
16/09/2025
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Segala puji kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita dapat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2025 ini dalam keadaan aman, makmur dan bersatu padu.
Hari Malaysia merupakan detik bersejarah yang menyaksikan penyatuan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak di bawah sebuah negara berdaulat yang dinamakan Malaysia. Peristiwa ini menjadi tanda kesyukuran dan nikmat besar yang wajib kita pelihara.
Firman Allah SWT:
โDan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.โ
(Surah Ali โImran: 103)
Ayat ini mengingatkan kita bahawa perpaduan adalah asas kekuatan sesebuah ummah dan negara.
Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama kita perlu terus memelihara keharmonian, memperkukuh integrasi nasional serta menghayati nilai Islam Rahmatan lil-โAlamin demi kesejahteraan bersama.
PERKIM sebagai sebuah badan dakwah dan kebajikan Islam sentiasa komited dalam menggalas amanah dakwah, membimbing mualaf, memperkukuh kefahaman Islam, serta memupuk semangat kasih sayang dan hormat-menghormati antara sesama insan.
Semoga sambutan Hari Malaysia ini memperbaharui tekad kita untuk mengekalkan keamanan, meningkatkan perpaduan dan memajukan negara dengan berpaksikan syariat Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW.
Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Ikhlas daripada:
๐ฌ๐๐ต๐ด. ๐๐ฎ๐๐ผโ ๐๐ฟ. ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ ๐ฎ๐ฟ๐๐๐ธ๐ถ ๐๐ฎ๐ท๐ถ ๐ ๐ผ๐ต๐ฎ๐บ๐ฎ๐ฑ ๐ข๐บ๐ฎ๐ฟ
๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต๐ฎ ๐๐ด๐๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ต๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฏ๐๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฎ๐ท๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ฎ๐บ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ (๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ )