Kedai Produk dan Pusat Rawatan Terapi Medan Elektrik

Kedai Produk dan Pusat Rawatan Terapi Medan Elektrik Penjual Produk dan Pusat Kesihatan Rawatan Terapi

01/01/2025
08/08/2024
Satu kata-kata yang indah untuk kehidupan:
24/05/2024

Satu kata-kata yang indah untuk kehidupan:

27/07/2023

Berkenaan Elektrostatik, Bagaimana ia Berfungsi?

▫️ Penstabilan Kadar pH dalam Darah:
- Apabila tubuh badan berada dalam keadaan yang sihat, sebatian berasid yang terhasil semasa proses penguraian nutrien akan dineutralkan dan dibebaskan keluar daripada tubuh manusia. Proses ini dikenali sebagai Penampanan pH. Manakala, apabila tubuh badan tidak sihat, proses ini tidak akan berlaku dengan sempurna.
- Dengan mengalirkan sedikit voltan kepada tubuh manusia, bilangan ion kalsium dalam darah akan meningkat manakala bilangan ion kalium akan berkurangan. Ini menyebabkan darah menjadi beralkali dan bahan kumuh yang berasid akan dineutralkan. Fenomena perubahan kadar pH dalam darah ini telah disahkan melalui kajian Dr. Maki Takata di Universiti Toho, Jepun.
- Selain itu, dalam suatu eksperimen yang dijalankan ke atas haiwan oleh Dr. Fumimasa Yanagisawa dan Dr. Mitsuyoshi Nakayama, kadar turun naik elektrolik dalam darah telah dikenalpasti apabila bahan ujian dipakaikan dengan fabrik khas yang diperbuat daripada serat vinil klorida, yang mana febrik ini bertindakbalas dan menjana voltan tinggi dan elektrik statik. Hasil ujian ini menunjukkan bahawa serum Ca++ (ion kalsium) telah meningkat selepas arus dialirkan, dan darah telah menjadi beralkali.
- Sekiranya darah telah teralkali, maka bahan kumuh yang berasid akan dineutralkan dan dibebaskan daripada tubuh. Hasilnya, aliran darah akan menjadi lebih baik. Aliran darah yang baik dapat dipastikan dengan mudah melalui:
🔸 Kebanyakan pengguna mendapati kewujudan rasa hangat pada anggota badan mereka apabila elektrik dialirkan. Perkara ini dapat dipastikan dengan mengukur suhu permukaan kulit menggunakan termograf.
🔸 Aliran darah yang lebih baik dapat diperlihatkan dengan mengambil sampel darah sebelum dan selepas voltan tinggi dialirkan.
🔸 Selain itu juga, sistem tubuh yang baik dapat dilihatkan dari nyalaan mentol lampu yang dipegang dari tubuh.
😅😅😁

20/07/2023

Sukan Terapi. 😱😉🤔😅😁🥺🧐

19/07/2023

Berkenaan Elektrostatik, Bagaimana ia Berfungsi?

- Unit Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi Mempunyai Fungsi-fungsi Berikut:
▫️ Rangsangan (Kesan Getaran):
Dengan menggunakan ciri-ciri arus ulang-alik, medan elektrik bervoltan tinggi membekalkan rangsangan elektrik kepada badan manusia. Kebanyakan sebatian kimia di dalam badan manusia adalah berasaskan fungsi elektrik yang tercipta daripada peredaran elektron di sekitar nukleus atom. Walaubagaimanapun fungsi tersebut bukan sahaja digunakan oleh struktur bahan, malah juga digunakan oleh fungsi saraf. Oleh kerana pertukaran fasa di bawah voltan tinggi berlaku dengan menggunakan frekuensi rendah dalam lingkungan 50-60 kitaran, kewujudan getaran kecil dapat dirasai hanya dengan sentuhan ringan kepada konduktor elektrik yang lemah (contohnya dinding) semasa aplikasi bervoltan tinggi dijalankan.

▫️ Penguraian kelompok-kelompok air:
Air tidak wujud dalam kelompok tunggal. Air wujud melalui pembentukan kelompok yang dinamik dan terdiri daripada 10 hingga 40 molekul yang dipaut dengan ikatan hidrogen. Sekiranya medan elektrik bervoltan tinggi dialirkan kepada air, pautan kelompok ini akan menjadi longgar dan molekul air tersebut semakin berupaya untuk mengangkut nutrien, oksigen dan bahan kumuh dalam badan manusia. Ini dapat mengaktifkan metabolisme dalam tubuh manusia.

17/07/2023

Berkenaan Elektrostatik, Bagaimana ia Berfungsi?

Fungsi dan Keberkesanan:
- Medan elektrik bervoltan tinggi berperanan dalam proses:
🔸 Pengaktifan sel-sel dalam badan.
🔸 Pengaktifan metabolisme.
🔸 Peningkatan dalam kitaran darah.
🔸 Penstabilan saraf-saraf luar kawal.
🔸 Pengurangan kesan radangan dan kesakitan.
- Alat terapi medan elektrik bervoltan tinggi adalah berkesan untuk kes-kes, gejala dan keadaan berikut:
▫️ Memulihkan kelesuan.
▫️ Insomnia.
▫️ Hilang selera makan.
▫️ Sembelit / pembuangan air besar yang tidak normal.
▫️ Sakit kepala dan migrain.
▫️ Gangguan menopaus (putus haid).
▫️ Kecederaan tengkuk akibat sentakan (dan penyakit-penyakit di vertebra serviks).
▫️ Ketegangan otot bahu.
▫️ Osteoartritis.
▫️ Jangkitan otot, radang pada aponeurosis.
▫️ Lebam, seliuh.
▫️ Reumatisme (sakit sendi).
▫️ Ketidakseimbangan sistem saraf.
▫️ Gangguan mental.
▫️ Beberapa jenis neuralgia (kesakitan teruk di bahagian saraf).
▫️ Herpes sequelae.
▫️ Gangguan emosi.
▫️ Tekanan darah tinggi.
▫️ Arteriosklerosis.
▫️ Pemulihan daripada Infarksi Serebrum (saluran darah ke otak tersumbat).
▫️ Pemulihan selepas pembedahan.
▫️ Kencing manis.
▫️ Penyakit hati kronik.
▫️ Radang buah pinggang.
▫️ Gangguan pada organ pencernaan.
▫️ Ulser perut.
▫️ Ulser duodenum.
▫️ Atopi & Lelah.
▫️ Kebolehtelapan vaskular yang tidak normal.
▫️ Alveolar pyorrhoea (sejenis penyakit gusi).
▫️ Penjagaan kecantikan (memperbaiki kilauan kulit dan wajah).
▫️ Stamina.
▫️ Aritmia (degupan jantung tidak normal).

Tindakbalas Unit Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi:
Pada masa ini, keberkesanan unit terapi medan elektrik bervoltan tinggi ini adalah sukar untuk dibuktikan secara langsung melalui eksperimen mahupun secara teori. Namun, unit terapi yang telah digunakan ini jelas menunjukkan kesan-kesan penyembuhan atau terapeutik.

17/07/2023

Berkenaan Elektrostatik, Bagaimana ia Berfungsi? Apakah Unit Terapi Medan Elektrik Bervoltan Tinggi?

Bios9000 merupakan suatu unit terapi medan elektrik bervoltan tinggi yang direka khusus untuk menghasilkan arus ulang-alik bervoltan tinggi. Unit ini bertindakbalas secara tidak langsung ke atas badan manusia melalui penebat elektrik.
Hasil tindakbalas Medan Elektrik Bervoltan Tinggi, Medan elektrik bervoltan tinggi dapat menghasilkan tindakbalas berikut:
🔹 Rangsangan menerusi arus ulang-alik. (Kesan getaran)
🔹Penguraian kelompok air.
🔹Pengionan.
🔹Penstabilan kadar pH dalam darah.
🔹Penstabilan saraf-saraf luar kawal.

Kuasa Penyembuhan Semulajadi:
Medan elektrik bervoltan tinggi berfungsi dalam pengaktifan sel-sel dan perangsangan metabolisme. Apabila digunakan, ia bertindak secara seragam ke seluruh badan untuk memperbaiki keseimbangan, memberi kesan kiropraktik yang positif serta menambahbaik fungsi saraf luar kawal. Ini akan mempertingkatkan kadar penyembuhan semulajadi serta kefungsian tubuh badan manusia.
Rawatan Menggunakan Pelapik Elektrik:
Pelapik Elektrik yang disambungkan kepada unit terapi medan elektrik bervoltan tinggi diletakkan di atas kerusi berpenebat (kerusi kayu dan sebagainya) atau tikar. Kemudian, pengguna boleh duduk di atas kerusi (atau berbaring di atas tikar) tersebut untuk rawatan harian (pada kadar 9,000 volt). Untuk pengguna yang kurang berkeupayaan, penggunaan kadar voltan yang lebih rendah dan jangkamasa rawatan yang lebih pendek adalah digalakkan.

17/07/2023

Kebaikan Sinaran Infra Merah terhadap badan manusia:

4. Menyeimbangkan pH badan
* Sinaran infra merah jauh membersihkan darah, membaiki keadaan kulit dan mengelakkan penyakit artritis yang disebabkan oleh asid urik berlebihan.

Ion Negatif
Apakah ion? Apakah ion negatif?
* Segala bahan terdiri daripada unsur yang paling kecil yang dikenali sebagai atom. Jika atom bercantum, ia akan menghasilkan molekul. Molekul bercas elektrik dikenali sebagai ion. Dalam keadaan biasa, ion akan mengekalkan keseimbangan dengan bilangan cas positif dan negatif yang sama. Jika kuasa tenaga ditambahkan, ion negatif akan diceraikan dan meninggalkan ion positif. Ion elektrik yang diceraikan akan bercantum dengan atom dan molekul lain untuk menghasilkan ion negatif.

Ion negatif dan kehidupan semula jadi
* Dalam alam semula jadi seperit hutan, pantai dan mata air panas, udara yang disedut terdiri daripada nisbah ion positif dan negatif yang tetap yang terdiri daripada 40-1000 ion negatif bagi setiap satu sentimeter padu (cc). Malangnya, kehidupan sibuk di kota telah mengurangkan bilangan ion negatif di udara dan menjejaskan kesihatan kita.

Kepentingan ion negatif terhadap badan manusia
* Bahagian dalam lapisan sel terdiri daripada ion negatif dan lapisan luar sel p**a terdiri daripada ion positif. Jika ion negatif berkurangan dan ion positif bertambah, keupayaan sel untuk menyerap zat dan menyingkirkan bahan buangan akan terganggu. Ini mengakibatkan kelemahan fungsi badan, kehilangan kalsium, darah berasid, daya rintangan berkurangan dan kekurangan zat pada saraf. Hanya dengan keseimbangan kedua-dua ion positif, tenaga badan dan kecerdasan dapat dpertingkatkan dan serangan penyakit dapat dicegah.

Address

Bhulta

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Friday 10:00 - 16:00

Telephone

+60139087620

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Produk dan Pusat Rawatan Terapi Medan Elektrik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kedai Produk dan Pusat Rawatan Terapi Medan Elektrik:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram