Rawatan Islam & Urutan Tradisional Melayu

Rawatan Islam & Urutan Tradisional Melayu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rawatan Islam & Urutan Tradisional Melayu, Nursing home, BANDAR ALOR GAJAH, Alor Gajah.

*Sawan Tangis*Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku meleb...
04/11/2021

*Sawan Tangis*
Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
Tanda-tanda sawan tangis:
❌ Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
❌ Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
❌ Genggaman tangan bayi lebih uat dari biasa
❌ Bunyi tangisan kebiasaanya kuat dan nyaring dari biasa.
www.wasap.my/+601121388776/sawan+tangis

Assalamualaikum w.b.tRawatan perubatan islam berjalan seperti biasa,Kecuali urutan tradisional melayu masih hold dulu se...
04/11/2021

Assalamualaikum w.b.t

Rawatan perubatan islam berjalan seperti biasa,

Kecuali urutan tradisional melayu masih hold dulu sementara waktu.

Sila buat temu janji sebelum dapatkan rawatan.

www.wasap.my/+601121388776/rawatan+islam

Business Account

Hindari lah dari perbuatan maksiat,Jangan ditambah dosa2 Didunia ni.Lebih baik buat kebaikan demi bekalan akhirat kita.
04/11/2021

Hindari lah dari perbuatan maksiat,
Jangan ditambah dosa2 Didunia ni.
Lebih baik buat kebaikan demi bekalan akhirat kita.

InsyaAllah amalkan ayat ini setiap hari semoga kita terhindar dari malapetaka.
03/11/2021

InsyaAllah amalkan ayat ini setiap hari semoga kita terhindar dari malapetaka.

Bacalah doa ini agar kita semua tetap didalam Hidayah ALLAH S.W.T hendaknya.
03/11/2021

Bacalah doa ini agar kita semua tetap didalam Hidayah ALLAH S.W.T hendaknya.

03/11/2021

Ingatlah setiap rezeki kita hadirnya dari ALLAH S.W.T & perlu diingati berdoa serta zikir lah untuk mohon rezeki darinya.

14/10/2021

Assalamualaikum w.b.t

Rawatan perubatan islam berjalan seperti biasa,

Kecuali urutan tradisional melayu masih hold dulu sementara waktu.

Sila buat temu janji sebelum dapatkan rawatan.

www.wasap.my/+601121388776/rawatan+islam

InsyaAllah jika anda amalkan ayat ini, maka anda akan terhindar dari ilmu sihir.Jadikan ayat ini rutin harian anda.Semog...
11/10/2021

InsyaAllah jika anda amalkan ayat ini, maka anda akan terhindar dari ilmu sihir.

Jadikan ayat ini rutin harian anda.
Semoga kita sentiasa dilindungi ALLAH S.W.T hendaknya.

Jika anda seorang penggemar minuman yang mengandungi kafein,Anda harus berhati2 ketika minum.Kerana setiap kandungan kaf...
11/10/2021

Jika anda seorang penggemar minuman yang mengandungi kafein,

Anda harus berhati2 ketika minum.

Kerana setiap kandungan kafein ada kesan sampingan untuk organ manusia.

Wahai sekalian hamba, eloklah engkau amalkan ayat ini setiap pagi hari, kerana ianya adalah doa setiap pagi BAGINDA RASU...
11/10/2021

Wahai sekalian hamba, eloklah engkau amalkan ayat ini setiap pagi hari, kerana ianya adalah doa setiap pagi BAGINDA RASULULLAH S.A.W untuk rezeki.

Kelebihan Zikir1 - Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.2 - Zikir menjauhkan dukacita daripada hati ma...
03/10/2021

Kelebihan Zikir

1 - Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.

2 - Zikir menjauhkan dukacita daripada hati manusia.

3 - Zikir menguatkan badan dan menggembirakan hati.

4 - Zikir mendatangkan rezeki yang mencurah-curah.

