Klinik Komuniti Seri Pengkalan, Alor Gajah

Klinik Komuniti Seri Pengkalan, Alor Gajah Klinik Komuniti Seri Pengkalan dahulunya dikenali sebagai Klinik 1 Malaysia Seri Pengkalan.

01/04/2026

Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.

01/04/2026
24/03/2026

JANGAN LUPA MINUM AIR KOSONG DI HARI RAYA

Di musim perayaan ini, pilihlah air kosong berbanding air manis.

Air kosong bukan sahaja tidak mempunyai kalori malah membantu anda untuk segar terutamanya ketika cuaca panas. Saranan pengambilan air kosong adalah 6 hingga 8 gelas sehari, pastikan anda minum secukupnya ya!

24/03/2026

Lemang merupakan hidangan lazim yang dihidangkan pada musim lebaran.

Penyediaan lemang menggunakan bahan seperti santan dan buluh lemang perlulah dipilih dengan baik.

Proses pembuatan lemang melibatkan pembakaran buluh lemang hendaklah dilakukan dengan sempurna dan penyimpanan hidangan juadah selepas disediakan perlulah diberi perhatian.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip yang dikongsikan untuk memastikan juadah lemang yang dihasilkan berkualiti dan selamat untuk dimakan.

19/03/2026

KKOM DITUTUP PADA HARI RAYA PERTAMA & KEDUA

Beroperasi semula Raya Ketiga
(12 tgh hari- 9 mlm)

20/02/2026
16/02/2026

PERHATIAN !!!
SEPANJANG RAMADHAN
WAKTU OPERASI KKOM ADALAH
9 PAGI SEHINGGA 5 PETANG

16/02/2026

PERHATIAN !!!
KKOM TUTUP SEPANJANG CUTI UMUM
TAHUN BARU CINA
17 & 18 FEBRUARI 2026

13/02/2026

Bunyi cengkerik dalam telinga waktu nak tidur tu bukan sebab ada orang mengumpat

Pernah tak waktu malam bila suasana sunyi sepi, tiba-tiba anda dengar bunyi berdesing panjang dalam telinga? Bunyi dia macam ngiiinggg atau kadang-kadang macam bunyi cengkerik. Makin sunyi bilik, makin kuat bunyi tu.

Kalau ikut orang tua-tua, dorang kata itu petanda ada orang tengah sebut nama kita atau tengah mengumpat.

Tapi dari sudut perubatan, masalah telinga berdesing ini ada nama saintifiknya. Dalam bahasa perubatan Inggeris, ia dipanggil Tinnitus.

Tinnitus ni sebenarnya bukan satu penyakit. Ia adalah gejala atau penggera amaran dari badan yang memberitahu sistem pendengaran kita sedang bermasalah. Bila telinga kita kurang dengar bunyi dari luar, otak kita akan cuba mencipta bunyi sendiri untuk menampung isyarat yang hilang tu.

Apa sebenarnya yang mencetuskan penggera amaran ini? Ada enam punca utama yang anda kena semak balik.

Satu. Pendedahan kepada bunyi bising melampau. Ini paling ramai kena. Anda s**a pakai earphone dengan bunyi paling kuat, atau anda kerja di kilang, tapak binaan, atau selalu pergi konsert. Bunyi bising ni mencederakan sel-sel rambut halus dalam telinga dan menyebabkan ia hantar isyarat bunyi palsu ke otak.

Dua. Tahi telinga tersumbat. Bunyi kelakar, tapi benda semudah tahi telinga yang keras dan menekan gegendang pun boleh buat telinga anda berdesing teruk.

Tiga. Faktor peningkatan usia. Bila kita makin berumur, saraf pendengaran secara semula jadi akan mula merosot dan secara automatik mencetuskan masalah telinga berdesing ni.

Empat. Kesan ubat-ubatan tertentu. Ada sesetengah ubat yang bersifat toksik pada telinga kalau diambil tanpa kawalan. Contohnya ubat tahan sakit pada dos yang sangat tinggi, ubat malaria, atau ubat kanser tertentu.

Lima. Jangkitan telinga atau resdung. Cecair dan lendir yang bertakung di belakang telinga tengah akibat selesema boleh mengganggu tekanan udara dalam telinga dan menghasilkan bunyi desingan.

Enam. Tekanan darah tinggi dan stres. Saluran darah yang sempit atau tekanan darah yang melonjak naik secara tiba-tiba boleh buat anda dengar bunyi aliran darah anda sendiri di dalam telinga.

Kalau bunyi ini datang sekejap dan hilang, ia mungkin normal. Tapi kalau ia berterusan berhari-hari, ganggu tidur, dan buat anda stres sampai sakit kepala, tolong jangan buat tak tahu. Pergi jumpa doktor untuk periksa dalam telinga tu.

Telinga kita nak pakai lama, jangan seksa dia.

13/02/2026
06/01/2026

UCAPAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI MELAKA
SEMPENA KETIBAAN TAHUN BAHARU 2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Salam Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,

Bijak Laksana Tuah,
Berani Laksana J***t,

Melaka Sayang Rakyat

Salam Malaysia Madani,


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ILAHI kerana dengan izin-Nya, kita selangkah ke tahun 2026 dengan semangat yang baharu.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka dan semua rakyat Negeri Melaka yang dikasihi.

Imbasan Pencapaian 2025;

Tahun 2025 yang baru kita tinggalkan telah mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan bagi landskap kesihatan negeri kita.

Pencapaian menyeluruh yang kita kecapi, sama ada dalam kawalan penyakit, rawatan dan peningkatan kualiti perkhidmatan di hospital dan klinik, mahupun keberkesanan program mendekati komuniti melalui promosi kesihatan adalah hasil gabungan sinergi dan kesungguhan semua peringkat.

