Kawe Ata Ubat Demo - RxDelivery 2U

  • Home
  • Kawe Ata Ubat Demo - RxDelivery 2U

Kawe Ata Ubat Demo - RxDelivery 2U Perkhidmatan baru penghantaran ubat susulan terus ke rumah pesakit.

29/01/2024

Ubat Tahan Sakit

Ramai orang yang mengambil mudah dan tidak mengambil berat tentang baik buruk mengambil ubat tahan sakit.

Sepertimana kita tahu, ubat tahan sakit adalah ubat yang diambil untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami, tak kira lah sakit sendi, tulang ataupun kecederaan.

Namun, ramai yang tidak tahu ubat tahan sakit adalah berbahaya jika diambil secara berlebihan dos dan tidak mengikut cara yang betul.

Rujuk gambar dibawah untuk informasi semua.

Mohon like, share dan follow kami untuk informasi berkenaan ubat.

Jom pakkak sebarkan video pendek mitos vs fakta "Simpan Molek Ubat". Semoga memberi manfaat kepada masyrakat. https://vt...
11/01/2024

Jom pakkak sebarkan video pendek mitos vs fakta "Simpan Molek Ubat". Semoga memberi manfaat kepada masyrakat.

https://vt.tiktok.com/ZSN3cTwm6/

Check out GengFarmasiKKPC's video.

Ulang kaji perihal ubat-ubatan ketika musim perayaan...
23/04/2023

Ulang kaji perihal ubat-ubatan ketika musim perayaan...

Wat kelik MOLEK Ubat Ke Kampung.

15/08/2022


Bismillahirahmanirahim. Mohon restu saem sobat deh. Semoga bermanfaat...

28/04/2022
28/04/2022

UBAT & RAYA
Tips Balik Kampung Dengan Membawa Ubat-ubatan.

Buat penyelidikan dan sentiasa bersedia sebelum memulakan perjalanan balik kampung anda.

Pastikan kuantiti ubat yang dibawa mencukupi.

Ada beberapa dokumen yang digalakkan dibawa balik bersama contohnya laporan kesihatan, kad alahan ubat, surat pengesahan doktor untuk ubat terkawal dan salinan preskripsi ubat.

Semoga bermanfaat...

Geng Farmasi KKPC
28 April 2022 @ 8 pagi.

Ubat & Raya
26/04/2022

Ubat & Raya

UBAT & RAYA

Bawa balik ubat ke kampung?

Bagi individu yang kurang sihat atau memerlukan rawatan ubat-ubatan untuk jangkamasa panjang, perjalanan jauh untuk balik ke kampung mungkin memudaratkan jika ubat tidak diambil dengan betul.

Ini terutamanya bagi golongan yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes atau darah tinggi.

Pengurusan ubat yang baik dapat memastikan penyakit terkawal, serta membolehkan anda menikmati perjalanan yang telah dirancang, seterusnya tidak menggangu persiapan & mood raya anda.

Kami kongsikan pengurusan asas ubat-ubatan sempena musim perayaan kali ini.

Semak ubat anda sebelum balik beraya di kampung masing-masing ye!

Geng Farmasi KKPC
26 April 2022 @ 8 pagi

23/04/2022
20/04/2022

Jom bersama En. Mohammad Aswady Adenan, Pegawai Farmasi KKPC 10 pagi esok (21 April 2022) di page Facebook Wellness Hub Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan berkongsi "Tips Ubat di Musim Perayaan".

Isu yang nampak mudah ("simple") tetapi seringkali diabaikan. Jangan kerana sikap ambil mudah anda membawa kemudaratan di musim perayaan.

Cakna Ubat, Insyaallah Selamat!

Boleh hancurkan ubat anda?
17/04/2022

Boleh hancurkan ubat anda?

Adakah semua ubat-ubat biji seperti kapsul, pil dan tablet boleh dihancurkan?

Pesakit, penjaga atau pengamal perubatan perlu menyedari bahawa menghancurkan ubat-ubatan adalah kaedah pengambilan ubat biji yang tidak digalakkan. Ubat yang diberikan hendaklah ditelan sepenuhnya tanpa dihancurkan dan kandungan kapsul tidak dikeluarkan.

Jika terdapat masalah untuk menelan ubat, pesakit atau penjaga perlu merujuk kepada doktor atau ahli farmasi. Hal ini disebabkan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum menghancurkan ubat biji.



Geng Farmasi KKPC
10 April 2022 @ 3.30 petang

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawe Ata Ubat Demo - RxDelivery 2U posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram