
27/07/2025
BENJOLAN DI KEPALA BAYI: PANIK KE TENANG JE?
Panik. Itulah reaksi pertama bila dengar “DUKK!” – bunyi bayi jatuh dari katil. Kita berlari, peluk si kecil, tengok-tengok ada benjolan besar di kepala.
Tapi… tenang ya ibu ayah.
Sebenarnya, benjolan di kepala bayi selepas terhantuk adalah perkara biasa.
Ia bukan terus bermaksud kecederaan serius atau gegaran otak.
Kebanyakan masa, benjolan itu cuma pengump**an darah beku di bawah kulit – akibat saluran darah kecil (kapilari) yang pecah.
Kalau bayi masih:
✅ Aktif
✅ Menyusu seperti biasa
✅ Tak muntah-muntah
✅ Tak hilang sedar atau meracau..maka, benjolan itu biasanya tidak membahayakan.
Apa yang kita boleh buat di rumah?
Langkah 1: Tuam Ais
Ambil pek ais, atau sayur kobis dari peti sejuk, atau botol air sejuk – tuamkan pada benjolan selama 5–10 minit. Ini bantu kurangkan bengkak dan rasa sakit.
Langkah 2: Balut Ringan
Kalau ada crepe bandage, balut lembut bahagian benjol tu. Tak perlu ketat. Tujuannya untuk bantu tekanan ringan supaya darah beku cepat diserap semula. Biarkan sehari.
Langkah 3: Pantau
Teruskan perhatikan anak. Kalau ada tanda pelik macam muntah berterusan, bayi mengantuk luar biasa, mata juling, atau menangis tak berhenti – segera bawa ke hospital.
Ingat, benjolan mungkin nampak besar tapi itu tandanya darah terkumpul luar tengkorak – bukan dalam otak.
Ibu ayah yang tenang lebih cepat bantu anak pulih.
Anak terjatuh bukan tanda gagal jadi ibu bapa, tapi peluang belajar jadi lebih prihatin.
Yang penting, kita ada ilmu, ada tindakan.