23/08/2024
Bukan semua masalah rumahtangga itu boleh diselesaikan melalui perubatan islam. Kerana bukan semua masalah rumahtangga itu berpunca dari gangguan sihir pemisah.
Majoriti kalau kita tengok kes satu persatu masalah rumahtangga memang kebanyakan disebabkan adanya gangguan jin & sihir pemisah, tapi bukanlah semuanya berpunca dari sihir, kadang-kaang ada juga yang berpunca dari diri sendiri yang melakukan kesilapan.
Sebab itu pesakit mesti jujur dengan perawat supaya perawat boleh berikan rawatan yang terbaik untuk masalah ni.
Ada pesakit sembunyikan kesilapannya dan terus menerus menyalahkan sihir, bila buat rawatan, perawat tak dapat kesan sihir pada pasangan & tiada perubahan positif selepas buat beberapa kali ikhtiar rawatan.
Gangguan jin pada diri & pasangan boleh menyebabkan hubungan suami isteri menjadi panas antara satu sama yang lain.
Boleh menyebabkan masing-masing jadi benci, selalu mencari kesalahan disebabkan benda-benda kecik, selalu nampak buruk dimata pasangan & hampir setiap hari ungkapkan perkataan cerai.
Masalah rumahtangga boleh diikhtiarkan melalui Perubatan Islam.
Cuma hasil dari rawatan bagi setiap orang adalah berbeza. Kalau memang kita rasa rumahtangga kita bermasalah disebabkan gangguan jin, cuba ikhtiar.
Mungkin akan dampak perubahan ketara selepas rawatan. Untuk masalah rumahtangga kita hanya rawat melalui rawatan jarak jauh.
Sebab kes kes yang macam ni, akan menyebabkan berlakunya pergaduhan antara suami isteri ketika rawatan & hanya akan membuang masa perawatan.
Perawatan Islam bukan tempat dapatkan kaunseling & khidmat nasihat berkaitan rumahtangga. Jadi untuk kes rumahtangga lebih selamat dirawat secara jarak jauh.
Jika sesiapa ada masalah pasal percintaan, kekasih, boyfriend, girlfriend, kawan, suami/isteri, sila konsultasi dengan cara mesej/telepon atok. Thx