01/05/2025
Selamat Hari Pekerja 2025
'Pekerja Kesuma Bangsa'
Sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, Myenvheat ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Awam (PPKP) di seluruh negara.
Tanpa mengenal penat lelah, kalian terus komited menjalankan tugas demi memastikan kesihatan awam sentiasa terpelihara. Sama ada di lapangan mahupun di pejabat, tugasan kalian menyentuh pelbagai aspek penting dari keselamatan makanan, kawalan vektor, pengurusan sisa, hinggalah penguatkuasaan perundangan kesihatan.
Sebagai barisan hadapan yang bekerja dalam diam, namun impaknya besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Salam hormat dan Selamat Hari Pekerja daripada MyENVHEAT.