Selamat Beramal

SIHIR PEMISAH & SANTAU ANGINApakah Anda Termasuk Dalam Kategori Yang Kami Senaraikan Di Bawah Ini !!!* Sulit mendapatkan...
03/10/2021

SIHIR PEMISAH & SANTAU ANGIN

Apakah Anda Termasuk Dalam Kategori Yang Kami Senaraikan Di Bawah Ini !!!

* Sulit mendapatkan Jodoh
* Cinta Tidak Direstui Orang Tua
* Cinta Ditolak
* Membuka aura kecantikan/ketampanan
* Memperbaiki hubungan rumah tangga
* Menundukkan suami/ istri yang galak supaya patuh sehingga hubungan menjadi harmonis kembali.

MASALAH PASANGAN?

1) Kekasih anda berpaling tadah.
2) Pasangan bermain kayu 3.
3) Perasaan sayang yang kuat tetapi sering bergaduh.
4) Pasangan bersikap endah tidak endah.
5) Pasangan tidak bertanggungjawab.
6) Dahulu ambil berat, tetapi sekarang seperti ingin jauhkan diri.
7) Pasangan ingin minta putus.
8) Pasangan anda terkena guna-guna dan anda mahu pulihkannya.
9) Sikapnya berubah-ubah tidak menentu.
10) Katanya serius tetapi tidak mahu langsungkan perkahwinan.
11) Pasangan S**a berlaku Curang.

Jika anda rasa ada tanda2 yang kami sebutkan diatas, lebih baik anda dapatkan rawatan islam dengan segera.

InsyaAllah REZEKI MELIMPAH1. DHUHA.Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningka...
28/09/2021

InsyaAllah REZEKI MELIMPAH
1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.
2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.
4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.
9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.
BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAALLAH.

SAKIT LEHERSakit di bahagian leher boleh disebabkan oleh beberapa punca:1. Ketegangan OtotKetegangan otot di bahagian le...
27/09/2021

SAKIT LEHER

Sakit di bahagian leher boleh disebabkan oleh beberapa punca:

1. Ketegangan Otot

Ketegangan otot di bahagian leher dan bahu sering berlaku disebabkan oleh aktiviti atau cara hidup seseorang.

Antaranya seperti:

Berdiri dan duduk dengan postur yang salah
Duduk bekerja di meja dalam satu jangka masa yang lama tanpa mengubah posisi
Posisi tidur yang salah
Menggerakkan leher dengan laju ketika bersenam

2. Kecederaan dan Kemalangan

Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala.

Namun begitu, ia boleh terdedah pada kecederaan kerana kurang dilindungi berbanding bahagian lain seperti tulang belakang.

Struktur di bahagian leher mudah tercedera, terutama ketika terjatuh atau kemalangan. Jika tulang, ligamen atau otot tercedera, ia boleh menyebabkan leher menjadi sakit.

3. Serangan Sakit Jantung

Leher yang sakit juga boleh menjadi salah satu tanda serangan sakit jantung.

Pesakit juga akan mempunyai simptom lain seperti:

Sesak nafas
Berpeluh dengan banyak
Loya dan muntah
Sakit tangan sebelah kiri

4. Meningitis

Meningitis merupakan sejenis jangkitan kuman pada selaput otak.

Antara simptom jangkitan ini adalah demam, sakit kepala dan juga sakit pada leher. Leher akan menjadi keras dan s**ar untuk dibengkokkan.

5. Penyebab-Penyebab Lain

Terdapat juga faktor-faktor lain yang boleh menjadi punca kesakitan:

Rheumatoid arthritis
Osteoporosis
Slipped disc
Simptom

punca sakit leher
Kesakitan di bahagian leher biasanya dikaitkan dengan rasa sakit yang lenguh-lenguh.

Kadangkala, rasa sakit menjadi lebih teruk apabila leher digerakkan atau kepala berpusing.

Antara simptom yang berkaitan termasuk:

Rasa kebas dan semut-semut
Rasa sakit yang tajam dan menyucuk
S**ar untuk menelan
Rasa berdenyut-denyut
Pening
Sakit kepala yang teruk
Kesakitan di bahagian muka dan bahu

18 PINTU Manusia.Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian ag...
27/09/2021

18 PINTU Manusia.

Daripada semua pintu yang akan saya kongsikan, ada tiga pintu yang pertama untuk kita beri perhatian agar jangan sampai kita lakukannya. Mengapa? Kerana ketiga-tiga pintu inilah yang boleh dikatakan sebagai pintu utama, yang akan menyebabkan terbukanya pintu-pintu kecil yang lain.

Pintu-pintu itu ialah:

1. Sombong

Perbuatan sombong sangat dimurkai Allah. Sifat ini sangat dis**ai jin dan sifat ini jika ada pada seseorang manusia sangat berpotensi untuk jin masuk ke dalam badan kerana sombong adalah sifat utama Iblis yang merupakan ketua kepada semua jenis jin kafir. Dengan sebab sombonglah yang menghalang Iblis untuk tunduk kepada Nabi Adam walaupun diperintahkan oleh Allah.

Seseorang yang berada dalam kemurungan dan tekanan senang untuk mendapat gangguan jin.

Allah berfirman di dalam Surah Sad ayat 74 yang bermaksud: “Melainkan Iblis, dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya), serta menjadilah dia dari golongan yang kafir.”

2. Tamak

Sikap tamak dan cintakan dunia sehingga melupakan akhirat, akhirnya akan melahirkan p**a pelbagai penyakit hati yang lain iaitu ujub, bangga diri, iri hati dan dengki. Tamak dan cintakan dunia akan menyebabkan jin syaitan akan memainkan peranan mereka sehingga menghalalkan segala cara asalkan dapat keduniaan kita. Hak orang akan jadi hak kita, harta orang akan kita rampas jadi harta kita dan sebagainya. Pada kesempatan inilah manusia akan menjadi syaitan!

3. Hasad dengki

Sifat hasad dan dengki sesuatu yang Allah haramkan, nakkan kelebihan yang ada pada orang lain terhapus. Ketika inilah iblis dan syaitan memainkan peranan mereka menghasut seseorang sehingga sanggup melakukan perkara syirik termasuk menggunakan sihir dan sebagainya. Dalam masyarakat Melayu, amalan sihir ini sangat banyak hatta ustaz pun kena sihir dan nabi SAW sendiri pun terkena sihir dengan orang Yahudi. Allah tak akan ampunkan dosa syirik. Seseorang itu perlu mengucap semula.

4. Jahil tentang agama

Bodoh atau kejahilan kita tentang agama Islam yang sebenar apabila semua amal yang dilakukan, yang mana tidak berasal daripada yang nabi SAW lalukan, selain daripadanya akan tertolak. Orang sebegini sangat berpotensi mendatangkan jin kafir dalam tubuh mereka malah ia sangat dicintai makhluk itu.

Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka...” [180: Ali-Imran]
Menurut Syeikh Abdul Wahid Salam Bali, ketika beliau melakukan rukyah kepada seseorang, jin mengaku masuk melalui lubang dubur, di saat orang itu masuk ke bilik mandi tanpa membaca doa terlebih dahulu.

Ada seorang yang hafal al-Quran telah dirasuk oleh jin (jin masuk ke dalam badannya), adalah disebabkan orang itu makan dengan tangan kirinya. Ada juga keadaan di mana seorang yang dirukyah, jin masuk ke dalam badannya kerana zikir dengan menyebut-nyebut kata Al Jabbar, tetapi dengan niat untuk minta kekuatan, bukannya kerana Allah.

5. Pemarah

Seorang yang sedang marah maka ketika itu tekanan darahnya tidak teratur, jantung berdegup kencang, dan disitulah syaitan mudah sekali untuk masuk. Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah.”.(Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 3281 dan Muslim no. 2175].

6. S**a berangan

Panjang angan-angan akan menyebabkan kita lupa persiapan untuk akhirat kita dan akan mengakibatkan kita melakukan segala perkara untuk dunia. Juga akan menyebabkan kita merasa tidak cukup dan tidak bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepada kita.

7. Rakus

Sifat ini membuka peluang keemasan kepada syaitan untuk masuk dan menyebabkan kita lupa yang halal dan haram dek kerana kerakusan kita contohnya terhadap harta dunia sehingga lupa sesuatu itu rasuah, judi dan sebagainya.

8. Kedekut atau bakhil

Allah berfirman: “Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahan-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka...” [180:Ali-Imran].

Sikap s**a menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada juga antara perbuatan digemari jin, syaitan. - Gambar hiasan.

Sifat bakhil ini sangat dis**ai syaitan bahkan syaitan akan melakukan segala tipu daya supaya kita tidak bersedekah sedangkan sedekah akan menambahkan kekayaan, menghalang bala, memanjang umur dan menambah keberkatan hidup kita serta menjauhkan dari api neraka.

9. S**a dipuji

Gemar dipuji dan akan membuat kita akan berasa bangga diri, riyak dan keadaan ini akan menyenangkan syaitan membuatkan kita lupa diri dan akan melakukan perkara mungkar.

10. Riyak

Riyak membuatkan segala amalan yang dilakukan dengan riyak tidak akan diterima oleh Allah. Sia-sia sahaja usaha kita kerana tidak ada ikhlas. Di akhirat nanti Allah akan suruh kita cari untuk siapa kita riyak supaya meminta balasan dari mereka itu. Syaitan sangat s**a sifat ini supaya akan bersama-sama dengan mereka di dalam neraka. Nauzubillah.

11. Bangga diri

Ujub atau bangga diri iaitu berasa hebat dengan diri sendiri serta kemewahan yang ada. Ini boleh membawa kepada penyakit ain. [Rujuk artikel berkenaan ain yang lalu]. Syaitan memainkan peranan supaya kita ujub dan akan sombong dengan manusia lain atau memperlekehkan orang lain.

12. Keluh kesah dan gundah gulana

Orang yang selalu gundah gulana akan senang dimasuki syaitan. Hati jadi tak tenang, buat serba tak kena, boleh membawa kepada was-was sampai ambil wuduk berpuluh kali basuh, atau takbir sampai berpuluh kali. Nauzubillah

13. Ikut hawa nafsu

S**a mengikut hawa nafsu yang merupakan anak didik syaitan sehinggakan bulan Ramadan yang mana kebanyakan syaitan dirantai tetapi dengan sebab mengikut hawa nafsu, seseorang masih lagi berlaku kemaksiatan kepada Allah.

14. Buruk sangka

Sikap buruk sangka merupakan salah satu pintu kepada kejahatan hati kita dengan orang lain. Bermula dengan buruk sangka kita akan memfitnah, mengumpat, mengeji dan sebagainya kepada orang lain. Inilah dosa yang menyebabkan kita menjadi bankrap di akhirat.

15. Hina orang Muslim

Tidak halal bagi seorang muslim menghina saudara muslim yang lain, sepatutnyan kita saling menghormati bukannya menghina.

16. Meremehkan dosa

Sebenarnya sikap ini merupakan perangkap oleh syaitan kepada manusia. “Tak apalah kecil je dosanya nanti boleh minta ampun dengan Tuhan.” Lama kelamaan kita akan sentiasa melakukan dosa yang kita anggap kecil dan remeh. Sentiasa melakukan dosa kecil merupakan dosa besar!

17. Rasa aman dari azab

Apabila kita tidak berasa takut akan azab Allah, ia merupakan tiket kita melakukan perkara mungkar dan ia dis**ai syaitan.

18. Putus asa

Putus asa dari rahmat Allah merupakan senjata syaitan untuk seseorang tidak kembali ke jalan Allah setelah melakukan kemaksiatan kepada Allah.

Semoga dengan perkongsian ini dapat mengingatkan kita agar selalu menjaga diri supaya kita tidak membuka pintu-pintu yang akhirnya menyebabkan jin dan syaitan dapat masuk ke dalam tubuh badan kita.

Kita berdoa kepada Allah, semoga Allah selamatkan kita dari sebarang gangguan jin serta makhluk-Nya. Firman Allah

وقل رب أعوذ بك من همزات الشياطين ﴿٩٧﴾ وأعوذ بك رب أن يحضرون

Maksudnya: Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan,"Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.” - [Surah al-Mukminun: 97-98].

Adakah terdapat jenis sakit belakang pinggang yang berbeza?1Terdapat dua jenis sakit belakang pinggang: akut dan kronikS...
27/09/2021

Adakah terdapat jenis sakit belakang pinggang yang berbeza?

1
Terdapat dua jenis sakit belakang pinggang: akut dan kronik

Sakit belakang pinggang akut boleh berlaku selama beberapa hari hingga beberapa minggu. Biasanya ia akan hilang selepas dirawat sendiri dan tidak menyebabkan sebarang isu jangka panjang. Sakit belakang pinggang akut biasanya disebabkan oleh kecederaan secara tiba-tiba pada otot atau ligamen yang menyokong belakang tubuh (akibat jatuh atau mengangkat barang berat).

Sakit belakang pinggang kronik berlaku selama 12 minggu atau lebih lama—walaupun selepas punca sakit belakang pinggang akut dirawat. Kira-kira 2 daripada setiap 10 orang yang mengalami sakit belakang pinggang akut menghidap sakit belakang pinggang kronik p**a.

Apakah punca sakit belakang pinggang?

1,2
Terdapat banyak punca sakit belakang pinggang serta faktor yang mendorongnya. Perkara ini merangkumi:

Ketegangan/Seliuh: Ketegangan berlaku pada otot atau tendon (tisu yang menyambungkan otot ke tulang) yang meregang atau koyak. Kejadian seliuh p**a berlaku pada ligamen (tisu yang menyambungkan tulang pada sendi) yang meregang atau koyak.

Degenerasi cakera: Ia berlaku apabila cakera yang berfungsi untuk menyerap hentakan pada tulang belakang kehilangan ciri kelembutannya (kusyen).

Cakera Tulang Belakang Tertonjol/Pecah: Situasi ini berlaku apabila cakera tertekan dan tertonjol keluar (herniasi) atau pecah.
Skiatiks: Merujuk kepada sakit yang disebabkan oleh tekanan saraf skiatik, saraf panjang yang bermula dari punggung hingga belakang kaki.

Stenosis tulang belakang: Penyempitan tulang belakang yang mengakibatkan rasa sakit dan kebas apabila berjalan dan akhirnya lumpuh.
Trauma/Kecederaan: Bers**an, terjatuh atau terlibat dalam kemalangan boleh mencederakan otot, tendon atau ligamen di bahagian pinggang. Trauma/kecederaan juga boleh mengakibatkan cakera tulang belakang tertonjol atau pecah.

Kecacatan rangka (tidak sekata): Ia disebabkan oleh kelengkungan tulang belakang (dipanggil skoliosis) atau lengkung yang teruk di belakang pinggang (dipanggil lordosis).
Masalah Kesihatan Sampingan: Masalah ini merangkumi osteoporosis (kehilangan ketumpatan dan kekuatan tulang), endometriosis (tisu uterin yang terbina di luar rahim) dan fibromyalgia (sakit otot kronik dan kelesuan).

Petua Sakit KepalaTak sempat nak makan Panadol, kalau boleh dielakkan elakkan dari makan pain killer/Panadol bila sakit ...
25/09/2021

Petua Sakit Kepala

Tak sempat nak makan Panadol, kalau boleh dielakkan elakkan dari makan pain killer/Panadol bila sakit kepala.

Ubat-ubatan ni bukan tak elok memang boleh ilangkan sakit kepala tapi boleh gak buat kita ketagih, ketagih maksudnya bila sakit mesti kena ambil, so tak elok sebenarnya, cuba kita kawal.

Sebab sakit kepala:-
1-Stress
2-Lambat makan
3-Kurang tidur

Ubat/perawatan:-
1-Air sejuk/air yg ada Ais-buat basuh kepala/basuh umbul-umbul anak rambut
2-minum air suam
3-tidur sebentar, 30minit je dah cukup

Cuba dulu baru tahu...

