Hospital Kuala Lumpur KKM

Hospital Kuala Lumpur KKM Government Official Agency under Ministry of Health Malaysia that provide medical health services

Membuat Aduan ke HKL secara online sila layari https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada Program Pengimejan Perubatan dan Rad...
13/05/2026

Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini telah menerima lawatan sambil belajar daripada Program Pengimejan Perubatan dan Radioterapi, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buluh terdiri daripada 15 orang pelajar yang diselia oleh Pn Amelia Nak Rejos, guru pembimbing. Kehadiran kumpulan pelajar ini disambut baik oleh En Farihin Jaafar, Ketua Unit Radioterapi HKL.

Tujuan Lawatan ini adalah untuk memperkenalkan pelajar kepada persekitaran klinikal dengan memberikan pendedahan awal sebagai persediaan untuk menjalani latihan klinikal dan seterusnya bekerja di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak The Coffee Bean & Tea Leaf - Malays...
12/05/2026

Pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak The Coffee Bean & Tea Leaf - Malaysia (CBTL) kerana sudi memilih HKL untuk sumbangan makanan bersempena sambutan β€˜Hari Jururawat’ yang disambut 12 Mei ini.

Terima kasih kerana meraikannya bersama HKL.

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA Bunga mawar harum mewangi,Di petik khusus untuk si dia,Selamat hari jururawat d...
12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA

Bunga mawar harum mewangi,
Di petik khusus untuk si dia,
Selamat hari jururawat dari kami,
Buat semua Misi diseluruh dunia.

12 Mei Setiap tahun, dunia menyambut Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen mereka, terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

Terima kasih buat semua jururawat khususnya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

🚨🚨PENAFIAN🚨🚨ISU TULAR:PENYALAHGUNAAN LOGO DAN GAMBAR SERTA NAMA PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR.
11/05/2026

🚨🚨PENAFIAN🚨🚨

ISU TULAR:
PENYALAHGUNAAN LOGO DAN GAMBAR SERTA NAMA PENGARAH HOSPITAL KUALA LUMPUR.

Selamat Hari Ibu kepada insan yang dipanggil Ibu, Emak, Umi, Mama atau apa sahaja gelaran mesra kita buat mereka yang te...
09/05/2026

Selamat Hari Ibu kepada insan yang dipanggil Ibu, Emak, Umi, Mama atau apa sahaja gelaran mesra kita buat mereka yang telah melahirkan setiap dari kita.

Sesungguhnya, tiada kasih lebih tulus dan SETEGUH KASIH IBU yang sanggup berkorban dalam memberikan yang terbaik untuk anaknya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

SELAMAT HARI IBUπŸ§•πŸΌπŸ’.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Khursiah Binti Daud, Timbalan Pengarah Perubatan I HKL atas Pingat Sultan Ibra...
09/05/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Khursiah Binti Daud, Timbalan Pengarah Perubatan I HKL atas Pingat Sultan Ibrahim PS I (II) Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor

Hari Thalassaemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi menghargai para pesakit Thalassaemia sebagai tanda sokon...
09/05/2026

Hari Thalassaemia Sedunia disambut pada 8 Mei setiap tahun bagi menghargai para pesakit Thalassaemia sebagai tanda sokongan yang berterusan agar pesakit sentiasa tabah menjalani rutin harian yang lebih indah pada hari mendatang.

Selamat menyambut Hari Thalassaemia Sedunia daripada Dato’ Dr. Harikrishna K.R.Nair, Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seluruh warga kerja HKL.

08/05/2026

Pihak Hospital Kuala Lumpur sedang mencari ahli keluarga atau waris terdekat bagi kes kematian yang melibatkan mayat tidak dituntut seperti berikut :-

𝟏) 𝐍𝐚𝐦𝐚 : 𝐍𝐆 𝐂𝐇𝐄𝐄 𝐒𝐄𝐍𝐆.
ID : 600413-10-****
RN : HKL2026/022377 (SW19)
Alamat Terakhir : NO 8D JALAN 2 OFF JALAN CHAN SOW LIN 57000 KL
Tarikh Kematian : 21/4/2026

𝟐) 𝐍𝐚𝐦𝐚 : πŒπ”π‡π€πŒπŒπ€πƒ π‘πˆπ‡π€π 𝐁𝐈𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐍.
ID : 830322-01-****
RN : HKL2026/020490 (NW18B)
Alamat Terakhir : NO. 42/A JALAN PERSISIRAN PERLING TAMAN PERLING 81200 JOHOR BHARU
Tarikh Kematian : 17/4/2026

πŸ‘) 𝐍𝐚𝐦𝐚 : 𝐍𝐆 π‚π‡π€πˆ π“π„π‚πŠ
ID : 490227-10-****
RN: HKL2026/016325 (MED5A)
Alamat Terakhir : NO. 14 LORONG HAJI TAIB 1 50350 KL
Tarikh Kematian : 22/4/2026

Sebarang pertanyaan/maklum balas, sila hubungi PPP Izuan / FSO Rabiyah / FSO Lai ditalian telefon HKL :
03-2615 5555 samb. 6695 atau 03-26155299 (talian
terus), Jabatan Perubatan Forensik.

Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat HKL

KENYATAAN MEDIA
01/05/2026

KENYATAAN MEDIA

Selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam, swasta mahupun di luar negara, terima kas...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja buat seluruh rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam, swasta mahupun di luar negara, terima kasih atas sumbangan, usaha serta pengorbanan anda selama berkhidmat untuk negara.

Semoga terus komited dalam menjalankan tanggungjawab yang digalas dengan penuh dedikasi serta berintegriti agar mejadi inspirasi positif kepada semua. Mari kita bersama-sama memacu negara ke arah yang lebih cemerlang.

🚨🚨 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ : π˜½π™šπ™§π™π™ͺ𝙗π™ͺπ™£π™œ π™†π™šπ™¨π™šπ™¨π™–π™ π™–π™£ π˜Ώπ™ž π™†π™‘π™žπ™£π™žπ™  𝙋𝙖𝙠𝙖𝙧 π™Šπ™›π™©π™–π™‘π™’π™€π™‘π™€π™œπ™ž 𝙃𝙆𝙇
28/04/2026

🚨🚨 πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ : π˜½π™šπ™§π™π™ͺ𝙗π™ͺπ™£π™œ π™†π™šπ™¨π™šπ™¨π™–π™ π™–π™£ π˜Ώπ™ž π™†π™‘π™žπ™£π™žπ™  𝙋𝙖𝙠𝙖𝙧 π™Šπ™›π™©π™–π™‘π™’π™€π™‘π™€π™œπ™ž 𝙃𝙆𝙇

Address

Jalan Bulatan Pahang
Thongwa

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60326155555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kuala Lumpur KKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kuala Lumpur KKM:

Share