14/10/2017
Berikut adalah 3 mindset orang berjaya yang kita semua boleh amalkan.
_____________________________
1.Orang berjaya s**a melihat kejayaan orang lain, dan bukan iri hati
Orang yang mempunyai mindset berjaya akan s**a melihat dan membaca mengenai kejayaan orang lain. Sering kali kisah-kisah kejayaan akan diberitahu di Internet, dan media tentang kejayaan orang-orang yang biasa dan melalui usaha yang baik dan cara yang baik, berjaya mencapai hidup yang luar biasa.
Kisah-kisah positif seperti inj dapat menjadikan inspirasi dan contoh untuk diikuti dan membakarkan semangat kita bahwa kalau orang lain boleh lakukan, mengapa tidak kita juga?
Mencapai kejayaan bukanlah perkara yang baru. Lihat kejayaan orang lain dan gunakan langkah-langkah, teknik dan strategi positif yang dilakukan bagaimana anda juga boleh berjaya. Pastinya ambil yang positif saja dan bukan negatif kerana ada juga yang kaya tetapi terlibat dalam aktivitas yang kurang sehat- ini bukan istilah dari kejayaan.
2.Orang berjaya s**a membantu orang lain turut berjaya, bukan ingin menjatuhkan
Mindset berjaya adalah mereka yang ingin melihat orang lain juga turut berjaya sama-sama. Sekiranya melihat orang lain yang gagal atau dalam kesedihan, merekalah yang akan pergi dan memberi kata-kata semangat.
Orang berjaya tahu bahawa lebih ramai yang mereka bantu, satu hari nanti ramai juga akan datang membantu mereka sekiranya memerlukan. Membantu juga perlu dengan perasaan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, oleh kerana kita akan rasa bahwa rezeki kejayaan sebenarnya adalah milik semua orang dan bukan tersimpan untuk kita saja.
Perasaan ini akan membuatkan kita lebih bersyukur pada pemberian rezeki dan melihat bahawa rezeki itu banyak di luar sana untuk mereka yang berusaha secara istiqomah.
3.Orang berjaya terima kegagalan dan tidak menyalahkan orang lain
Orang mindset berjaya sering menetapkan target. Sama ada target jangka pendek serta jangka panjang. Dan dalam menetapkan target, pastinya juga tahu rintangan dan kes**aran yang perlu dilalui.
Rintangan dan kes**aran perlu ditempuhi dengan tabah dan rasa penuh bertanggungjawab oleh karena adakalanya kegagalan yang akan dijumpai. Dan ketika inilah mindset kejayaan untuk muhasabah diri dan melihat kekurangan dan kekhilafan diri.
Mindset orang yang berjaya tidak akan menyalahi pihak lain atau orang lain dan menerima tanggungjawab kejayaan diri sendiri. Mereka yang sering menyalahkan orang lain dan pihak lain, akan sentiasa tidak dapat memperbaiki diri oleh kerana tidak melihat kekhilafan diri sendiri.
Adakalanya memang orang lain dan pihak lain yang mengakibatkan kegagalan dan kes**aran kita, namun, tetap tanggungjawab kita untuk berubah juga supaya tercapai juga kejayaan dan jangan dijadikannya alasan.
Moga tips ini bermanfaat untuk anda.