Remaja KK Rembia

Remaja KK Rembia Perkhidmatan remaja kk rembia
community service
Awarded 5 stars⭐⭐⭐⭐⭐Best Practice PKMR

VIOLET , BLUE , GREEN, RED 💜💙💚❤️Violet, blue,green, redto keep me out I winThere's things I wanna say to youBut I'll jus...
28/10/2025

VIOLET , BLUE , GREEN, RED 💜💙💚❤️

Violet, blue,green, red
to keep me out
I win
There's things I wanna say to you
But I'll just let you live
- cinnamon girl (Lana Del Rey)

🌙 “Cinnamon Girl” bukan sekadar lagu — ia juga kisah tentang mencari ketenangan tanpa perlu pil.” 🎶

Kadang-kadang hidup terasa berat, dan ramai remaja cuba cari “jalan keluar” dalam pil-pil kecil yang kononnya boleh bagi rasa tenang. Tapi tenang yang datang dari dadah cuma sementara. Bila hilang, yang tinggal cuma kekosongan dan ketagihan.

Dalam lagu Cinnamon Girl, ada rasa sunyi, ada luka, tapi juga ada kekuatan untuk terus hidup dengan jujur — tanpa berpura-pura. Itu yang sebenar, itu yang kuat. 💪✨

Dalam lagu ini ada juga menyebut berkenaan warna. Tahukah anda warna-warna ini mewakili warna pill dadah?

💜 Ungu : purple heart/ purple tesla M**A/ methamphetamine kristal berwarna ungu
💙 Biru : Blue dolphin/ Blue punisher /adderall
💚 Hijau : Ectasy
❤️Merah : kokkain/adderall xr

🚫 Pil dadah bukan jalan untuk tenang.
💬 Bercakaplah, luahkan, cari muzik, seni, atau kawan yang faham.
🎧 Kadang satu lagu pun boleh selamatkan jiwa — bukan satu pil.

kredit @ video tiktok shiro.music/sammy.samh

Kebelakangan ni makin banyak berita tentang remaja hilang kawalan diri, sampai sanggup cederakan orang lain dam juga dir...
23/10/2025

Kebelakangan ni makin banyak berita tentang remaja hilang kawalan diri, sampai sanggup cederakan orang lain dam juga diri sendiri. Kita semua sedih, tapi persoalannya, di mana semua ni bermula?

Antara puncanya bermula dari cara anak dibesarkan. Bila dari kecil mereka hanya diajar untuk patuh, bukan fahami, dimarahi bila silap, dibanding bila gagal. Tak hairan bila besar mereka tak tahu cara kawal emosi sendiri.

Belum lagi pengaruh luar yang makin mencabar, media sosial, rakan sebaya, dan tekanan untuk “jadi sempurna”.

Kajian neurosains membuktikan, bila anak rasa tak didengari, bahagian otak yang kawal rasional (prefrontal cortex) jadi lemah.

Sebab tu bila marah, mereka mudah bertindak tanpa fikir panjang, bukan sebab jahat, tapi sebab emosi mereka belum matang untuk dikawal.

Penting untuk ibu bapa bantu mereka faham, bukan hanya suruh ikut. Bila mereka buat silap, tegur untuk dijadikan pengajaran. Dan bila mereka cuba perbaiki diri, hargai usaha itu walaupun belum sempurna.

Mereka ini akan membesar jadi manusia yang yakin, sihat mental, matang, dan tahu beza antara marah dan bijak mengawal diri.

kredit ya facebook

DIET?Ramai orang semangat bila mula diet, tapi lama-lama mula rasa terbeban. Ada yang stress sebab tak nampak hasil cepa...
20/10/2025

DIET?

Ramai orang semangat bila mula diet, tapi lama-lama mula rasa terbeban. Ada yang stress sebab tak nampak hasil cepat, ada yang give up bila berat naik balik.

Sebenarnya, diet bukan sekadar pasal makan. Ia berkait dengan emosi, mindset, dan sokongan sekeliling juga.

Kalau terlalu kejar “nak cepat kurus”. Kita lupa proses nak sihat tu perlukan masa.

Ingat, perubahan kecil yang konsisten lebih berharga daripada perubahan besar yang sekejap. 💚

Jika perlu nasihat pemakanan dan senaman, adik-adik boleh datang ke klinik kesihatan Rembia untuk nasihat doktor,saranan pemakanan dari pegawai pemakanan dan saranan senaman yang sihat dari pegawai jurupulih fisio

Klinik Kesihatan Rembia dibuka pada isnin- jumaat 800am-5pm (kecuali cuti am)🌸🌸

kredit artikel OH Ya

“Baru cuci rambut pagi tadi, petang dah nampak ‘salji’ atas baju hitam..”Ramai malu bila orang tegur kelemumur. Sampai a...
13/10/2025

“Baru cuci rambut pagi tadi, petang dah nampak ‘salji’ atas baju hitam..”
Ramai malu bila orang tegur kelemumur. Sampai ada yang elak takmau pakai baju gelap.
Tapi tahu tak? Masalah ni bukan sebab malas jaga kebersihan semata-mata.

📌 Kulat Malassezia sebenarnya wujud pada hampir semua kulit kepala. Ia hanya jadi masalah bila kulit berminyak berlebihan atau imuniti badan lemah.
📌 Diet rendah zat besi, zink, dan vitamin B boleh mencetuskan kelemumur. Sebab itu orang yang kerap diet ketat mudah ada masalah kulit kepala.
📌 Stres kronik ubah hormon ➝ tingkatkan minyak di kulit kepala ➝ makanan “favourite” kulat kelemumur.
📌 Air panas yang terlalu kerap digunakan ketika mandi boleh keringkan kulit kepala dan buat kelemumur lebih teruk.

Apa yang boleh dibuat dengan lebih bijak?
✅ Guna syampu anti-kelemumur 2–3 kali seminggu, bukan setiap hari. Hari lain guna syampu lembut supaya kulit tidak iritasi.
✅ Tambah makanan kaya zink, zat besi, dan vitamin B (contoh: kekacang, bayam, ikan).
✅ Urut kulit kepala ketika mencuci – bantu aliran darah & kurangkan pengumpulan sel mati.
✅ Kurangkan guna air terlalu panas ketika mandi.
Kelemumur bukan soal kebersihan semata-mata, tapi tanda keseimbangan kulit & tubuh sedang terganggu.

KREDIT OH Ya

TIPS SIHAT HARI INI💪Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.🤩Pastikan air kosong boleh didapati pada bila2 masa.🍶 Minum a...
06/10/2025

TIPS SIHAT HARI INI

💪Minum 6-8 gelas air kosong setiap hari.
🤩Pastikan air kosong boleh didapati pada bila2 masa.
🍶 Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak berasa dahaga.
🤟Bekalkan air kosong kepada anak2 anda untuk di bawa ke mana-mana.
❤ Minum 2 gelas air sebagai tambahan apabila anda melakukan aktiviti fizikal bagi menggantikan air yang hilang semasa berpeluh.

JOM SIHAT.

KREDIT @ TELEGRAMSIHAT MILIKKU

Ramai orang biar stres jadi ‘tuan’. Lama-lama, kesihatan fizikal dan mental pun merana. Sebenarnya ada cara mudah untuk ...
02/10/2025

Ramai orang biar stres jadi ‘tuan’. Lama-lama, kesihatan fizikal dan mental pun merana. Sebenarnya ada cara mudah untuk kawal stres – teknik 4A:

✅ Avoid (Elakkan)
Kenal pasti punca stres → cuba jauhkan kalau boleh.
Contoh: tahu kalau sembang dengan orang negatif buat mood rosak, belajar letak jarak.

✅ Alter (Ubah)
Kalau tak boleh elak, ubah cara kita tangani situasi.
Contoh: kerja menimbun, bos asyik tambah tugasan → cuba susun priority & berbincang.

✅ Accept (Terima)
Ada perkara memang di luar kawalan kita.
Contoh: Traffic jam waktu balik kerja tu memang takkan hilang → reda je lah, pasang lagu favourite.

✅ Adapt (Sesuai diri)
Tukar cara fikir & perspektif.
Contoh: Harga barang naik → belajar tukar jenama yang lebih murah atau masak sendiri di rumah.
Ingat, kawal stres bukan untuk buang semua masalah, tapi belajar urus emosi supaya hidup lebih tenang.
Cuba komen, bagaimana anda tangani stres?

kredit OH Ya

Remaja Malaysia makan serat purata hanya 2.8 – 3.1g sehari.Kajian MyHeARTs Universiti Malaya tunjuk jumlah ini tak sampa...
29/09/2025

Remaja Malaysia makan serat purata hanya 2.8 – 3.1g sehari.
Kajian MyHeARTs Universiti Malaya tunjuk jumlah ini tak sampai 10% pun daripada saranan WHO (25 – 40g sehari).
Bayangkan usus anda bekerja setiap hari tanpa “pelincir” yang cukup.
Hari ini mungkin hanya sembelit… Esok lusa boleh jadi serangan jantung.
Dua jenis serat yang anda selalu abaikan
1. Serat larut air – lambatkan penghadaman, lembutkan najis, bantu kawal kolesterol.
(Contoh: oat, barli, jagung, pisang, epal dengan kulit)
2. Serat tidak larut air – tambah j***m najis, percepatkan pergerakan usus.
(Contoh: bijirin, kekacang, sayur-sayuran)
Berapa sebenarnya yang badan anda perlukan setiap hari?
✅ Wanita: 21 – 25g
✅ Lelaki: 30 – 38g
Kurang serat bukan sekadar sembelit. Ia boleh jadi pencetus kepada penyakit kronik.
Mulakan hari ini. Tambah buah, sayur dan bijirin penuh dalam setiap hidangan anda.

KREDIT OH Ya

25/09/2025
22/09/2025

Remember
if you dont work hard today
you will have to work hard twice when you were older
Life was never fair
it is your job to determine your future

18/09/2025

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk kita

Cuma kita hanya akan fahami kemahuan ibu bapa bila kita sudah besar nanti

kredit @ tiktok soul_refuge

🌟 Program Jom Cakna Makan Bersama Pelajar SK RumbiaTarikh: 9 September 2025Anjuran: Unit Remaja, Klinik Kesihatan Rembia...
12/09/2025

🌟 Program Jom Cakna Makan Bersama Pelajar SK Rumbia

Tarikh: 9 September 2025
Anjuran: Unit Remaja, Klinik Kesihatan Rembia
Lokasi: SK Rumbia

Salam sejahtera semua,
Sudah sekian lama laman Remaja KK Rembia tidak dikemaskini — dan kali ini kami tampil dengan sedikit sorotan menarik daripada salah satu program yang telah berjaya dilaksanakan!

Pada 9 September 2025 yang lalu, Unit Remaja Klinik Kesihatan Rembia telah menjalinkan kerjasama bersama pihak Sekolah Kebangsaan Rumbia melalui penganjuran Program ‘Jom Cakna Makan’, yang melibatkan pelajar berumur antara 10 hingga 12 tahun.

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif awal dalam usaha membentuk kesedaran berkaitan pemakanan sihat serta gaya hidup aktif dalam kalangan remaja. Seperti yang diketahui umum, isu kurang berat badan dan berat badan berlebihan dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan — seringkali berpunca daripada pemakanan tidak seimbang serta kurangnya penglibatan dalam aktiviti fizikal.

🎯 Objektif utama program ini merangkumi:

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang lima kelas makanan serta piramid makanan.

Merangsang deria sensori pelajar melalui pengenalan kepada pelbagai tekstur dan jenis makanan.

Menyediakan demonstrasi penyediaan makanan sihat yang mudah, enak dan tinggi nilai nutrisi, secara berkumpulan.

Memperkenalkan konsep Pinggan Sihat Malaysia (Suku-Suku Separuh) sebagai panduan pengambilan makanan harian.

Menggalakkan pelajar menjalani gaya hidup aktif melalui pengenalan kepada pelbagai jenis senaman fizikal.

Diharapkan program sebegini dapat memberi impak positif dan berkekalan dalam membentuk tabiat pemakanan sihat serta amalan gaya hidup seimbang dalam kalangan generasi muda.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memberikan kerjasama penuh dalam menjayakan program ini.






Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

Address

Alor Gajah
78000

Telephone

+6063161076

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Remaja KK Rembia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Remaja KK Rembia:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram