UMMI Hijama Brunei

  • Home
  • UMMI Hijama Brunei

UMMI Hijama Brunei UMMI Hijama Brunei menawarkan khidmat urutan tradisional dan bekam untuk wanita. Most of the sickness comes from bad circulation that affects organs and

Ummi Hijama is a company that provide health care service which is cupping service.

Stay Healty and keep a bottle of Hand Sanitiser with youPro Clean 60ml Portable Alcohol (75%) AloeVera Hand Sanitiser  W...
07/03/2020

Stay Healty and keep a bottle of Hand Sanitiser with you
Pro Clean 60ml Portable Alcohol (75%) AloeVera Hand Sanitiser With Essential Oil (Lavender) Antibacterial Coronavirus Virus Influenza
National Pharmaceutical Regulatory Agency (Under Cosmetic Category)
Registration / Notification No : NOT200201881K
Expiry Date: FEB 2023
FEATURES
�Formulation kills 99.9% of bacteria, germs, fungus and virus
�Instant Hand Sanitiser
�Rinse free and non-sticky
�Gentle on hand
�GMP Certified & MADE in Malaysia

DESCRIPTION:
Pro Clean Hand Sanitiser is a portable alcohol-based hand sanitizer enriched with ALOE VERA which clean, sanitise your hand anytime anywhere while help combat the dry skin and leave your hands hydrated at the same time.
DIRECTION OF USE:
Apply enough of the product to the palm of your hand to wet your hand completely. Rub your hands together, covering all surfaces until it dries.
For external use only

Contact us to get one!
wasap.my/6738327970/Hand+Sanitizer

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAMSOALAN :Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan de...
03/02/2019

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-36 : BERBEKAM

SOALAN :

Adakah berbekam itu sunnah atau ia sekadar rawatan biasa yang berkaitan dengan hal keduniaan ?

JAWAPAN :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Muhammad Ijaj al-Khatib dari bukunya yang bertajuk “al-Sunnah al-Nabawiyyah”, inilah jawapannya :

Di sana terdapat banyak hadith yang menceritakan berkaitan berbekam, antaranya ialah:

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:

حجمَ أبو طيبَةَ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلمَ ، فأمرَ له بصاعٍ من تمرٍ ، وأمَرَ أهلَهُ أن يخفِّفُوا من خراجِهِ
Maksudnya: “Abu Thaibah membekam Rasulullah SAW lalu Baginda SAW membayarnya dengan satu sha’ kurma dan Baginda SAW mengarahkan keluarganya untuk meringankan pajaknya”. [Riwayat al-Bukhari, kitab jual beli, bab penjelesan tentang pembekam, no.Hadith 1960]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
حجم النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عبدٌ لبني بياضةَ . فأعطاهُ النبيُّ أجرَه . وكلَّم سيدَه فخفَّفَ عنهُ من ضريبتِه . ولو كان سُحتًا لم يُعطِه النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam oleh seorang hamba kepunyaan Bani Bayadhah. Maka Nabi SAW memberinya upah dan Nabi SAW bercakap dengan tuannya agar meringankan tugasnya”. Jika berbekam ini adalah haram, tentu Nabi SAW tidak memberikannya upah. [Riwayat Muslim, kitab pengairan, bab halalnya upah kepada pembekam, no. Hadith: 2955]

• Daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi SAW bersabda:
إنَّ أفضلَ ما تداويتُم بِه الحجامةَ أو إنَّ من أمثلِ دوائِكمُ الحجامةَ
Maksudnya: “Sesungguhnya sebaik-baik perubatan yang kalian gunakan adalah berbekam” atau “Sebaik-baik ubat untuk kalian adalah berbekam”. [Riwayat al-Tirmizi, kitab jual beli, bab rukhsah pembekam, no. Hadith 1199]

