Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh

Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh Mempromosi aktiviti Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah kepada warga kerja Hosp Alor Gajah

Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Hospital Alor Gajah yang terlibat dalam Pensijilan Akreditasi Malaysian Socie...
16/04/2026

Syabas dan tahniah kepada semua kakitangan Hospital Alor Gajah yang terlibat dalam Pensijilan Akreditasi Malaysian Society For Quality In Health (MSQH)!

20/03/2026

Alhamdulillah, bagi menyambut ketibaan bulan Syawal, umat Islam disunatkan untuk bertakbir sesudah waktu Maghrib 1 Syawal hingga solat sunat Aidilfitri pagi 1 Syawal.

Takbir raya ini diketuai oleh Dr Saiful Jalal Mohamed Yusoff dan disertai oleh kakitangan dari pelbagai jawatan. Takbir ini turut disertai oleh Pengarah Hospital Alor Gajah sendiri, Dr Ahmad Helmi Bin Hamdan.


Ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Pengarah Hospital Alor Gajah merangkup Yang Dipertua Kelab KEKASEH Dr Ahmad Helmi B...
20/03/2026

Ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Pengarah Hospital Alor Gajah merangkup Yang Dipertua Kelab KEKASEH Dr Ahmad Helmi Bin Hamdan.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙✨

Pengurusan Tertinggi serta seluruh warga kerja Hospital Alor Gajah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang baik serta mengeratkan lagi silaturahim bersama keluarga dan insan tersayang.

Dalam kegembiraan menyambut lebaran, marilah kita terus mengamalkan sikap prihatin, saling menghormati dan menjaga kesejahteraan bersama.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada perkhidmatan kami. Kami komited untuk terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢,𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧

Ikhlas daripada,
YBrs.Dr.Ahmad Helmi bin Hamdan
Pengarah Hospital Alor Gajah
dan Seluruh Warga Kerja Hospital Alor Gajah

16/03/2026

Alhamdulillah, semua aktiviti Ihya Ramadhan yang dirancang sepanjang bulan yang mulia ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh semua AJK serta ahli kelab KEKASEH yang terlibat.

Insya Allah Kelab KEKASEH akan terus konsisten dan komited dalam menganjurkan program-program ini.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita semua sempat dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.



Alhamdulillah, tentatif terakhir dalam Program Ihya Ramadhan Hospital Alor Gajah telah dilaksanakan pada 12 Mac 2026. Pr...
14/03/2026

Alhamdulillah, tentatif terakhir dalam Program Ihya Ramadhan Hospital Alor Gajah telah dilaksanakan pada 12 Mac 2026.

Program ini berlangsung selama dua hari melibatkan merewang dan memasak pada hari sebelumnya.
Aktiviti ini turut melibatkan pesara Hospital Alor Gajah yang turut bersama-sama menyumbangkan tenaga memasak bubur lambuk yang kemudiannya diagihkan kepada semua kakitangan Hospital Alor Gajah.


Assalamualaikum wrh wbt.Alhamdulillah tentatif Ihya Ramadhan 2026 yang ketiga iaitu Program Iftar Perdana dan Solat Tera...
07/03/2026

Assalamualaikum wrh wbt.
Alhamdulillah tentatif Ihya Ramadhan 2026 yang ketiga iaitu Program Iftar Perdana dan Solat Terawih telah berlangsung semalam 6/3/2026 di perkarangan Balai Pelawat Hospital Alor Gajah. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga kakitangan HAG.

Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib, Isyak serta terawih berjemaah di Surau Lokman Al Hakim.


Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Tabung Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Alor Gajah ...
05/03/2026

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada Tabung Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Hospital Alor Gajah yang sudi menyampaikan sumbangan kepada Kelab KEKASEH untuk menjalankan aktiviti Ihya Ramadhan 2026.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh Pengerusi Tabung Kebajikan Pembantu Perawatan Kesihatan HAG, Encik Yusri Bin Sudin kepada Naib YDP Kelab KEKASEH Dr Muhammad Irfan Bin Bakhtiar.

Semoga kita semua sentiasa beristiqamah dalam menjalankan ibadah semasa bulan yang mulia ini.

*Throwback post*Sedikit perkongsian gambar semasa Aktiviti Ihya Ramadhan pertama iaitu Program Jom Sahur yang telah dija...
05/03/2026

*Throwback post*

Sedikit perkongsian gambar semasa Aktiviti Ihya Ramadhan pertama iaitu Program Jom Sahur yang telah dijalankan pada 28.2.26 yang lalu.
Sahur telah dibekalkan kepada semua staf yang bekerja pada syif malam.

Sedikit perkongsian gambar para peserta Program Tadarus dan Khatan Al Quran yang telah berlangsung semalas di Surau Lokm...
04/03/2026

Sedikit perkongsian gambar para peserta Program Tadarus dan Khatan Al Quran yang telah berlangsung semalas di Surau Lokman Al Hakim.

Alhamdulillah tentatif program kedua Program Khatam Al Quran telah dilaksanakan pada 3 Mac 2026 do Surau Lokman Al Hakim...
03/03/2026

Alhamdulillah tentatif program kedua Program Khatam Al Quran telah dilaksanakan pada 3 Mac 2026 do Surau Lokman Al Hakim.

Program ini turut dihadiri Pengarah Hospital Alor Gajah merangkap YDP KEKASEH Dr Ahmad Helmi Bin Hamdan yang turut berbesar hari menyampaikan cenderahati kepada para peserta program ini.

Insya Allah tentatif Ihya Ramadhan akan diteruskan dengan Majlis Iftar dan Solat Terawih Perdana pada Jumaat ini 6 Mac 2026


Alhamdulillah tentatif program kedua Program Tadarus Al Quran telah dilaksanakan pada 2 Mac 2026 do Surau Lokman Al Haki...
02/03/2026

Alhamdulillah tentatif program kedua Program Tadarus Al Quran telah dilaksanakan pada 2 Mac 2026 do Surau Lokman Al Hakim.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri dari staf hospital telah sama-sama sertai program ini.

Insya Allah program ini akan disempurnakan dengan Majlis Khatam Quran yang akan berlangsung esok 3 Mac 2026.

Assalamualaikum wrh wbtKelab KEKASEH telah membuka gerai jualan sempena Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Ma...
08/10/2025

Assalamualaikum wrh wbt

Kelab KEKASEH telah membuka gerai jualan sempena Majlis Tilawah Al-Quran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Tahun 1446H/2025M bertempat di Hotel Swiss Garden, Melaka yang sedang berlangsung pada 7-9 Oktober 2025.

AJK Biro Ekonomi Kelab KEKASEH mengadakan jualan buah-buahan, kek batik dan sebagainya sempena majlis ini. Kepada yang berkelapangan sila datang ke gerai kami! Terima kasih ☺️

Address

Hospital Alor Gajah
Alor Gajah
78000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category