APA ITU SAKA Saka (pusaka @ warisan) adalah sebarang perkara yang merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari ...
23/09/2021

APA ITU SAKA

Saka (pusaka @ warisan) adalah sebarang perkara yang merujuk kepada warisan, lebih kepada warisan ibu dari warisan bapa (dikenali sebagai baka). Ia merangkumi kepada semua benda yang diwarisi termasuk harta pusaka, tanah pusaka dan sebagainya.

Saka juga merujuk kepada pokok saka, pokok yang hidup lebih dari semusim/setahun.

Saka turut merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memeliharakan diri.

Saka ini dikatakan terdapat dalam pelbagai bentuk dan rupa. Saka ini biasanya diwarisi turun-temurun oleh waris walaupun tanpa pengetahuan mereka. Saka ini biasanya perlu dijaga dengan dijamu acak (telur, ayam panggang, pulut kuning) sesuai menurut persetujuan tuan asalnya. Biasanya pemilik saka akan memanggil saka mereka dengan pelbagai panggilan termasuk akuan, datuk, sahabat, pendamping dan lain-lain panggilan.

Saka ini perlu diwariskan kepada orang lain sebelum tuannya mati. Sekiranya tidak, pemilik saka s**ar mati atau sakanya membuat onar dengan mengganggu jiran-jiran pemilik lamanya.

Pada kebiasaannya saka ini diwarisi dikalangan keluarga pemilik asal, tetapi terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa saka ini boleh diwariskan kepada kepada sesiapa saja dan cara mewariskan saka p**a terdiri sama ada menerusi perbuatan seperti bersalaman atau menerusi lafaz seperti: “engkaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

MATLAMAT
Ilmu saka ini biasanya dituntut sebagai cara memelihara diri atau harta benda daripada musuh. Terdapat pelbagai jenis saka, bergantung kepada tujuan dan matlamat pemilik asal dan jenis saka/jin yang dirapati. Selain itu, ia juga boleh digunakan bagi menganianya musuh atau orang yang dibenci pemiliknya...

KELEBIHAN
Saka ini boleh digunakan bagi membantu pemiliknya dalam kerja seharian, seperti bertani, memburu dll. Sebagai contoh saka telinga, membolehkan tuannya mendengar pergerakan haiwan semasa memburu.

JENIS-JENIS SAKA
Saka merujuk kepada semua jenis jin/shaitan yang didampingi oleh seseorang dan ini termasuk:-

Bajang
Toyol
Polong
Pelesit
Hantu raya
Saka haiwan
Puntianak
Langsuir
Penanggal
Pocong

KELEMAHAN
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam agama Islam.
Saka ini akan berpindah kepada waris setelah kematian tuan asal dan saka yang tidak dipelihara dengan dijamu akan merasuk tuan barunya. Ini menimbulkan masalah kerana tuan baru biasanya tidak mengetahui kehadiran dan kehendak saka tersebut. Semakin lama saka itu diwarisi, semakin s**ar untuk membuang saka tersebut.
Saka yang tidak diwarisi waris biasanya akan berkeliaran dan akan mengamuk dan menganggu orang sekeliling. Kebiasaannya, sekiranya waris itu seorang yang kuat semangatnya, saka itu akan berpindah kepada anak kecil siwaris tersebut.

PENGAPUSAN
Saka biasanya s**ar dihapuskan. Dengan itu saka biasanya dipujuk agar berjamu dalam satu bekas yang dikenali sebagai acak dan hanyutkan melalui sungai ke laut, atau kadang-kala saka ini diikat kepada sesuatu objek yang dianggap kekal bagi menghalang saka berkeliaran mengganggu orang ramai.

PENELITIAN SECARA ILMIAH
Kemungkinan saka ini membabitkan penyakit keturunan, yang kemudiannya dikaitkan dengan saka sebagai satu cara penjelasan.

Address

BANDAR ALOR GAJAH
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 23:30
Sunday 10:00 - 22:00

Telephone

+601121388776

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Islam & Urutan Tradisional Melayu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category