Klinik Inocare

Klinik Inocare We have a passion for treating hard-to-heal wounds. Our clinic is run by qualified professionals with a focus on wound care.

We are on a mission to save limbs and save lives. Our clinical staff bring more than 40 years of wound care expertise to you

Banyak berjalan, berdiri lama, tawaf… jangan biarkan sakit lutut ganggu ibadah anda. Dengan rawatan BioJoint di Klinik I...
30/03/2026

Banyak berjalan, berdiri lama, tawaf… jangan biarkan sakit lutut ganggu ibadah anda. Dengan rawatan BioJoint di Klinik Inocare, bergerak lebih selesa dan fokus sepenuhnya pada ibadah.

Persiapan Haji bukan sekadar rohani, kesihatan sendi juga penting. Dengan rawatan BioJoint di Klinik Inocare, bantu kurangkan sakit lutut, tingkatkan pergerakan dan beri keselesaan untuk anda beribadah dengan lebih lancar sepanjang perjalanan Haji. Jangan biarkan sakit sendi mengganggu ibadah anda—buat pemeriksaan awal hari ini.

💬 Tempah PERCUMA pemeriksaan lutut hari ini
📲 WhatsApp kami sekarang untuk lock slot anda

Slot terhad—cepat sebelum musim Haji bermula!

Dear Valued Patients,Warm greetings from Klinik Inocare.In conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebration, please...
19/03/2026

Dear Valued Patients,

Warm greetings from Klinik Inocare.

In conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebration, please be informed that our clinic will be closed from 21 March 2026 until 29 March 2026.

We will resume normal operations on 30 March 2026.

If you require a consultation or follow-up, we kindly encourage you to plan ahead and make an early appointment after we reopen to avoid long waiting times.

Thank you for your understanding and continued trust in us.

Wishing you and your loved ones a Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙 and a joyful holiday season.

Warm regards,
Klinik Inocare

IBS dan empathy.
14/03/2026

IBS dan empathy.

Ada orang hidup ikut lokasi tandas.

Sebelum keluar rumah, dia dah fikir dulu. Kalau perut mula memulas nanti, tandas dekat tak. Kalau jem teruk macam mana. Kalau tengah mesyuarat tiba-tiba rasa nak ke tandas berkali-kali, macam mana nak tahan malu.

Ramai orang ingat ini cuma perut sensitif. Ramai suruh jangan fikir sangat. Tapi bagi orang yang hidup dengan IBS, perkara kecil boleh jadi beban besar. Makan kena berjaga-jaga. Jalan jauh jadi cemas. Keluar dengan kawan pun tak tenang sebab perut boleh “buat perangai” bila-bila masa.

IBS boleh datang dengan perut memulas, kembung, cirit-birit, sembelit, atau semuanya sekali. Bila stres datang, simptom pun boleh jadi makin teruk. Yang paling meletihkan kadang-kadang bukan sakit itu sendiri, tapi rasa serba salah bila orang sekeliling tak faham.

Kalau ada orang yang selalu nampak gelisah, susah makan di luar, atau kerap cari tandas, jangan terus kata dia mengada. Mungkin dia sedang berjuang dengan sesuatu yang orang lain tak nampak. Kadang-kadang, sedikit kefahaman itu sudah cukup melegakan.

Lutut selalu sakit? Jalan sikit pun dah rasa tak selesa? 😣Jangan anggap normal ya.Masalah arthritis boleh jadi berpunca ...
12/03/2026

Lutut selalu sakit? Jalan sikit pun dah rasa tak selesa? 😣
Jangan anggap normal ya.

Masalah arthritis boleh jadi berpunca daripada:
* Faktor keturunan
* Umur meningkat
* Kecederaan lama pada sendi
* Berat badan berlebihan
* Jangkitan
* Merokok
* Penyakit autoimun

Kalau lutut selalu rasa sakit, bengkak atau susah nak bengkokkan, elok periksa awal.

Di Klinik Inocare, doktor kami boleh bantu buat pemeriksaan dan cadangkan rawatan yang sesuai.

👉 Jangan tunggu sampai susah nak berjalan.
Datang buat pemeriksaan lutut dahulu.

📲 WhatsApp: +6017-897 4751
🌐 www.klinikinocare.com

26/02/2026

Mengaku cepat, siapa yang pukul 2-3 petang masa bulan puasa ni mata dia rasa macam kena gam?

Tuan-tuan dan Sis, mengantuk masa puasa tu NORMAL. Korang kurang tidur sebab bangun sahur, badan kurang air, glukosa drop, dan tak ada 'bantuan' kafein kopi.

Penyelamatnya? POWER NAP. (Tidur singgah 15-30 minit).

Dalam sains, bila korang "shut down" otak sekejap:

1️⃣ Otak terus 'Reset': Fokus kembali tajam, produktiviti naik balik untuk habiskan kerja petang tu.
2️⃣ Emosi Stabil: Bila lapar, kita cepat 'hangin'. Power nap turunkan hormon stres. Kurang sikit dosa marah orang bulan puasa ni.
3️⃣ Jaga Jantung: Kajian kata rehat sekejap ni bantu kawal tekanan darah.
4️⃣ Cas Bateri Tarawih: Takdelah tersengguk masa imam baca surah panjang malam karang.

TAPI AWAS! Ada pantang larangnya:

⏰ Waktu terbaik: Lepas Zohor (1 PM - 3 PM).

⛔ JANGAN LEBIH 30 MINIT!
Kalau korang bantai tidur sampai 2 jam, otak dah masuk fasa 'Deep Sleep'. Bila bangun, confirm korang akan rasa "mamai", pening lalat, badan rasa berat dan makin lemau!

Jadi, esok bawa bantal kecil pergi ofis. Lepas solat Zohor, lelap 20 minit.

25/02/2026

YOUR BRAIN NEVER STOPS REWIRING. 🧠

Most people assume the brain becomes fixed after childhood. In reality, it is constantly adapting and reorganizing.

Every memory formed, habit developed, stress response triggered, and recovery process initiated depends on neuroplasticity; the brain’s ability to reshape its own connections.

However, plasticity is not limitless.

Over time, inflammation, metabolic stress, reduced circulation, and cellular fatigue can slow the brain’s ability to adapt. When cellular signalling becomes less efficient, recovery may take longer, focus may decline, and resilience can weaken.

Today, regenerative science is increasingly focused on supporting the biological environment that enables clear cellular communication including immune modulation, tissue support, and coordinated signalling between cells.

Solution like CelltiX, designed around extracellular signalling biology, aim to support this communication network, helping cells coordinate more effectively rather than forcing isolated repair.

🔗 Find out more about CelltiX here: https://bit.ly/4aBHNSB



⚠️ Disclaimer:
This content is for educational and informational purposes only and does not replace professional medical advice.

Always consult qualified healthcare professionals for medical decisions.

25/02/2026

🩹 NOT ALL BIOLOGICAL SUPPORT HAS TO BE SYSTEMIC

For decades, most wellness strategies have followed one assumption:
“If you want to influence the body, it must travel through the bloodstream.”

✔️Oral supplements pass through digestion.
✔️Injectables enter circulation.
✔️IV therapies disperse systemically.

But not every biological effect requires something to circulate through the entire body. In fact, some tissues can respond to signals right where they are applied. Take the skin, for example. It isn’t just a protective layer. It is a living, responsive organ. Beneath the surface lies an interstitial environment, a network of cells, fluid, and connective tissue where local communication and regulation take place.

When support is introduced at this level, the surrounding tissue can respond directly, without needing the signal to first pass through digestion or travel throughout the bloodstream.

This shift in thinking reflects a broader evolution in regenerative science, moving from “more exposure” to “more precision.” Sometimes, meaningful biological interaction begins in the local environment, where cells are already communicating and adapting in real time.

Explore how localized regenerative solutions like our ZECATRON™ BIOFILM fit into a more focused wellness strategy:🔗 https://bit.ly/4kTQQD6



⚠️ Disclaimer:
This content is for educational and informational purposes only and does not replace professional medical advice.

Always consult qualified healthcare professionals for medical decisions.

Untuk mendapatkan screening awal, boleh hubungi pihak kami untuk me buat temujanji ujian saringan dengan harga yang berp...
25/02/2026

Untuk mendapatkan screening awal, boleh hubungi pihak kami untuk me buat temujanji ujian saringan dengan harga yang berpatutan.

Tular di media sosial luahan rasa pelik apabila melihat individu yang sangat menjaga pemakanan (eat clean), rajin bersenam, dan tiada sejarah keluarga, tiba-tiba didiagnos dengan kanser tahap akhir dan meninggal dunia dalam masa yang singkat.

Rentetan dari itu, wujud satu komen yang mendapat ribuan perkongsian mendakwa bahawa sebelum kanser terjadi, badan akan melalui '7 Peringkat Penyakit' bermula dari fasa kurang tenaga, pengumpulan toksin, ulser, sehinggalah menjadi kanser.

Sebagai pengamal perubatan, kami wajib menghentikan penyebaran maklumat ini. Teori 7 peringkat penyakit (Toxemia) adalah pseudosains lama ciptaan pengamal perubatan alternatif untuk menjual produk cuci usus.

Kanser tidak bermula dengan timbunan toksin. Ini adalah sains onkologi sebenar bagaimana kanser terbentuk, dan mengapa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan sesetengah makanan sebagai bahaya:

1. Kesilapan Salinan DNA (Mutasi Rawak)
Setiap hari, tubuh kita menyalin trilion DNA untuk menggantikan sel mati. Kadang-kala, berlaku kesilapan ejaan (typo) semasa DNA disalin. Kesilapan inilah yang dipanggil mutasi. Kajian Universiti Johns Hopkins membuktikan banyak kes kanser terjadi semata-mata kerana nasib malang (random errors) semasa pembahagian sel, terutamanya apabila kita makin berusia. Inilah sebab utama mengapa orang yang hidup sangat sihat pun masih boleh terkena kanser.

2. Karsinogen WHO (Pedal Minyak Mutasi)
Habis tu, kalau kanser terjadi sebab ralat genetik dan nasib, kenapa WHO kelaskan beberapa makanan (seperti daging terproses) sebagai Karsinogen Kategori 1? Jawapannya: Karsinogen bertindak sebagai ejen pengacau. Bahan kimia dari sosej atau nugget tidak bertukar menjadi toksin yang membusuk, sebaliknya ia merengsakan dan mencederakan sel usus anda.

3. Sel Terpaksa Bekerja Keras
Bila sel usus cedera akibat karsinogen, tubuh terpaksa menyalin DNA baru dengan lebih kerap dan laju untuk membaiki kerosakan. Ingat analogi pertama tadi? Makin kerap mesin DNA bekerja akibat dipaksa oleh karsinogen, makin tinggi peratusan risiko untuk ejaan DNA itu tersilap (bermutasi) menjadi kanser.

Kesimpulannya, ada kanser yang terjadi di luar kawalan kita. Tetapi, gaya hidup sihat (eat clean) adalah tali pinggang keledar anda. Orang yang makan karsinogen setiap hari ibarat sengaja merosakkan DNA mereka sendiri.

Berhenti menyalahkan pesakit kanser kononnya badan mereka banyak toksin. Dan jangan gunakan alasan nasib atau ajal untuk anda terus menelan makanan karsinogen tanpa rasa bersalah.

Pernahkah anda terfikir untuk mula mengurangkan pengambilan daging terproses di rumah selepas mengetahui fakta salinan DNA ini?

Antara produk yang menjanjikan bulan bintang dan produk yang ada kelulusan dan kajian yang mendalam.
23/02/2026

Antara produk yang menjanjikan bulan bintang dan produk yang ada kelulusan dan kajian yang mendalam.

Realiti Seluar Ajaib Dan Suplemen Media Sosial, Jangan Sampai Buang Ubat Hospital.

Setiap hari admin menerima mesej dari anak-anak yang buntu dan tertekan. Ibu bapa mereka kerap menatap aplikasi TikTok dan mula terpedaya dengan iklan seluar kesihatan bertenaga serta pelbagai suplemen mahal yang menjanjikan kesembuhan mutlak.

Lebih menyedihkan, ada warga emas yang sanggup berhabis ribuan ringgit wang pencen dan mula menolak ubat ubatan hospital. Alasan yang sentiasa diulang adalah ubat hospital banyak bahan kimia dan akan merosakkan buah pinggang jika dimakan setiap hari.

