18/10/2025
Pendaftaran kini dilanjutkan!
Kementerian Kesihatan melalui Pusat Promosi Kesihatan sukacita ingin menjemput orang ramai untuk menyertai Program Cara Hidup Sihat (PCHS) yang akan bermula tidak lama lagi.
π Tempoh Program: 3-6 bulan
π Kriteria kelayakan:
* Warganegara Brunei atau Penduduk Tetap (Stateless)
* Berumur 18 -60 tahun
* Mempunyai BMI 30.0 ke atas
π Aktiviti Utama:
* Bootcamp pengenalan & pemeriksaan kesihatan
* Sesi senaman berkumpulan 2 kali seminggu
* Sesi taklimat pemakanan sihat dan kesihatan mental
* Konsultasi bersama Doktor Perubatan Sukan dan Senaman (SEM)
* Pemantauan berkala sepanjang program
π― Objektif: Membantu peserta menurunkan berat badan secara sihat (1β2kg sebulan atau 5%β10% dalam 3 bulan) melalui amalan gaya hidup sihat.
π Cara Pendaftaran (sehingga 31 Oktober 2025):
* Imbas Kod QR (dalam poster), atau
* Klik pautan: https://forms.gle/nBZajMjs6TwjEDHH7
* Layari laman web: whp.gov.bn
π Pertanyaan: 2384442 (waktu bekerja) | WhatsApp 8114522 | emel: wah.heal@moh.gov.bn
Mari bersama kita mengamalkan cara hidup sihat demi kesejahteraan bersama.