A. Perkhidmatan Scan 2D Growth scan dan Detail Scan
Detail Scan p**a lebih detail dan hanya boleh dilakukan pada minggu ke 21 sehingga minggu ke 26 kehamilan (berbeza range setiap doktor). Ia bertujuan untuk mengesan kecacatan badan dan organ janin. Organ dalaman ini termasuklah paru paru, diaphragm (pemisah antara bahagian dada dan abdomen), perut, buah pinggang, pundi kencing, hati, jantung, bahagian dalam kepala, dan anggota tangan dan kaki.
Untuk perkhidmatan Detail Scan, WAJIB book slot terlebih dahulu kerana ia mengambil masa sekitar 40-50 minit satu sesi.
B. Perkhidmatan Scan 3D/4D/5D
Scan berwarna untuk melihat struktur fizikal luaran bayi anda seperti raut wajah, hidung, bibir, telinga, jari tangan dan kaki.
Keadaan jantung juga boleh dilihat samada cukup 4 chambers atau tidak, ada lubang atau tidak, pergerakan/denyutan/aktiviti jantung.
Beza 3D/4D/5D adalah evlolusi dari segi imej. Jika gambaran 3D/4D nya baik, maka 5D nya juga baik.
Sangat bergantung pada posisi bayi anda. Selain itu, mesin dan juga pengalaman juruscan memainkan peranan untuk mendapatkan imej yang cantik.
C. MGTT (Minum Air Gula untuk pengesanan kencing manis ketika mengandung dan selepas bersalin.
Ujian ini selalunya harus dilakukan 2 kali sepanjang kehamilan sekiranya anda termasuk dalam golongan beresiko.
Prosedurnya memerlukan anda berpuasa pada jam 10 malam dan hadir pada jam 9 pagi di klinik kami.
Darah (1) diambil, kemudiam minum air gula dan tunggu selama 2 jam sebelum darah (2) diambil.
Perlu book 1 hari sebelum sebelum ujian.
D. HPV Test dan Paps Smear
Kedua-dua ujian ini penting bagi mengesan kehadiran Virus HPV (Human Papilloma Virus) penyebab kanser pada pangkal rahim.
Boleh dilakukan jika anda berusia 30 tahun ke atas dan sudah pernah melakukan hubungan seksual. Ujian ini akan diulang setiap 3 tahun sehingga umur anda mencecah 65 tahun.
Prosedur Paps Smear agak berbeza dibandingkan dengan HPV. Yang sama adalah anda mesti bebas haid dan tidak bersama suami 2 hari sebelum anda datang untuk melakukan ujian.
Paps Smear menggunakan spekulum / mulut itik supaya sampel yang diambil tepat di pangkal rahim. Manakala HPV Test hanya memerlukan anda masukkan swab dalam va**na, pusing-pusing-pusing 10 kali dan siap. Tak sakit pun. Nak buat sendiri pun boleh, nak doktor buatkan pun boleh.
D. Antenatal Check Up (ANC) untuk Ibu Hamil
Dapatkan slot temujanji anda bagi mengelakkan anda menunggu lama. Hanya perlu datang pada waktu slot anda ditempah.
Buku Pink akan diberikan.
Scan akan dilakukan pada setiap trimester
Sudah termasuk ubat tambah darah (Obimin).
E. Vaksinasi Wajib dan Tambahan untuk anak-anak.