803
📲 Hotline AADK 24 jam: 1-800-22-2235
📱 WhatsApp/Call: 019-626 2233

Tak perlu tunggu “cukup kuat”.
Cukup berani minta bantuan.

Kalau post ni terlintas di fikiran kau atau seseorang yang kau sayang ....
mungkin ini langkah pertama

04/02/2026

Hidup ni kita lalui setiap hari, mati cuma sekalis so jangan bazirkan hidup dengan benda yang rosakkan diri.

Shilamat Pagi shemua 🌞

-----------------------------------------------------
MinMin nak pesan!
"Tingkatkan potensi melalui prestasi,bukan risiko!"
Jangan sembunyi masalah penagihan di rumah ampa.

📲 Follow | Like | Share media sosial AADK
Supaya lebih ramai dapat info & bantuan yang ada.

☎️ Hotline AADK:
1-800-22-2235 (AADK) / 019-626 2233
🌐 aadk.gov.my

Peluang kedua...Buat semua pejuang kepulihan, anda juga mampu...asalkan tekad untuk berubah demi sebuah peluang kedua!!
04/02/2026

Peluang kedua...
Buat semua pejuang kepulihan, anda juga mampu...asalkan tekad untuk berubah demi sebuah peluang kedua!!

04/02/2026

"Relaks la Min, ni wap air perisa mangga je. Mana ada Tar macam rokok!"

Sempena Hari Kanser Sedunia (4 Feb), mari kita bedah siasat "wap air" yang anda sedut hari-hari tu.

Ramai ingat bila tak ada tembakau dan tak ada tar, maka ia selamat 100% dari risiko kanser.
Ini silap besar!

Fakta Sains:
Apa yang keluar dari v**e BUKAN "Water V***r" (Wap Air macam masak nasi), tetapi adalah AEROSOL KIMIA.

Apabila cecair v**e (e-liquid) dipanaskan pada suhu tinggi, tindak balas kimia berlaku dan menghasilkan bahan karsinogen (penyebab kanser) baru, antaranya:

1. Formaldehyde:
Bahan yang sama digunakan untuk awet mayat! Ia terhasil bila Propylene Glycol dipanaskan. Ia penggalak kanser nasofarinks & leukemia.

2. Logam Berat (Heavy Metals):
Gegelung pemanas (coil) yang panas akan membebaskan partikel logam toksik seperti Nikel, Kromium, dan Plumbum terus ke paru-paru.

3. Acetaldehyde:
Merosakkan DNA sel paru-paru dan menghalang sel daripada membaiki diri sendiri.

Ingat, paru-paru kita dicipta untuk sedut OKSIGEN, bukan perisa tiruan atau wap kimia.

Mungkin anda tak kena kanser hari ini. Tapi adakah anda sanggup jadi "tikus makmal" untuk tengok kesan 10 tahun lagi?

Berhenti cari alasan. Berhenti dua-dua (Rokok & V**e) adalah jalan sebenar.

03/02/2026

HIBURAN = DADAH.
MITOS ATAU REALITI YANG KAU SENDIRI CARI?

Ini adalah stigma yang sudah berakar umbi dan sering merosakkan imej industri seni kita. Asal hiburan je, mesti orang kaitkan dengan dadah. Betul ke tidak STIGMA ni? Adakah ini realiti pahit yang tak dapat dielakkan, atau kita yang memberi laluan kepada label ini?

Kami tegaskan TAK PERLU DADAH pun untuk berhibur. Keseronokan sebenar datang dari vibe yang positif, bakat yang ditonjolkan, dan skill yang diasah bukan dari bahan kimia.

Persoalannya, di mana punca stigma ini?
Adakah penganjur event tidak cukup ketat dengan pemeriksaan?
Atau adakah ini berpunca daripada pilihan peribadi yang salah oleh segelintir individu yang merosakkan nama baik orang lain?

Siapakah yang patut bertanggungjawab, industri atau individu? Kongsi pandangan rakan-rakan dan tag mereka yang s**a berhibur!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



31/01/2026

OPERASI PERDANA BIL.1/26 AADK DAERAH TAMPIN.

Operasi ini berjaya menahan seramai 10 orang positif dadah.

Ops Perdana AADK Daerah Tampin dilaksanakan demi komuniti bebas dadah.

Operasi ini diteruskan sebagai langkah proaktif dalam menangani isu penyalahgunaan dadah. Setiap tindakan diambil bukan sekadar penguatkuasaan, tetapi juga demi memberi kesedaran, rawatan dan peluang kedua kepada mereka yang terlibat. Bersama kita bina komuniti bebas dadah. Bersama kita cegah, rawat dan pulih.

📞 Aduan dan pertanyaan:
1-800-22-2235 (AADK Hotline)
019-626 2233 (WhatsApp)
06-441 5803 (AADK Daerah Tampin )




Address

Bangunan Mahkamah Lama

73000

Opening Hours

08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6064415803

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Tampin N9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to AADK Daerah Tampin N9:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram