Health Promotion Centre

Health Promotion Centre This is the offical page of the Health Promotion Centre (HPC), Ministry of Health, Brunei Darussalam.

This is the official facebook for Health Promotion Centre (HPC), Ministry of Health, Brunei Darussalam. Established in 2008, HPC is a government organisation with a mission to empower people towards healthy living.

[M] 26 Zulkaedah 1447 / 14 May 2026 โ€“ Kementerian Kesihatan melalui Jawatankuasa Pandu Pemakanan Ibu, Bayi dan Anak Dami...
14/05/2026

[M] 26 Zulkaedah 1447 / 14 May 2026 โ€“ Kementerian Kesihatan melalui Jawatankuasa Pandu Pemakanan Ibu, Bayi dan Anak Damit (MIYCN) telah menganjurkan ๐˜”๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ช๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ต๐˜ฉ๐˜ฆ ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜”๐˜๐˜ ๐˜Š๐˜• ๐˜š๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ๐˜จ๐˜บ ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜‰๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ด๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ 2026โ€“2035

Bengkel ini menghimpunkan wakil daripada agensi-agensi kerajaan, institusi pendidikan, sektor kesihatan, pihak berkepentingan masyarakat serta rakan strategik bagi memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor dalam menyokong inisiatif pemakanan dan kesihatan di Negara Brunei Darussalam.

Perbincangan tertumpu kepada pengumpulan pandangan dan cadangan ke arah pembentukan strategi yang menyeluruh bagi mempromosi pemakanan optimum untuk ibu, bayi dan anak-anak damit, di samping menangani isu masalah pemakanan dan obesiti di negara ini.

Bersama ke arah menyokong tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan berkualiti demi masa depan yang lebih makmur ๐Ÿ’š
โ€“โ€“โ€“โ€“โ€“

[E] 26 Zulkaedah 1447 / 14 May 2026 โ€“ The Ministry of Health, through the Maternal, Infant and Young Child Nutrition (MIYCN) Taskforce, organised a Multisectoral Workshop on the Development of the National MIYCN Strategy for Brunei Darussalam 2026โ€“2035

The workshop brought together representatives from government agencies, educational institutions, healthcare sectors, community stakeholders and strategic partners to strengthen multisectoral collaboration in supporting nutrition and health initiatives in Brunei Darussalam.

Discussions focused on gathering insights and recommendations towards the development of a comprehensive strategy that promotes optimal nutrition for mothers, infants and young children, while addressing the growing concern of malnutrition and obesity in the country.

Together towards supporting healthier and quality growth for children for a more prosperous future ๐Ÿ’š

Garam bukan sahaja datang dari penambah rasa; ia turut tersembunyi dalam makanan harian kita.Mi segera, soto, ikan masin...
13/05/2026

Garam bukan sahaja datang dari penambah rasa; ia turut tersembunyi dalam makanan harian kita.

Mi segera, soto, ikan masin, makanan dalam tin โ€” hidangan kegemaran kitani selalunya mengandungi garam yang lebih tinggi daripada yang disedari.

Tahukah awda? Di Brunei, purata pengambilan garam ialah 10g sehari โ€” dua kali ganda daripada saranan WHO iaitu 5g sehari. Pengambilan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko hipertensi, yang dikenali sebagai 'pembunuh senyap' kerana ia sering tiada gejala.

Sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia, beberapa langkah mudah yang boleh kita ambil:

โœ… Nikmati hidangan kegemaran secara sederhana
โœ… Guna herba & rempah sebagai pengganti garam
โœ… Kurangkan penggunaan sos tambahan
โœ… Cari label 'Pilihan Lebih Sihat', 'kurang garam' atau 'tiada garam'
โœ… Semak label pemakanan sebelum membeli

Perubahan kecil hari ini boleh menjadikan jantung lebih sihat di esok hari.



-

Salt does not only come from what we add at the table; it is also found in many of our everyday food.

Instant noodles, soto, salted fish, canned goods โ€” many familiar favourites contain more salt than we may realise.

Did you know? In Brunei, the average salt intake is 10g per day โ€” double the WHO's recommended 5g per day. Too much salt raises the risk of hypertension, often called the 'silent killer' because it shows no obvious symptoms.

In conjunction with World Salt Awareness Week, here are a few simple steps we can all take:

โœ… Enjoy favourite dishes in moderation
โœ… Use herbs and spices as a substitute for salt
โœ… Cut back on added sauces and condiments
โœ… Look for labels marked 'Healthier Choice', 'reduced salt' or 'no added salt'
โœ… Check nutrition labels before buying

Small changes today, healthier heart tomorrow.

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2026 bertema Ambil Tindakan, marilah kita mengambil langkah โ€” walau sekecil man...
11/05/2026

Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental 2026 bertema Ambil Tindakan, marilah kita mengambil langkah โ€” walau sekecil mana pun โ€” untuk menjaga kesejahteraan mental diri dan orang di sekeliling kita.

Menjaga kesihatan mental boleh bermula dengan tindakan kecil seperti berehat secukupnya, melakukan aktiviti yang menenangkan, dan berhubung dengan individu yang dipercayai. Sokongan dan kefahaman daripada masyarakat turut membantu mewujudkan persekitaran yang lebih prihatin terhadap kesihatan mental.

Jika biskita atau seseorang yang awda kenali memerlukan sokongan, hubungi Talian Harapan 145 untuk mendapatkan bantuan segera. Talian Harapan 145 adalah percuma dan beroperasi 24/7. Maklumat pemanggil akan dirahsiakan.

Tindakan kecil hari ini boleh membawa perubahan yang bermakna โ€” untuk diri sendiri, untuk orang lain, dan untuk kita semua.



-

In conjunction with Mental Health Awareness Month 2026, themed Take Action, we are encouraged to take meaningful steps โ€” however small โ€” to care for our own mental well-being and support those around us.

Looking after mental health can begin with simple actions such as taking time to rest, engaging in activities that help you relax, and connecting with trusted individuals. Support and understanding within the community can also help create a more caring environment for mental health.

If you or someone you know needs support, contact Talian Harapan 145 for immediate assistance. Talian Harapan 145 is free and operates 24/7. All caller information will be kept confidential.

Small actions today can make a meaningful difference โ€” for yourself, for someone else, and for all of us.

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan sukacita menjemput ibu bapa atau penjaga anak damit yang be...
07/05/2026

Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan dengan sukacita menjemput ibu bapa atau penjaga anak damit yang berminat untuk mendaftar bagi Sesi Pendidikan Makanan Pelengkap untuk Anak Damit bagi sesi bulan Mei.

๐Ÿ“… Tarikh: 23hb Mei 2026
โฐ Masa: 2.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Studio 2, Pusat Promosi Kesihatan

Objektif utama program ini adalah untuk mengetahui prinsip-prinsip pemberian makanan yang sesuai bagi anak damit bermula umur 6 bulan, selaras dengan amalan pemakanan sihat dan perkembangan optimum anak.

Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman ibu bapa dan penjaga anak damit mengenai pemilihan, penyediaan dan amalan pemberian makanan pelengkap yang betul.

Pendaftaran adalah secara dalam talian (online) melalui Google Form.

Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga berminat dengan sesi tersebut, sila daftar dengan mengimbas kod QR atau melalui pautan berikut: https://forms.gle/d5a9iPJt3uyYWTxk8

Segala maklumat yang diberikan akan dirahasiakan dan digunakan bagi tujuan pendaftaran sahaja.

Masa remaja merupakan tempoh penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan.Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang...
28/04/2026

Masa remaja merupakan tempoh penting dalam proses pertumbuhan dan perkembangan.

Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal yang mencukupi, rehat yang cukup serta sokongan emosi daripada keluarga dan rakan memainkan peranan penting dalam menyokong kesejahteraan remaja.

Membina amalan sihat sejak usia muda dapat membantu remaja menjalani kehidupan yang lebih sihat pada masa hadapan.

Ibu bapa, penjaga dan masyarakat juga mempunyai peranan penting dalam mewujudkan persekitaran yang menyokong perkembangan remaja secara menyeluruh.

Kesihatan remaja hari ini adalah asas kepada kesejahteraan masa hadapan.



-

Adolescence is an important stage of growth and development.

Balanced nutrition, regular physical activity, adequate rest, and emotional support from family and friends all play an important role in supporting adolescent well-being.

Building healthy habits from a young age can help adolescents maintain better health in the future.

Parents, caregivers, and communities also play an important role in creating environments that support healthy development.

Healthy adolescents today contribute to a healthier future.

Program Kesihatan Warga Emas: Senyuman Mu, Penawar Hati Ku ๐Ÿ˜ŠโœจMari sama-sama hadir memeriahkan program khas untuk warga e...
28/04/2026

Program Kesihatan Warga Emas: Senyuman Mu, Penawar Hati Ku ๐Ÿ˜Šโœจ

Mari sama-sama hadir memeriahkan program khas untuk warga emas yang penuh dengan aktiviti bermanfaat dalam suasana yang ceria dan penuh kasih sayang.