• Daripada Abdullah bin Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda:
احتجم النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في الأخدعَيْنِ وبَينَ الكَتِفَيْنِ
Maksudnya: “Nabi SAW pernah berbekam di lehernya dan juga di antara dua bahunya”. [Riwayat Ahmad, no. Hadith 1987]

• Daripada Abdullah bin Abbas, Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
أن النبيَّ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم احتجَم وهو مُحرِمٌ، واحتجَم وهو صائمٌ
Maksudnya: “ Nabi SAW berbekam dalam keadaan Baginda SAW berihram dan juga Baginda SAW berbekam ketika Baginda SAW berpuasa”. [Riwayat al-Bukhari, kitab puasa, bab berbekam dan muntah bagi orang yang berpuasa, no. Hadith: 1802]

Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan p**a, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini.

Hukum berbekam

Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secaea mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian. Jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.

Tarjih

Kami cenderung mengatakan sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Ijaj al-Khatib bahawa berbekam adalah salah satu daripada teknik atau cara perubatan yang diamalkan sejak dari zaman Rasulullah S

26/01/2019

Kursus bekam di Putatan, Sabah. Jangan pernah berhenti belajar..walaupun dah ada pengalaman bertahun-tahun😊

12/01/2019
TARIKH SUNNAH BERBEKAM OKTOBER 2018“Sesungguhnya waktu terbaik melakukan bekam adalah pada tanggal 17, 19, dan 21 setiap...
26/10/2018

TARIKH SUNNAH BERBEKAM OKTOBER 2018

“Sesungguhnya waktu terbaik melakukan bekam adalah pada tanggal 17, 19, dan 21 setiap bulannya.” (HR. at-Tirmidzi)

🌼 26 Oktober 2018 @ 17 Safar 1440H
🌼 28 Oktober 2018 @ 19 Safar 1440H
🌼 30 Oktober 2018 @ 21 Safar 1440H

Boleh klik 👉🏼 www.wasap.my/6738291629 untuk perjanjian

UMMI hijama Brunei
| Waktu Operasi baru bermula Oktober 2018 |
Isnin-Jumaat 8pm - 10.30pm
Sabtu 9am - 10.30pm
ahad 2pm - 10.30pm





SELAMAT ULANGTAHUN BEKAM UMMI !!12 Hari lagi merupakan ulang tahun UMMI HIJAMA BRUNEI yang pertama.Admin nak buat contes...
02/08/2018

SELAMAT ULANGTAHUN BEKAM UMMI !!
12 Hari lagi merupakan ulang tahun UMMI HIJAMA BRUNEI yang pertama.

Admin nak buat contest. Pemenang bertuah akan mendapat $5 (Easi atau PCSB) dan 1 Sesi BEKAM yang bernilai $30 secara percuma!

2 Pemenang akan dipilih.

Cara-caranya?
1. Like dan Follow page UMMI Hijama Brunei
2. Komen "Selamat Ulangtahun Bekam Ummi"
3. Tag 3 rakan

Contest akan berakhir pada 12 Ogos 2018. Pemenang akan diumumkan pada 14 Ogos 2018

31/07/2018

Alhamdulillah waktu terbaik untuk bekam bulan Julai tahun 2018 / Zulkaedah 1439 Hijriyyah:

🌺 17 Zulkaedah 1439H / 30 Julai 2018 🌺
🌺 19 Zulkaedah 1439H / 1 Ogos 2018 🌺
🌺 21 Zulkaedah 1439H / 3 Ogos 2018 🌺

Berdasarkan maksud hadis
"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah. ( HR Abu Hurairah RA)

Mari manfaatkan segera untuk berbekam pada tarikh yang terpilih.

UMMI hijama Brunei
Kampong Lumapas, Brunei

Www.wasap.my/6738291629/Bekam

Like dan Follow FB Page UMMI Hijama Brunei

Alhamdulillah waktu terbaik untuk bekam bulan Julai tahun 2018 / Zulkaedah 1439 Hijriyyah:🌺 17 Zulkaedah 1439H / 30 Jula...
27/07/2018

Alhamdulillah waktu terbaik untuk bekam bulan Julai tahun 2018 / Zulkaedah 1439 Hijriyyah:

🌺 17 Zulkaedah 1439H / 30 Julai 2018 🌺
🌺 19 Zulkaedah 1439H / 1 Ogos 2018 🌺
🌺 21 Zulkaedah 1439H / 3 Ogos 2018 🌺

Berdasarkan maksud hadis
"Hari terbaik untuk berbekam adalah 17, 19 dan 21 bulan Hijriah. ( HR Abu Hurairah RA)

Mari manfaatkan segera untuk berbekam pada tarikh yang terpilih.

UMMI hijama Brunei
Kampong Lumapas, Brunei

Www.wasap.my/6738291629/Bekam

Like dan Follow FB Page UMMI Hijama Brunei

BELAKANG BADAN SAKIT AKIBAT TERLALU LAMA MENGHADAP KOMPUTER??Posisi dan duduk dalam waktu yang seringkali dapat menyebab...
27/07/2018

BELAKANG BADAN SAKIT AKIBAT TERLALU LAMA MENGHADAP KOMPUTER??
Posisi dan duduk dalam waktu yang seringkali dapat menyebabkan sakit leher dan sakit punggung. Namun, banyak tuntutan kerja yang menyebabkan harus duduk lama di hadapan komputer.

Posisi yang salah ketika duduk bukan hanya dapat menyebabkan sakit, namun juga perubahan postur tubuh.

Sakit punggung, yang juga dikenal sebagai dorsalgia adalah kesakitan yang terasa di bahagian belakang yang biasanya berasal dari otot, saraf, tulang, sendi atau struktur lainnya dalam tulang belakang.

Sakit punggung mungkin menyerang mendadak atau boleh menjadi rasa sakit kronis, boleh berlarutan atau hilang timbul, berada di satu tempat atau menyebar ke tempat lain.

Sakit leher juga mungkin timbul dari banyak masalah kesihatan yang lain, iaitu fisikal dan emosional.

Berikut cara duduk dengan posisi yang betul menurut Dr. David Rempel, professor kedoktoran di UC San Francisco:

1. Pastikan memiliki kerusi belakang yang nyaman dan kedudukan lengan yang selesa.
Menyesuaikan tinggi kerusi sehingga kaki dapat memijak lantai, dan mata dapat sejajar dengan bahagian atas monitor. Bagi pengguna cermin mata, monitor harus sedikit lebih rendah.

2. Posisikan layar monitor agak jauh
Posisikan layar agak jauh, iaitu sepanjang lengan untuk menghindari silau dari jendela dan lampu. Keyboard harus berada pada ketinggian siku dan tombol mudah untuk ditekan. Gunakan meja atau lengan kerusi untuk menopang lengan.

3. Jauhkan mouse dekat dengan keyboard
Hal ini untuk menghindari gerakan yang berlebihan, yang dapat menyebabkan nyeri lengan, bagi sebagian orang, mouse pad dapat membantu.

4. Periksa postur tubuh
Mengendurkan otot-otot di lengan, bahu, dan leher dengan duduk tegak atau bersandar kembali di kerusi. Berdiri dan melakukan rengangan setiap 30 minit.

Selain berupaya membetulkan posisi duduk di depan komputer, biskita juga boleh mencuba terapi bekam di Ummi Hijama Brunei. Proses terapi bekam membantu mengurangi ketegangan dan sakit otot akibat aktiviti harian biskita.
Slot limited. Hubungi kami untuk menempah slot awda sekarang!

Spending money on your health is never a waste😎Jom sihat dengan bekam. Hubungi kami sekarang untuk menempah slot awda.  ...
27/07/2018

Spending money on your health is never a waste😎

Jom sihat dengan bekam. Hubungi kami sekarang untuk menempah slot awda.




BADAN DAH TAK FIT MACAM DULUSelalu rasa badan biskita kurang fit? Badan lemah, bahu terasa berat, tangan/kaki kesemutan,...
17/07/2018

BADAN DAH TAK FIT MACAM DULU

Selalu rasa badan biskita kurang fit?

Badan lemah, bahu terasa berat, tangan/kaki kesemutan, pinggang sakit atau banyak sakit yang lain datang?

Kerja di pejabat tak settle, kerja di rumah bertambah-tambah😫

Itu tandanya awda harus segera diBEKAM!
Kerana 'darah kotor' atau sampah metabolik sudah berkumpul dalam darah, jika dibiarkan boleh menyebabkan penyakit serius!

Biar kami bantu biskita..

Klik www.wasap.my/6738291626 sekarang😎

TIDUR CARA RASULULLAH1. Ambil wudhu sebelum tidur2. Sapu tempat tidur menggunakan kain yang bersih dan mengucapkan ‘bism...
11/07/2018

TIDUR CARA RASULULLAH

1. Ambil wudhu sebelum tidur
2. Sapu tempat tidur menggunakan kain yang bersih dan mengucapkan ‘bismillah’
2. Baca surah 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas) + ayat kursi
3. Tidur menghadap ke kanan, tapak tangan kanan pada p**i kanan bagian bawah

11/07/2018

Van Damme pelakon kelahiran Belgium ini sendiri mengamalkan konsep sihat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW

"Muslims have a lots of good things"

MASALAH INSOMNIAMasalah insomnia adalah biasa dikalangan warga emas. Kekerapan insomnia adalah 40-50% daripada warga ema...
10/07/2018

MASALAH INSOMNIA

Masalah insomnia adalah biasa dikalangan warga emas. Kekerapan insomnia adalah 40-50% daripada warga emas berumur 60 ke atas dan lebih pada golongan wanita berbanding lelaki.

Definasi Insomnia:
Insomnia adalah perasaan subjektif di mana seseorang itu merasakan bahawa beliau kekurangan tidur atau rasa tidak puas walaupun telah mendapat peluang untuk tidur dengan secukupnya.

Masalah tidur di kalangan warga emas adalah disebabkan perubahan aras hormon badan dan perubahan kitaran tidur. Buat masa ini tiada standard yang menyatakan bahawa jumlah jam tidur yang dianggap mencukupi bagi warga emas.

Masalah tidur adalah berasaskan kepada keluhan seseorang itu mengenai ketidakcukupan tidur atau terdapat mengganggu kepada fungsi harian mereka.

Tanda tidur yang mencukupi adalah apabila seseorang itu bangun dari tidur dengan merasa bertenaga dan puas.
Fisiologi tidur berubah dengan peningkatan umur. Kanak-kanak biasanya memerlukan tidur

yang lebih banyak berbanding dengan orang dewasa. Jadi bolehlah dikatakan bahawa insomnia bukanlah masalah jumlah jam seseorang itu tidur, tetapi setakat mana tidur itu dapat merehatkan diri dari segi fizikal dan minda.

Tanda-tanda dan gejala insomnia:
🔸Sukar untuk mula tidur (jumlah masa yang diambil daripada masa melelapkan mata sehingga masa mulanya tidur)
🔸Bertambahnya masa tidur yang tidak nyenyak
🔸Kerap terjaga lebih awal daripada masa bangung biasa
🔸Merasa letih atau mengantuk di waktu siang menyebabkan kerap tidur di siang hari

Kesan dari tidur yang terganggu:
🔹Letih fizikal dan mental, resah dan panas baran
🔹Peningkatan risiko kemalangan
🔹Kemerosotan keupayaan ingatan, perhatian dan prestasi aktiviti harian
🔹Peningkatan risiko jatuh,
🔹Peningkatan kadar kematian

