27/10/2015
Pada hari Jumaat, 9hb Oktober 2015, jam 7 malam berlangsung satu seminar kesihatan yang julung-julung kalinya mengabungkan profesional-profesional dalam bidang kesihatan dan kecergasan, dan juga beberapa ahli sukan, dari tiga negara iaitu Brunei Darussalam, Malaysia dan Singapura. Seminar ini akan menengahkan tentang isu kegemukkan dan rahsia mendapatkan kesihatan optimal. Beberapa peserta Brunei Darussalam dari seminar yang lalu, yang kini telah berjaya menurunkan berat badan dan meningkatkan kesihatan mereka, akan turut diundang.
Pro Networkers Team (PNT) telah mengundang beberapa penceramah undangan antaranya adalah ;
a) Prof Dr Tengku Fadilah Tengku Kamalden, seorang pensyarah kanan dari Fakulti Pengajian Sukan, Universiti Putra Malaysia. Beliau mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Fisiologi Sukan dan Nutrisi Sukan.
b) Tuan Fadzli Salim, seorang bekas pemain bolasepak profesional Singapura, Penerima Anugerah Presiden, penceramah, motivator dan usahawan.
c) Tuan Nadzrul Salim, seorang bekas pemain bolasepak profesional Singapura, Penerima Anugerah Presiden, penggiat sukan lasak, bisnes konsultan, penceramah dan usahawan.
Misi PNT Brunei adalah untuk membantu memberi semangat dan perubahan pada masyarakat Brunei untuk hidup sihat dan sukses melalui program dan acara mereka. Sejak ia ditubuhkan 3 tahun yang lalu, PNT telah mengadakan berbagai acara dan program di Brunei Darussalam dan ramai yang telah menyertainya. 4Life Pro-TF is AWESOME!!!