Klinik Kesihatan Rembia

Klinik Kesihatan Rembia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Kesihatan Rembia, Medical Center, KLINIK KESIHATAN REMBIA, Alor Gajah.

Ibu bapa, jika anak kelihatan makan dengan baik tetapi berat badan masih tidak bertambah, jangan terlalu cepat risau ata...
13/04/2026

Ibu bapa, jika anak kelihatan makan dengan baik tetapi berat badan masih tidak bertambah, jangan terlalu cepat risau atau menyalahkan selera makan semata-mata. Cuba perhatikan juga rutin harian mereka, terutamanya waktu dan kualiti tidur. Tidur yang mencukupi dan berkualiti memainkan peranan penting dalam proses tumbesaran, membantu hormon pertumbuhan berfungsi dengan baik serta memastikan nutrisi yang diambil diserap secara optimum. Anak yang cukup rehat bukan sahaja lebih sihat, malah lebih cergas dan membesar dengan lebih seimbang. Jadi, selain menjaga pemakanan, pastikan juga anak mendapat tidur yang cukup setiap hari.💙

Menjaga kesihatan bermula dengan pilihan kecil setiap hari. Jadikan 3 sajian sayur sebagai rutin—setiap hidangan membant...
13/04/2026

Menjaga kesihatan bermula dengan pilihan kecil setiap hari. Jadikan 3 sajian sayur sebagai rutin—setiap hidangan membantu membekalkan serat, vitamin, dan mineral penting untuk menguatkan imuniti, melancarkan penghadaman, serta menjaga tenaga sepanjang hari.

Ingat, setiap kali anda tambah sayur dalam pinggan, anda sedang melabur untuk jantung yang lebih sihat, badan yang lebih cergas, dan masa depan yang lebih berkualiti.

“3 sajian sayur sehari bukan sekadar target—ia adalah hadiah terbaik untuk tubuh anda.” 🌱

06/04/2026

Tengah duduk berehat minum petang, tiba-tiba jantung anda berdegup sangat kencang. Nafas jadi sempit, peluh sejuk membasahi dahi, badan menggigil. Dalam kepala, anda yakin ini serangan jantung dan nyawa bakal ditarik bila-bila masa.
Anda bergegas ke Jabatan Kecemasan. Doktor buat ECG, ujian darah, dan semuanya normal. Doktor memandang anda dengan tenang lalu berkata, “Ini serangan panik.”
Ramai masyarakat kita menyebut “panic attack” dan “anxiety attack” secara silih berganti. Dalam klinikal, “panic attack” ada definisi yang jelas. Manakala “anxiety attack” lebih istilah pop**ar. Yang lebih tepat, ia biasanya merujuk kepada episod keresahan yang memuncak, atau keresahan yang berpanjangan dalam gangguan keresahan.
Panic attack ialah serangan cemas yang datang sangat tiba-tiba. Kadang-kadang tanpa pencetus yang jelas, kadang-kadang dipicu situasi tertentu. Simptomnya kuat dan fizikal, dada ketat, berdebar, sesak nafas, rasa pening, rasa seperti mahu pengsan, dan ada perasaan takut melampau seperti “aku akan mati” atau “aku akan hilang kawalan.” Ia memuncak cepat dalam beberapa minit, lazimnya sekitar 5 hingga 30 minit, kemudian reda, tetapi sering meninggalkan tubuh yang sangat letih.
Keresahan p**a biasanya terbina perlahan. Ia boleh berkait dengan tekanan hidup, trauma, kerja, kewangan, atau kerisauan yang s**ar dihentikan walaupun sebabnya tidak besar pada orang lain. Simptomnya banyak berkait fikiran yang berpusing tanpa henti, mudah terkejut, otot leher dan bahu tegang, s**ar tidur, perut memulas, loya, cirit atau sembelit. Bagi yang memang ada IBS, stres dan keresahan boleh buat simptom perut makin ketara. Keadaan ini boleh berlarutan berhari-hari, berminggu-minggu, malah berbulan-bulan.
Kalau anda atau orang sekeliling sedang diserang panic attack, fokus utama ialah bawa perhatian keluar dari kepala dan kembali ke saat ini. Cuba Teknik Grounding 5-4-3-2-1. Sebut 5 benda yang anda nampak, sentuh 4 permukaan, dengar 3 bunyi, kenal pasti 2 bau, dan rasakan 1 perisa di dalam mulut. Jika boleh, tambah pernafasan perlahan dengan hembusan lebih panjang daripada tarikan nafas. Ini bantu badan menurunkan “alarm” yang sedang berbunyi terlalu kuat.
Satu pesanan penting. Jika ini kali pertama anda alami simptom kuat, atau sakit dada teruk, pengsan, lemah sebelah badan, sesak nafas yang makin teruk, jangan cuba agak sendiri. Dapatkan penilaian kecemasan dulu. Lebih selamat kita pastikan puncanya.
Kesihatan mental bukan tanda lemah iman atau kurang ibadat. Otak juga organ badan. Bila “alarm” sering berbunyi palsu sampai ganggu kerja, tidur, dan hubungan, itu petanda anda patut berbincang dengan doktor, psikolog klinikal, atau pakar psikiatri untuk rawatan yang sesuai.
Pernah tak anda atau orang terdekat bergegas ke hospital waktu malam sebab sangka serangan jantung, tapi rupa-rupanya serangan panik?

02/04/2026

SHOUT-OUT UNTUK IBU BAPA ANAK AUTISME💙💙

Ibu bapa anak autisme ialah individu luar biasa yang memaparkan kekuatan, kesabaran, dan pengorbanan yang amat tinggi setiap hari. Mereka adalah insan hebat yang memimpin anak-anak istimewa ini untuk berdikari, memberikan kasih sayang tanpa syarat, dan menjadi inspirasi dalam menempuh dugaan hidup.

Berikut adalah kehebatan dan perjuangan ibu bapa anak autisme:

💪🏼Ketabahan yang Luar Biasa: Setiap hari adalah perjuangan, namun mereka terus berjuang demi anak, mengajar kita bahawa cinta boleh mengubah segalanya.

🤲🏼Pendidikan & Pemulihan: Berusaha mendidik, membimbing, dan mencari latihan kemahiran, seperti melalui PLPP (di bawah JKM) agar anak mampu berdikari.

🩵Penerimaan & Sokongan Awal: Mengambil langkah pantas mendapatkan nasihat pakar setelah mengesan tanda autisme untuk menyokong perkembangan anak.

🥹Kekuatan Emosi: Memahami dan menguruskan tantrum atau keperluan khas anak, terutamanya dalam situasi mencabar seperti semasa perayaan atau di tempat awam.

💙Kehebatan mereka bukan pada kesempurnaan, tetapi pada keupayaan untuk memahami, menerima, dan menyayangi anak seadanya.

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tanda awal Autisme sebenarnya boleh dikesan seawal usia 18 hingga 36 bulan—dan salah s...
02/04/2026

Ramai ibu bapa tidak sedar bahawa tanda awal Autisme sebenarnya boleh dikesan seawal usia 18 hingga 36 bulan—dan salah satu alat penting yang membantu ialah M-CHAT dalam buku kanak-kanak.

Bayangkan kisah ini.

Seorang ayah, Hafiz, merasakan anaknya, Adam, cuma “lambat sikit bercakap.” Adam jarang menyahut bila dipanggil, kurang eye contact, dan lebih s**a bermain sendiri. Hafiz dan isterinya anggap itu perkara biasa—“nanti besar okay lah tu.” Mereka juga kerap terlepas temu janji klinik dan tidak mengisi M-CHAT dalam buku kanak-kanak.

Apabila Adam berumur 3 tahun, guru taska mula perasan sesuatu yang berbeza. Selepas pemeriksaan lanjut, Adam disahkan mempunyai tanda-tanda Autisme.

Doktor kemudian bertanya,
“Adakah ibu bapa pernah isi M-CHAT dalam buku kanak-kanak sebelum ini?”

Rupanya, jika M-CHAT diisi lebih awal, beberapa “red flags” sudah boleh dikesan:

Tidak menunjuk objek untuk berkongsi minat
Tidak memberi respon bila nama dipanggil
Kurang interaksi sosial
Pergerakan berulang (seperti melambai tangan tanpa sebab jelas)

Semua ini adalah soalan dalam M-CHAT—yang direka khusus untuk mengesan risiko awal autisme.

💡 Kenapa ini penting?
Jika dikesan awal:

Intervensi seperti terapi pertuturan dan terapi tingkah laku boleh dimulakan lebih cepat
Perkembangan anak boleh dibantu dengan lebih efektif
Kualiti hidup anak dan keluarga akan lebih baik

💔 Jika lewat dikesan:

Anak mungkin ketinggalan dalam komunikasi dan sosial
Intervensi jadi lebih mencabar
Ibu bapa mungkin menyesal kerana terlepas tanda awal

👉 Kesimp**annya:
Buku kanak-kanak bukan sekadar rekod berat dan tinggi.
M-CHAT bukan sekadar borang biasa.

Ia adalah alat saringan awal untuk mengesan Autisme.

Jangan skip temu janji anak. Jangan abaikan M-CHAT.
Kerana tindakan kecil hari ini boleh mengubah masa depan anak sepenuhnya.

02/04/2026

Mak mama mummy ummi ibu emak ayah daddy babah abah sume ni tau tak macam mana nak tau anak ada autism ke tak??🧐

Hari ini kita menyambut Hari Kesedaran Autisme🩵💙Di sebalik setiap senyuman mereka 😃 ada dunia yang kita mungkin tak sepe...
02/04/2026

Hari ini kita menyambut Hari Kesedaran Autisme🩵💙

Di sebalik setiap senyuman mereka 😃 ada dunia yang kita mungkin tak sepenuhnya fahami… tapi itu tidak bermaksud mereka kurang berharga. Mereka melihat dunia dengan cara yang unik, penuh warna, penuh keikhlasan yang kadang kita sendiri terlepas pandang.

Anak-anak autisme bukan untuk dihakimi, tetapi untuk difahami. Bukan untuk disisihkan, tetapi untuk disayangi.

Sedikit kesabaran, sedikit empati… mampu mengubah dunia mereka menjadi tempat yang lebih indah.

Hari ini, marilah kita belajar untuk lebih menerima, lebih memahami, dan lebih menghargai keindahan dalam perbezaan.

Kerana setiap mereka adalah istimewa… dengan cara mereka sendiri. 💙🩵

28/03/2026
Bahaya Cuaca Panas🔥🔥Cuaca panas sekarang memang boleh tahan teruk. Kalau terdedah lama sangat, badan cepat letih, haus, ...
27/03/2026

Bahaya Cuaca Panas🔥🔥
Cuaca panas sekarang memang boleh tahan teruk. Kalau terdedah lama sangat, badan cepat letih, haus, dan boleh jadi dehidrasi. Lagi bahaya kalau sampai kena strok haba, memang boleh jadi serius.

Langkah Pencegahan💚💚
Senang je nak jaga diri—minum air banyak-banyak walaupun tak haus, elakkan keluar waktu tengah hari, pakai baju ringan, dan cari tempat redup. Kalau boleh, duduk tempat sejuk macam ada aircond lagi bagus.

Simptom Strok Haba🥵🥵🥵
Kalau rasa pening, loya, badan lemah sangat, atau kulit rasa panas kering, tu antara tanda awal. Kalau dah sampai keliru, pengsan atau sawan, tu dah kira teruk—kena cepat dapatkan bantuan.

Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini boleh memudaratkan kesihatan manusia dengan spektrum penyakit be...
27/03/2026

Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini boleh memudaratkan kesihatan manusia dengan spektrum penyakit berkaitan cuaca panas daripada tahap ringan hingga tahap teruk dan boleh membawa maut, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan antara gejala penyakit akibat cuaca panas melampau ialah sakit kepala, keletihan, kurang tumpuan, pening, lemah otot atau kekejangan serta rasa mual.


Baca lanjut di :

Cuaca panas berpanjangan yang melanda negara ketika ini boleh memudaratkan kesihatan manusia dengan spektrum penyakit berkaitan cuaca panas daripada tahap ringan hingga tahap teruk dan boleh membawa maut, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

26/03/2026

Ramai ingat bila seseorang nampak lemah sebab cuaca panas, itu cuma penat biasa.

Padahal ada beza besar antara keletihan haba dan strok haba.
Satu ialah amaran.
Satu lagi ialah kecemasan yang boleh meragut nyawa.

Keletihan haba biasanya datang dengan peluh yang banyak, badan sangat lemah, pening, loya, kekejangan otot, dan kulit terasa sejuk atau lembap. Mangsa selalunya masih sedar dan masih boleh bercakap, cuma nampak sangat letih.

Strok haba p**a jauh lebih bahaya. Badan sudah gagal menyejukkan diri. Suhu badan boleh naik mendadak, mangsa jadi keliru, meracau, berjalan tak stabil, sawan atau terus pengsan. Kulit boleh jadi sangat panas. Jangan tunggu sampai dia rebah baru nak panik.

Jika tanda lebih kepada keletihan haba, cepat bawa ke tempat teduh, longgarkan pakaian, lap atau tuam dengan air, dan beri minum jika dia masih sedar. Tetapi jika nampak keliru, pengsan, sawan atau badan terlalu panas, anggap itu strok haba dan dapatkan rawatan kecemasan segera.

Cuaca panas bukan masa untuk teka-teki.
Kenal beza ini, sebab beberapa minit pun boleh jadi penentu antara selamat atau terlambat.

26/03/2026

☀️ Cuaca Panas Melampau: Jaga Diri, Elak Strok Haba!

Musim perayaan sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan, namun cuaca panas melampau boleh mengundang risiko strok haba yang membahayakan kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih peka dan mengambil langkah pencegahan:
💧 Minum air secukupnya walaupun tidak dahaga
🧢 Elakkan aktiviti luar pada waktu tengah hari
👕 Pakai pakaian ringan dan berwarna cerah
🛑 Segera dapatkan rawatan jika alami simptom seperti pening, loya atau keletihan melampau

Raikan Syawal dengan selamat dan sihat bersama keluarga tersayang.

Ingat, kesihatan adalah keutamaan.

Address

KLINIK KESIHATAN REMBIA
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063161076

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Rembia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category