Nasihat untuk amalan tidur yang baik ialah seperti berikut:
🔸Mengamalkan waktu tidur dan waktu bangun tidur yang tetap
🔸Kurangkan tidur waktu siang
🔸Melakukan senaman harian tetapi elak daripada waktu berdekatan dengan masa tidur
🔸Gunakan tempat tidur untuk tidur atau seks sahaja
🔸Jangan membaca atau menonton televisen di tempat tidur
🔸Jangan makan malam yang terlalu berat sebelum tidur
🔸Amalkan amalan tetap sebelum tidur (cth: berus gigi dan basuh muka)
🔸Memakai pakaian yang selesa semasa tidur
🔸Mendapat pendedahan kepada cahaya yang mencukupi pada siang hari

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

LIKE FB PAGE UMMI Hijama Brunei
INSTAGRAM: ummihijama.bn

POLA MAKAN TIDAK DIJAGA, PENYAKIT GOUT KEMBALISetelah menjalani sebulan puasa dan syawal, sebahagian orang adakalanya ke...
10/07/2018

POLA MAKAN TIDAK DIJAGA, PENYAKIT GOUT KEMBALI

Setelah menjalani sebulan puasa dan syawal, sebahagian orang adakalanya kembali pada tabiat lama iaitu tidak menjaga pola makan dan minum

Gaya hidup sihat dan menjaga pola makan ketika bulan puasa ditinggalkan. Akibatnya keluhan penyakit lama muncul seperti Gout.

Mari kembali maintance kesihatan biskita dengan menjaga pola makan dan minum, serta jadikan terapi Bekam sebagai rutin yang insyaAllah membantu mengurangi keluhan penyakit gout.

Mau singkirkan penyakit dari badan? Klik link dibawah

Www.wasap.my/6738291629/BekamWanita

Like FB Page: UMMI Hijama Brunei
Instagram: ummihijama.bn

BOLEHKAH BERBEKAM KETIKA PUASA?Ibnu Abbas r.a berkata, " Rasulullah saw pernah berbekam ketika baginda berpuasa dan bagi...
19/05/2018

BOLEHKAH BERBEKAM KETIKA PUASA?
Ibnu Abbas r.a berkata, " Rasulullah saw pernah berbekam ketika baginda berpuasa dan baginda dalam keadaan ihram" (HR Bukhari, Muslim dan Tirmizi)
Rawatan bekam tidak akan membatalkan puasa seseorang yang berpuasa kerana rawatan bekam bukannya memasukkan sesuatu dalam anggota badan sebaliknya hanya mengeluarkan darah kotor pada sel-sel kulit.

Hukumnya adalah sama seperti melakukan rawatan mencabut gigi, menderma darah mahupun mendapat suntikan yang tidak membatalkan puasa.

Kebaikan berbekam ketika puasa:
[✔] Dapat mengeluarkan toksin dalam sel darah mati secara aktif
[✔] Darah pada awal pagi (perut kosong) akan memudahkan proses pengeluaran darah kotor
[✔] Memberi kecergasan setelah berbekam
[✔] Mengurangkan sakit kaki dan memudahkan untuk beribadah

Biasanya jika tidak puasa, kita akan makan bermacam-macam benda. Badan kita akan stres dan menyebabkan toksin dalam darah tidak dapat keluar sepenuhnya.

Apabila berbekam pada waktu puasa dalam keadaan perut kosong, yang akan keluar hanyalah darah gelap yang mengandungi toksin di badan yang jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit.

Jom buang darah kotor dengan bekam. Selepas bekam anda pasti akan lebih bertenaga!
Waktu operasi pada sepanjang bulan Ramadhan ini,
8-11 am & 3-5pm
Dibuka setiap hari.

**Pastikan buat perjanjian terlebih dahulu.

Address

No 657, Kampong Lumapas

BJ3524

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Friday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00
Sunday 09:00 - 13:00
14:00 - 21:00

Telephone

+6738327970

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMMI Hijama Brunei posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to UMMI Hijama Brunei:

  • Want your practice to be the top-listed Clinic?

Share