24/06/2025
Travel memang seronok, tapi bila jalan jauh sangat, mula la kaki rasa bengkak, kebas, melecet, kadang berpeluh sampai tak selesa. Kalau naik flight lama, kaki pun boleh rasa menyucuk nyucuk sebab duduk lama sangat.
Ramai traveler tak sedar, semua ni boleh dikurangkan kalau jaga kaki betul-betul. Pilih kasut yang sesuai, pakai stokin yang bantu alirkan darah, dan jangan lupa rehatkan kaki. Benda nampak remeh, tapi kaki yang sihat boleh buat trip kita lagi best dan kurang menyakitkan.
Berikut adalah antara 4 masalah Kaki Biasa Dialami Traveler, dan Cara Atasinya:
1. Kaki Bengkak Lepas Banyak Berjalan
Bila travel, kita banyak berdiri dan jalan jauh. Darah berkumpul kat bahagian bawah kaki, buat kaki jadi bengkak dan rasa berat.
➡️ Cara atasi: Pakai stokin sokongan ringan yang bantu lancarkan aliran darah. Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa rehat.
2. Melecet Sebab Kasut Baru atau Banyak Bergerak
Kasut tak sesuai atau terlalu ketat boleh buat kulit kaki melecet. Lepas tu jalan pun dah tak selesa, mood travel pun terganggu.
➡️ Cara atasi: Pastikan kasut dah “break in” sebelum travel, dan pakai stokin yang tebal tapi selesa untuk kurangkan geseran.
3. Kaki Berpeluh dan Berbau
Aktiviti seharian buat kaki berpeluh, tambah p**a dengan cuaca panas dan kasut tertutup.
➡️ Cara atasi: Gunakan stokin yang breathable dan serap peluh. Tukar stokin setiap hari dan biar kaki “bernafas” bila ada masa rehat.
4. Kaki Kebas Bila Naik Flight Lama
Duduk terlalu lama dalam kapal terbang boleh buat peredaran darah tak lancar, terutama kat bahagian kaki. Akibatnya, kaki rasa kebas dan mencucuk.
➡️ Cara atasi: Pakai stokin compression ringan masa flight, dan cuba gerakkan kaki atau berdiri sekejap setiap beberapa jam.