
23/01/2025
๐ฅ๐จ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐ ๐ก๐ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ ๐จ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐ก๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐ .๐ฃ๐จ๐ก๐๐ ๐ก๐ข.๐ณ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐ข๐ฃ๐จ๐๐๐ฅ & ๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ ๐๐ฆ๐๐ ๐ง๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก
Hal ini selalunya dikaitkan dengan masalah buah pinggang, namun kita juga perlu faham bahawa ia boleh berlaku sekali-sekala dan ia bukanlah sesuatu yang membimbangkan.
Jom ketahui lebih lanjut tentang kencing berbuih (foamy urine) dan puncanya.
๐ณ ๐ฃ๐จ๐ก๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐
Air kencing atau urin biasanya berwarna kuning pucat hingga kuning gelap.
Pelbagai faktor, dari diet, ubat atau penyakit, boleh menyebabkan perubahan warna dan keadaan air kencing seseorang.
,Sekiranya air kencing anda berbuih, jangan panik dulu.
Ini antara punca Kencing Berbuih yang patut anda tahu.
โ
๐ญ. ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐จ
Apa yang mungkin berlaku adalah apabila pundi kencing kita sudah terlalu penuh, air kencing akan dikeluarkan dengan laju dan cukup pantas untuk menyebabkan ianya berbuih.
โ
๐ฎ. ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐จ๐ ๐๐๐ฅ / ๐๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐ง
Kadang kala, air kencing juga boleh berbuih ketika pekat.
Air kencing anda lebih pekat jika anda belum minum banyak air dan anda mengalami dehidrasi.
โ
๐ฏ. ๐๐๐ฆ๐๐ก ๐จ๐๐๐ง - ๐จ๐๐๐ง๐๐ก
Sesetengah ubat-ubatan seperti ubat phenazopyridine (Pyridium, AZO Standard, Uristat, AZO) adalah satu lagi penyebab kencing berbuih.
Lazimnya ubat ini diambil untuk merawat sakit akibat jangkitan saluran kencing.
โ
๐ฐ. ๐๐๐๐๐จ๐๐๐ฆ๐ ๐ฅ๐๐ง๐ฅ๐ข๐๐๐๐
Penyebab urin berbuih yang kurang biasa kita dengar adalah ejakulasi retrograde.
Ia adalah sebuah keadaan yang berlaku pada lelaki ketika air mani kembali ke pundi kencing dan bukannya dilepaskan dari z***r.
Ejakulasi yang normal sepatutnya tidak menyebabkan masalah prostat ini.
โ
๐ฑ. ๐๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฅ๐ข๐ง๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ / ๐ฃ๐ฅ๐ข๐ง๐๐๐ก๐จ๐ฅ๐๐
Air kencing berbuih juga dapat menunjukkan kehadiran protein, seperti albumin, dalam air kencing.
Protein dalam air kencing inilah yang akan bertindak balas dengan udara untuk menghasilkan buih.
Menurut Root Of Science, kehadiran albumin atau protein dalam air kencing selalunya dipanggil sebagai โbuah pinggang bocorโ.
Ini disebabkan penapis buah pinggang yang dikenali sebagai glomerular menghadapi masalah.
โ
๐ฒ. ๐ ๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ / ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐จ
Kencing berbuih juga boleh disebabkan kandungan bilirubin yang tinggi dan ia membentuk buih yang berwarna kuning.
Kehadiran bilirubin di dalam air kencing adalah petunjuk yang pesakit mungkin menghadapi masalah hempedu atau hati.
โ
๐ณ. ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ง ๐๐จ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ก๐ ๐๐ฅ๐ข๐ก๐๐
Menurut Portal MyHealth KKM, pesakit penyakit buah pinggang kronik mungkin akan mengeluarkan air kencing berbuih.
Ia boleh disahkan melalui ujian air kencing.
Pada peringkat awal, hanya kuantiti kecil albumin terjerlus ke dalam air kencing melalui buah pinggang. Ini merupakan satu tanda awal kegagalan fungsi buah pinggang.
Pada peringkat awal penyakit buah pinggang juga, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala. Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit.