
31/08/2025
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-68 kepada seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan rakyat Malaysia.
๏ฟฝPada hari yang bersejarah ini, kita kembali mengingatkan diri kita tentang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang membawa kita kepada kemerdekaan yang kita nikmati hari ini. Semoga semangat tersebut terus menyemarakkan tekad kita untuk mempertingkatkan sistem kesihatan negara, agar setiap rakyat Malaysia dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan lebih baik.
Dengan tema Malaysia Madani, Rakyat Disantuni, marilah kita terus memperkukuh perpaduan dan berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih sejahtera dan inklusif bagi semua.
Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan