23/12/2023
POSTING 1
Nama: Nabihah Binti Ahmad Badri
No. Matrik: 292266
Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar. Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.
Apakah Penderaan Kanak-kanak?
Penderaan Kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial. Ianya Merangkumi semua jenis penderaan fizikal dan/atau emosi, penderaan seksual, pengabaian atau kelalaian atau eksploitasi komersial atau lain-lain eksploitasi, yang boleh atau telah menyebabkan kerosakan, kepada kesihatan kanak-kanak, dari segi ‘survival’, perkembangan atau harga diri. Ini adalah dalam konteks di mana pendera ada perhubungan tanggungjawab, kuasa atas kanak-kanak berkenaan atau pendera ialah seseorang yang dipercayai oleh kanak-kanak – WHO Pasukan Pencegah dan Kecederaan Keganasan,1999.
Menurut laporan berita harian, kes penderaan kanak-kanak di negara ini menunjukkan aliran peningkatan yang membimbangkan sejak dua tahun lalu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia berikutan kes penderaan kanak-kanak dilaporkan di negara ini pada tahun lalu, meningkat kepada 6,740 kes berbanding 6,144 kes pada 2021. Beliau berkata, sebanyak 5,216 kes penderaan kanak-kanak p**a diterima Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat Ogos lalu dan ia amat membimbangkan. "Angka penderaan kanak-kanak perempuan merekodkan jumlah tertinggi iaitu seramai 3,348 orang manakala kanak-kanak lelaki seramai 1,868 orang. "Semakin hari, semakin banyak kes penderaan yang dilaporkan. Berbanding tahun sebelumnya jumlahnya meningkat. "Kes bertambah disebabkan orang ramai kini semakin peka dan sedar melaporkan penderaan yang berlaku di sekitar mereka berbanding sebelum ini. "Selain itu, media sosial juga membantu sesuatu kes penderaan itu diketahui lebih cepat, secara tidak langsung mereka dapat kes dapat dilaporkan dengan cepat," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan 2023 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Nancy berkata kes penderaan kanak-kanak bukan sahaja berlaku di rumah yang dilakukan ibu bapa serta penjaga kanak-kanak. Malah katanya, ia juga kini berlaku dan menulat di taska dan pusat jagaan kanak-kanak. "Pengusaha taska mempunyai tanggungjawab bagi memastikan tidak berlaku kes penderaan di premis mereka. "Kita semua sedar dengan peningkatan kes kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan penganiayaan dan ia perlu diberi perhatian serius. "Justeru itu, kita perlu memperkasa kanak-kanak supaya mereka berupaya bertindak sekiranya berlaku ancaman terhadap nyawa mereka," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/11/1179346/jumlah-kes-dera-kanak-kanak-membimbangkan