Tampoi

Tampoi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tampoi, Medical and health, Johor Bahru.

02/01/2025
21/02/2024

NASI PLANTA + AYAM MERAH + ACAR TIMUN

Bahan Nasi Planta:
* 3 cawan beras basmathi
* 3sb margerin/ Planta
* 3 1/2 cawan air
* 1 cawan susu cair
* 2 kuntum bunga lawang
* 2 batang kulit kayu manis
* 3 biji buah pelaga
* 2 helai daun pandan
* Garam secukupnya
* 1 kuib stok ayam
* Pewarna kuning

Bahan kisar:
* 6 biji bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* Halia

Bahan hiasan:
* Bawang goreng
* Daun bawang - dihiris

Cara-cara:
1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.
2. Masukkan bahan tumis - rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga masukkan kiub stok ayam.
4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning.
5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika sehingga nasi betul2 masak. Kemudian bolehlah dihidang bersama bahan hiasan.

Bahan Ayam Masak Merah:
* 1/2 ekor ayam - dipotong kecil dan dicuci bersih
* Rempah 4 sekawan
* Asam keping
* Sos cili
* Sos tomato

Bahan kisar:
* 20 biji cili kering - direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 biji bawang merah
* 5 biji bawang putih

Cara-cara:
1. Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng separuh masak.
2. Kemudian panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan dan masukkan bahan kisar.
3. Kacau rata kemudian masukkan sos cili, sos tomato, asam keping, garam dan gula.
4. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan ayam goreng tadi.
5. Kacau sebati dan tabur daun bawang.

Bahan Acar Timun:
* 1 batang timun
* 1 batang lobak merah
* 1 biji bawang besar
* 1 biji cili merah
* Sedikit cuka makan
* Garam dan gula

Caranya - potong dan gaulkan semua bahan.

Kredit: empunya resipi

09/12/2023
22/11/2023
22/11/2023

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan

Bahan-Bahan Karamel:

1 cawan gula
1 cawan air
1/3 cawan margerin (cairkan atau masukkan selepas gula dan air larut)
Bahan Lain:

4 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung gandum *
1 sudu kecil soda bikarbonat *
1 sudu kecil baking powder *
Ayakkan bahan bertanda (*). Kalau taknak letak baking powder, letak 2 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara Membuat:

1. Cairkan gula guna api sederhana hingga hangus (keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau dan masak guna api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati.

2. Masukkan marjerin. Kacau hingga larut. Padamkan api dan biar adunan seketika. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian kacau manja supaya telur kuning pecah sahaja.

3. Tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau lagi hingga sebati. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi adunan telur tadi. Kacau rata.

4. Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati. Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. Panaskan periuk kukus hingga mendidih sebelum dimasukkan loyang berisi adunan kek tadi.

5. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jika nak bakar, panaskan ketuhar pada suhu 160-170C dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza ikut jenis ketuhar masing-masing.

Kek Sarang Semut Hanya Guna Sukatan Cawan
Resepi Oleh: Siti Khadijah

22/11/2023

Resepi utk SOFT MARBLE CAKE

🍎 Bahan-bahan

✔ 250gm butter
✔ 200gm gula kaster
✔ 4 biji telor - guna gred A ataupun B
✔ 250gm tepung naik sendiri- sy guna tepung gandum + 1 sudu kecil double action baking powder ( diayak )
✔ 1/2 cawan susu cair@segar
✔ 1 sudu kecil esen vanilla
✔ 1/2 sudu kecil butter oil- saya tambah rahsia jadikan kek lebih harum dan sedap

🍏 Caranya

SAPUKAN LOYANG 7" PERSEGI DENGAN SEDIKIT BUTTER DAN ALASKAN DENGAN BAKING PAPER.

1 . Butter dan gula kaster di pukul hingga kembang dan gebu.

2 . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla dan butter oil..putar sebati.

3 . Masukkan tepung berselang seli dengan susu sampai habis..kaup balik kan dengan menggunakan spatula sampai sebati.

4 . Bahagikan adunan dan warnakan mengikut citarasa dan corakkan.

5 . Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu suhu 160°C selama 40-45 minit @ sehingga masak ikut kesesuaian oven masing2 -- oven saya 60 minit ..

Address

Johor Bahru

Telephone

+60137801418

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tampoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share