Tiada kejayaan yang datang tanpa kerja keras kolektif semua warga kesihatan.

Penghargaan & Terima Kasih;
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada seluruh anggota kesihatan negeri Melaka yang sentiasa komited di setiap lapisan organisasi.

Ucapan terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Melaka dan semua agensi kerajaan negeri dan rakan strategik yang sentiasa menyokong dan bersama-sama menjayakan setiap agenda kesihatan.

Kerjasama "Whole-of-Government" inilah yang menjadi tulang belakang kepada kesejahteraan rakyat Melaka.

Pesanan Sihat Untuk Semua;

Sambil kita meraikan tahun baharu, saya ingin mengingatkan semua rakyat Melaka agar terus meletakkan kesihatan sebagai keutamaan. Azam tahun baharu haruslah disusuli dengan tindakan:

Makan secara sihat:
Kurangkan gula, garam, dan lemak dan minyak. Lebihkan syuran dan buah buahan.

Aktifkan diri:
Lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Cukupkan 150 kumulatif setiap minggu.

Katakan TIDAK pada rokok:
Demi paru-paru dan jantung yang lebih kuat. Jauhi asap rokok, pilih untuk berhenti segera.

Tangani stres dengan bijak:
Luangkan masa untuk diri sendiri dan keluarga, senyum dan sentiasa berfikiran positif.

Paling utama, jangan bertangguh untuk menjalani saringan kesihatan.

Pengesanan awal adalah kunci kepada rawatan yang lebih berkesan.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak kecemerlangan dan kesihatan yang berpanjangan buat kita semua. Melaka Sihat, Rakyat Sejahtera!

Pohon sena tumbuh melata,
Tempat berteduh si burung nuri;
Cergas fizikal impian kita,
Sihat sejahtera setiap hari.

Kayuh sampan ke Pulau Besar,
Singgah berehat di bawah rumbia;
Gaya hidup sihat menjadi dasar,
Rakyat sejahtera hidup bahagia.

Sekian, Terima Kasih.

Ingatan Tulus Ikhlas daripada,

DR RUZITA MUSTAFFA,
PENGARAH KESIHATAN NEGERI MELAKA.

NGWE HEE SEM
Kerajaan Negeri Melaka
Bahagian Kesihatan Pergigian Melaka
Sahabat Farmasi
SAFE FOOD - BKKM Melaka
Melaka Sihat
WH Alor Gajah Melaka
WellnessHub Merlimau

Hospital Melaka
Hospital Jasin - Rasmi
Hospital Alor Gajah, Melaka

Promosi Kesihatan Pkd Jasin
Promosi Kesihatan Melaka Tengah
Promosi Kesihatan Alor Gajah
Kelab Aktif Riadah Staff Sihat Melaka
Jom Jasin Sihat

Kelab Sukan dan Kebajikan Hospital Alor Gajah - Kekaseh
Klinik Kesihatan Masjid Tanah
Klinik kesihatan hutan percha
Klinik Kesihatan Tengkera
Klinik Kesihatan Ujong Pasir
KK Machap Baru
Klinik Kesihatan Peringgit
Klinik Kesihatan Merlimau - Rasmi
Klinik Kesihatan Rembia
Klinik Kesihatan Durian Tunggal
Klinik Kesihatan Klebang Besar
Klinik Kesihatan Lubok China
Klinik Kesihatan Alor Gajah
KLINIK KESIHATAN UMBAI
Klinik Kesihatan Felda Bukit Senggeh
KK Jasin Official
Klinik Kesihatan Kemendor
Klinik Kesihatan AYER KEROH

06/01/2026

Awal tahun ni, ambil 2-5 minit untuk buat satu benda yang ramai orang tangguh iaitu cek tekanan darah.

Sebab darah tinggi selalunya tak bagi sakit. Diam diam, dia kerja.

🟡 Kalau bacaan anda kerap mula naik sekitar 130 hingga 139 untuk bacaan atas, atau 80 hingga 89 untuk bacaan bawah, itu tanda badan sedang bagi amaran awal. Masa ni paling penting untuk kawal, sebab perubahan kecil pun boleh bagi kesan besar.

🔴 Kalau bacaan dah 140 ke atas, atau bacaan bawah 90 ke atas, jangan buat biasa. Lagi lagi kalau anda ada kencing manis, kolesterol tinggi, merokok, berat badan berlebihan, atau sejarah keluarga. Benda ni bukan pasal takut, ini pasal sempat.

‼️⚠️Kalau bacaan melebihi 180 untuk bacaan atas atau melebihi 120 untuk bacaan bawah, itu kecemasan. Jangan tunggu esok, jumpa doktor dengan segera.

Kalau anda dah mula cek, anda dah menang separuh. Lepas ni, cuba konsisten seminggu sekali, kurangkan garam dan makanan proses, gerak 30 minit sehari, tidur cukup, dan jaga stres.

Kalau anda keliru bacaan anda masuk kategori mana, bawa rekod bacaan dan bincang dengan doktor atau klinik kesihatan.

Address

KM 4615, Jalan Samarinda 2, Jalan Pengkalan, Taman Samarinda
Alor Gajah
78000

Opening Hours

Monday 12:00 - 21:00
Tuesday 12:00 - 21:00
Wednesday 12:00 - 21:00
Thursday 12:00 - 21:00
Friday 12:00 - 21:00
Saturday 12:00 - 21:00
Sunday 12:00 - 21:00

Telephone

+6065560184

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Komuniti Seri Pengkalan, Alor Gajah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share