09/08/2021
Informasi berguna buat TTC sekalian
Q : Apakah yang dimaksudkan dengan "ovarian reserve"?
A : rizab telur wanita di ovari
Ovari = organ yang menghasilkan telur wanita
Q : Adakah sesuai saya menangguhkan perancangan mengandung jika mempunyai rizab telur yang rendah khasnya jika saya belum lengkap 2 dos vaksin ?
A : Kajian di Eropah pada tahun 2020 membuktikan bahawa penangguhan perancangan mengandung dalam tempoh 180 hari tidak mengubah atau memberi kesan terhadap tahap kejayaan rawatan kesuburan wanita yang mempunyai rizab telur rendah.
Q :Bagaimana saya boleh ketahui ovarian reserve saya?
A : melalui ujian darah AMH serta Ultrasound folikel ovari yang boleh dilakukan oleh pakar kesuburan
Jadi, nasihat saya buat TTC, dan kesemua wanita yang merancang untuk hamil, sayangi lah nyawa anda dengan memastikan anda melengkapkan 2 dos vaksin covid 19 sebelum merancang hamil..
Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan untuk hamil, serta sudah mempunyai cahayamata ,nasihat saya tangguh kan dahulu untuk hamil di masa pandemik covid 19 ini sehingga keadaan lebih stabil..
Guna kan lah perancang keluarga yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi serta sesuai dengan diri anda sekiranya anda merancang untuk tidak hamil di waktu pandemik ini..
"A well planned pregnancy is better than an unplanned pregnancy"
Saya tahu kenyataan saya mungkin pahit untuk diterima, tetapi ini lah mungkin yang terbaik demi kesihatan kita ..
Wanita mempunyai peranan yang sangat besar dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara..
Sayangi lah nyawa anda, sayangi lah keluarga anda..
Sebagai pakar ObGyn, saya sayang kan kesemua wanita khasnya wanita mengandung..
Kuatkan semangat anda wahai TTC sekalian..Jaga kesihatan mental dan fizikal kita...
Wanita sememangnya kuat💪😘