๐Ÿ“ Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei Muara, Lambakโ€จ๐Ÿ•ฃ Bermula pukul 8:30 pagi

Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa bersama, menyokong kesejahteraan warga emas, dan menceriakan hari awda dengan penuh senyuman ๐Ÿ’›

Ramadhan telah berlalu, tetapi langkah yang dimulakan sepanjang bulan tersebut boleh diteruskan. Meneruskan gaya hidup b...
22/04/2026

Ramadhan telah berlalu, tetapi langkah yang dimulakan sepanjang bulan tersebut boleh diteruskan. Meneruskan gaya hidup bebas tembakau memberi manfaat kepada kesihatan jangka panjang, termasuk kesihatan jantung dan paru-paru. Sokongan daripada keluarga, rakan dan komuniti juga boleh membantu mengekalkan usaha ini.

Jika biskita memerlukan bantuan untuk berhenti merokok atau v**e, dapatkan sokongan melalui Klinik Berhenti Merokok (KBM) di pusat kesihatan berdekatan atau melalui aplikasi BruHealth. Perubahan kecil hari ini boleh membawa kesan besar kepada kesihatan pada masa hadapan.



-

Ramadhan has passed, but the steps taken during the month can be carried forward. Maintaining a tobacco-free lifestyle supports long-term health, including heart and lung health. Support from family, friends, and the community can also help sustain this effort.

If you need support to quit smoking or va**ng, you may register with the Smoking Cessation Clinic (KBM) through the BruHealth app or visit your nearest health centre. Small changes today can support better health in the future.

Kegiatan fizikal yang dilakukan secara berkala memberi manfaat kepada kesihatan tubuh dan kesejahteraan mental.Pergeraka...
20/04/2026

Kegiatan fizikal yang dilakukan secara berkala memberi manfaat kepada kesihatan tubuh dan kesejahteraan mental.

Pergerakan tidak semestinya sukan yang intensif. Aktiviti mudah seperti berjalan kaki, berbasikal atau melakukan aktiviti bersama keluarga juga dapat membantu menyokong kesihatan.

Mulakan dengan langkah kecil dan jadikan pergerakan sebagai sebahagian daripada rutin harian.



-

Regular physical activity supports both physical health and mental well-being.

Movement does not always have to be intensive exercise. Simple activities such as walking, cycling, or spending time being active with family can also benefit your health.

Start with small steps and make movement part of your daily routine.

Pemilihan makanan yang lebih sihat boleh bermula dengan keputusan kecil semasa makan di luar atau membeli-belah.Salah sa...
17/04/2026

Pemilihan makanan yang lebih sihat boleh bermula dengan keputusan kecil semasa makan di luar atau membeli-belah.

Salah satu cara mudah adalah dengan mencari Logo Pilihan Sihat โ€” penanda yang membantu kita mengenal pasti produk dan restoran yang memenuhi piawaian pemakanan yang lebih baik.

Leret untuk mengetahui cara membuat pilihan makanan yang lebih sihat, dan layari pautan di bio untuk senarai Rakan Makan Sihat berdekatan anda.



-

Healthy eating can start with simple choices when dining out or shopping for groceries.

One easy way to get started is by looking out for the Healthier Choice Logo โ€” a mark that helps identify products and dining establishments that meet established nutritional standards.

Swipe through for practical tips, and visit the link in our bio to explore the Healthy Dining Partners directory near you.

Kesihatan yang baik selalu bermula dengan amalan kecil dalam kehidupan seharian.Langkah mudah seperti minum air secukupn...
15/04/2026

Kesihatan yang baik selalu bermula dengan amalan kecil dalam kehidupan seharian.

Langkah mudah seperti minum air secukupnya, kekal aktif, mengambil pemakanan seimbang dan mendapatkan rehat yang mencukupi dapat membantu menyokong kesejahteraan diri.

Amalan kecil yang dilakukan secara konsisten boleh memberi manfaat kepada kesihatan jangka panjang.



-

Good health often begins with small habits in our daily routines.

Simple actions such as staying hydrated, keeping active, eating balanced meals, and getting enough rest can help support overall well-being.

Small habits practised consistently can contribute to better long-term health.

Diabetes ialah penyakit kronik yang berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.Mengetahui faktor risi...
13/04/2026

Diabetes ialah penyakit kronik yang berlaku apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi.

Mengetahui faktor risiko dan mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan risiko serta menyokong kesihatan secara keseluruhan.

Leret untuk mengetahui lebih lanjut mengenai diabetes dan cara mudah untuk menyokong pencegahan.



-

Diabetes is a long-term condition that affects how the body processes blood sugar.

Understanding the risk factors and adopting healthy lifestyle habits can help reduce the risk and support overall health.

Swipe to learn more about diabetes and simple steps that can support prevention.

Address

Bandar Seri Begawan
BB3910

Opening Hours

Monday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Tuesday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Wednesday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Thursday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30
Saturday 07:45 - 12:15
13:30 - 16:30

Telephone

+6732385800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Health Promotion Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share