Mari kita perbetulkan salah faham ini dengan fakta perubatan yang sebenar.

1. Penyakit yang merosakkan ginjal, bukan ubat.
Ubat darah tinggi dan kencing manis yang dibekalkan oleh doktor telah melalui kajian klinikal berpuluh tahun. Fungsinya adalah untuk melindungi organ dalaman anda. Hakikat yang sebenar, kandungan gula yang tinggi dan tekanan darah yang tidak terkawal itulah yang merosakkan penapis buah pinggang, bukannya ubat hospital.

2. Pakaian tidak boleh menyembuhkan penyakit kronik.
Pemakaian seluar mampatan atau pakaian yang didakwa mempunyai gelombang tenaga mungkin boleh memberi sedikit rasa selesa atau melancarkan peredaran darah di bahagian kulit dan otot. Namun, ia sama sekali tidak boleh menurunkan bacaan gula dalam darah, mencuci saluran jantung yang tersumbat, atau membina semula rawan lutut yang telah haus. Ia bukan ubat.

3. Risiko tersembunyi suplemen tanpa kelulusan.
Suplemen yang dijual bersandarkan testimoni semata mata tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membawa risiko yang sangat besar. Banyak kes di mana suplemen sebegini dicampur dengan steroid atau racun berjadual yang akhirnya menyebabkan hati dan buah pinggang pesakit rosak secara mengejut.

Kepada anak anak, teruskan memujuk dengan nada yang lembut. Anda juga boleh memanjangkan aduan beserta pautan iklan yang mengelirukan itu terus kepada portal rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) untuk tindakan undang undang.

Jangan gadaikan nyawa dan wang ringgit demi sebuah testimoni yang dibayar. Rujuklah doktor yang merawat anda sebelum mencuba sebarang produk alternatif.

18/02/2026

Ramadhan Kareem from all of us at Klinik Inocare
🌙 Salam Ramadhan Kareem daripada kami di Klinik Inocare

May this blessed month bring you peace, good health, and abundant barakah with your loved ones.
Semoga bulan yang mulia ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat anda sekeluarga.

In conjunction with the fasting month, our operating hours will be adjusted as follows:
Sepanjang bulan Ramadhan, waktu operasi kami adalah seperti berikut:

Monday – Friday / Isnin – Jumaat: 9.30 AM – 5.30 PM
Saturday / Sabtu: 10.00 AM – 3.00 PM

Thank you for your continuous trust and support.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda.

Wishing you a meaningful and blessed Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Ramadhan ini penuh keberkatan.

— Klinik InocareRamadhan Kareem from all of us at Klinik Inocare
🌙 Salam Ramadhan Kareem daripada kami di Klinik Inocare

May this blessed month bring you peace, good health, and abundant barakah with your loved ones.
Semoga bulan yang mulia ini membawa ketenangan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat anda sekeluarga.

In conjunction with the fasting month, our operating hours will be adjusted as follows:
Sepanjang bulan Ramadhan, waktu operasi kami adalah seperti berikut:

Monday – Friday / Isnin – Jumaat: 9.30 AM – 5.30 PM
Saturday / Sabtu: 10.00 AM – 3.00 PM

Thank you for your continuous trust and support.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda.

Wishing you a meaningful and blessed Ramadhan.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan semoga Ramadhan ini penuh keberkatan.

— Klinik Inocare

Sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir. Percuma ya!!
06/02/2026

Sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir. Percuma ya!!

Berita gembira buat penduduk Kelana Jaya, Klinik Inocare dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah SS3 Taman Universiti, akan m...
14/01/2026

Berita gembira buat penduduk Kelana Jaya, Klinik Inocare dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah SS3 Taman Universiti, akan menganjurkan satu sessi pemeriksaan lutut percuma pada 17 Januari 2026 ini dari pukul 5:00 PM sehingga 7:00 PM. Bagi yang berkelapangan, dijemput juga untuk mendengar satu sessi ceramah kesihatan dari Juara Innovathon Musim 2, Prof Dr Azizi Ayob, dengan topiknya, "Manfaat Stem Sel Untuk Kesihatan". Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di bawah.

Address

G06 & G07 Seri Pahang Residence 102, Jalan Pahang
Thongwa
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Telephone

+60397714550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Inocare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram