Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness

Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness HOME SPA & POSTNATAL CARE ~ DOOR TO DOOR SERVICES
Weekdays Available From 7pm onwards
Saturday Available From 2pm onwards
Sunday Available from 9am onwards

10/04/2024
Wishing all  Xin Nien Kuai Le Heng Ong Huat !
10/02/2024

Wishing all Xin Nien Kuai Le Heng Ong Huat !

To all valued Customers of  Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness, Salam lebaran buat semua ❀ Mohon Maaf Zahir & B...
21/04/2023

To all valued Customers of Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness, Salam lebaran buat semua ❀ Mohon Maaf Zahir & Batin πŸ™πŸ™.

🌼 Bertangas, bertungku untuk semua wanita 🌼Rawatan tradisional seperti bertangas, bertungku dan berurut lazimnya dilakuk...
24/01/2023

🌼 Bertangas, bertungku untuk semua wanita 🌼

Rawatan tradisional seperti bertangas, bertungku dan berurut lazimnya dilakukan wanita selepas bersalin atau keguguran saja. Itu pun kerana petua orang lama yang mengesyorkan wanita dalam pantang perlu sentiasa menghangatkan tubuh untuk memulihkan tenaga, membuang angin, mengubat luka peranakan, melancarkan kembali perjalanan darah, mengecutkan urat dan mengembalikan kecergasan diri.

Namun dalam menjalani rutin sebagai wanita normal yang sudah berkahwin mahupun memiliki anak, tidak ramai yang menjadikan rawatan tradisional ini sebagai amalan.

Sebenarnya bertangas, bertungku dan berurut bukanlah rawatan eksklusif untuk wanita berpantang saja. Ia wajar menjadi amalan wajib untuk semua wanita, khususnya mereka yang sudah berkahwin, pernah keguguran atau mempunyai anak.

Amalan perubatan Melayu sejak dulu mempunyai banyak manfaat tersembunyi termasuk membantu merawat masalah dalaman wanita, mengembalikan kecergasan tubuh dan memelihara hubungan suami isteri. Asas rawatan penggunaan herba bukan saja membantu dalam terapi tubuh.

Ramai wanita kini berdepan masalah kerana tidak berpantang makan sebagaimana dinasihatkan orang dulu-dulu. Mereka tidak peduli sama ada yang dimakan disifatkan sebagai menjalar, berbulu, berangin, berubi mahupun sejuk hingga meninggalkan bisa dalam badan.

Sebab itulah saya selalu galakkan wanita bertangas. Terapi ini bukan untuk wanita selepas bersalin saja. Malah, orang biasa pun boleh. Setiap kali tamat tempoh haid, wanita memang digalakkan bertangas untuk mengeluarkan lebihan darah, merawat masalah dalaman, keputihan serta gatal.

Selepas bertangas, barulah bertungku. Wanita sekarang tidak ramai tahu bertungku boleh membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Kalau orang yang kurang berpeluh, dia akan berpeluh.

Keduanya, ia membantu melembutkan otot yang tegang. Jadi, biasanya, sebelum berurut, saya akan cadangkan supaya bertungku terlebih dulu untuk mengurangkan rasa sakit akibat ketegangan otot.

Amalan ini juga mampu meningkatkan aliran darah dalam badan, mengeluarkan angin perut dan merangsang sistem limfa, sekali gus mengeluarkan toksin serta lebihan yang tidak diperlukan tubuh,

Saya kerap tekankan kepada wanita agar mereka perlu menjaga tubuh dan menjadikan amalan bertangas, bertungku dan berurut sebagai rutin bulanan wajib.

Ini kerana tubuh kita terlalu banyak terdedah kepada pemakanan tidak sihat, hawa dingin, jarang memakai stokin dan selalu mengambil mudah perubahan dalam diri.

Peringatan sebegini penting kerana ramai yang datang mendapatkan rawatan hanya selepas mengalami masalah. Ada yang mengadu risau dengan keputihan berbau yang teruk. .

πŸ“Œ Wanita perlu bertangas

1. Mengalami mati putik (masalah disfungsi seksual)

2. Mempunyai kesan trauma melahirkan (fizikal dan emosi)

3. Mengalami keputihan

4. Menjalani gaya hidup tidak seimbang

Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness Sedia membantu anda untuk mendapatkan rawatan khas wanita. Untuk info lanjut boleh WA Puan Shahiela +673 8912490.

Kredit:

To all muslims πŸ’œ
08/10/2022

To all muslims πŸ’œ

PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA..Ibu menyusukan anak sambil baring mengiring kemudian ibu tertidur. Bila sedar anak dah menin...
04/07/2022

PENGAJARAN BUAT KITA SEMUA..

Ibu menyusukan anak sambil baring mengiring kemudian ibu tertidur. Bila sedar anak dah meninggal,kebiruan sebab tersedak susu. Ni kematian kedua dah melibatkan kes sebegini. Harap ibu-ibu lepas ni jangan susukan (badan) macam ni lagi,anak boleh lemas ditutup payudara ibu tertidur ataupun bila ibu tertidur,anak tersedak pun tak sedar dah. Kalau nak susukan baby mesti bangun/duduk.Kalau nak tidur bagitau suami tukar shift.

Kredit hamil dalam 3 bulan

Address

Seria

Telephone

6738912490

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Q'Sha Home Spa Beauty, Maternity & Wellness posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share