BEKAM ANGIN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN BEKAM DARAH Perkhidmatan Bekam lelaki kewsn Alor setar,jitra, kuala kedah , pendang, Pokok sena, kuala nerang

10/04/2025

Bekam

18/12/2024

Darah bekam perokok

09/12/2024

Kabaikan bekam

22/11/2024

APAKAH TITIK QOMAHDUAH ITU.?

Nabi SAW pernah menyebut bahawa bekam adalah salah satu dari 3 pengubatan yang boleh menyembuhkan. ini bermakna, Baginda telah mengiktiraf bekam boleh memberikan kebaikkan pada kesihatan manusia jika diamalkan secara berterusan.

Jika bekam tidak mampu menyembuhkan, mengapakah Baginda sendiri telah berbekam beberapa kali dalam waktu yang berbeza?

Adakalanya ketika nabi berpuasa, ada juga ketika Baginda merasa sakit kepala yang amat sangat akibat terlalu panas terik. Para sahabat yang melihat Nabi SAW berbekam, telah mendengar ucapan Baginda tentang kebaikkan berbekam. Antaranya seperti: Sabda Rasulullah SAW:
عليکم بالحجامة في جوزة القمحدوة فانه دواء من اثنتين وسبعين داء
“Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan dengan bekam di Qomahduah (satu titik di bahagian belakang kepala) kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat bagi 72 jenis penyakit.”
(HR Thabroni)

Justeru, kepada kawan-kawan yang dihormati semua, sebagai umat Nabi SAW hendaklah melakukan Pengubatan Bekam ini. Selain kesihatan, PAHALA juga akan kita perolehi.

Semoga dengan kita melakukan bekam ini, Nabi SAW akan senyum kepada kita semasa didalam SYURGA kelak, kerana telah mengamalkan SUNNAH-nya

15/10/2024

🩸𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈 SUNNAH 𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈 SUNNAH 𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈 SUNNAH 🩸

📌Harga murah
📲Untuk temujanji boleh whatsapp:
>>www.wasap.my/60193459551/bekamdarah
📌 Lelaki sahaja

🏡Bekam terus ke rumah anda atau ke rumah saya
📋Kawasan :Alor setar, Jitra, Kuala Kedah,Pokok Sena,Pendang, kuala nerang,kubur panjang,mergong, kota sarang semut,yan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490950193144463&id=100066884588213&mibextid=Nif5oz

15/10/2024
BEKAM WAJAHBekam wajah dibuat disekitar muka seperti dahi, pelipis mata, p**i dan dagu.  Membantu atasi masalah seperti ...
15/10/2024

BEKAM WAJAH

Bekam wajah dibuat disekitar muka seperti dahi, pelipis mata, p**i dan dagu. Membantu atasi masalah seperti jerawat, resdung, gatal-gatal muka, wajah kusam, rabun, sakit kepala, sakit gigi/gusi dan bisul.

BEKAM KEPALA TANPA CUKUR RAMBUTBekam kepala dibuat di sekitar atas kepala mengikut keperluan sakit tanpa dicukur.  Sesua...
15/10/2024

BEKAM KEPALA TANPA CUKUR RAMBUT

Bekam kepala dibuat di sekitar atas kepala mengikut keperluan sakit tanpa dicukur. Sesuai untuk sakit kepala, migrain, masalah gangguan, darah tinggi, alegic gatal2, sakit gigi, masalah mata dan masalah ingatan.

03/10/2024

𝙎𝙀𝙅𝘼𝙍𝘼𝙃 𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈

SEJARAH PERKEMBANGAN BEKAM DAHULUKALA HINGGA KINI

Bekam sudah dikenali sejak 4,000 tahun sebelum Masihi, iaitu kerajaan Sumeria, kemudian terus berkembang sampai negeri Babylon, kerajaan Mesir kuno, negeri Saba', dan kerajaan Parsi. Alat yang digunakan pun sangat tradisional yakni tanduk kerbau/lembu, tulang unta, gading gajah dan buluh.

Di Mesir, bekam sudah bermula sejak zaman kekuasaan Fir’aun, sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi. Pada masa kekuasaan Fir’aun Ramses II kira-kira 1,200 tahun sebelum Masihi, secara tidak sengaja pada masa itu banyak orang-orang yang dilempari batu lalu terjadi lebam bengkak. Setelah dikeluarkan darahnya, banyak yang sembuh penyakitnya.

Perubatan bekam juga sudah umum dipakai para tabib di sana bersama-sama dengan jenis perubatan lainnya. Dalam melakukan bekam, para tabib memakai pedoman titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Dalam menentukan titik-titik itu, mereka menggunakan pedoman dalam lembaran papyrus. Di dalamnya telah digambarkan titik-titik ath-tho’ atau at-ta’ ataupun tun, namun belum lengkap. Tiada perbezaan antara titik-titik besar dan titik-titik kecil. Gambar tersebut digunakan para tabib untuk pedoman perubatan.

Disebutkan oleh Curtis N, J (2005), dalam artikel "Management of Urinary Tract Infections: Historical Perspective And Current Strategies: Part 1-before Antibiotics. Journal of Urology". 173(1):21-26, January 2005 bahwa catatan buku teks kedoktoran tertua Ebers Papyrus yang ditulis sekitar tahun 1,550 sebelum Masihi di kerajaan Mesir kuno menyebutkan masalah berkenaan bekam.

Pada zaman Nabi Yusuf di Mesir terdapat kaum Bani Israil. Di antara mereka ada yang terkenal sebagai ahli perubatan dengan bekam ini. Namun, hanya orang-orang tertentu yang berubat dengan menggunakan kaedah ini.

Di Parsi, yang berkuasa sekitar 3,000 tahun sebelum Masihi, bekam berkembang bersama pengobatan fashid, iaitu perubatan untuk mengeluarkan darah dari tubuh. Bekam juga sudah ada di daerah Suriah dan Iskandariyah bersama pengobatan fashid, kay, pembedahan, ramuan herba, tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian, bunga, dan getah-getahan. Pada saat itu, para tabib menggunakan bekam untuk perubatan para raja. Tabib-tabib terkenal hanya menurunkan ilmu perubatannya kepada murid-murid terpilih.

Di China, bekam berkembang sekitar 2,500 tahun sebelum Masihi sebelum berkuasanya Dinasti Yao. Kaedah bekam berkembang dengan berdasarkan titik-titik akupuntur. Pada zaman China Kuno, seorang herbalis bernama Ge Hong (tahun 281-341 Masihi) dalam bukunya "A Handbook of Prescriptions for Emergencies" menggunakan tanduk haiwan untuk membekam/mengeluarkan bisul yang disebut teknik “jiaofa” sedangkan di masa Dinasti Tang, bekam dipakai untuk mengubati TBC [tuberculosis] paru-paru .

Pada kurun abad ke-18 (abad ke-13 Hijriyah), orang-orang di Eropah menggunakan lintah (al-‘alaq) sebagai alat untuk bekam (dikenal dengan istilah Leech Therapy) dan masih dipraktikkan sampai sekarang.

Hippocrates (tahun 460-377 sebelum Masihi), Celsus (tahun 53 sebelum Masihi-7 Masihi), Aulus Cornelius Galen (tahun 200-300 Masihi) mempopularkan cara pembuangan secara langsung dari pembuluh darah untuk penyembuhan di zamannya. Dalam melakukan teknik perubatan tersebut, jumlah darah yang dikeluarkan cukup banyak sehingga banyak pesakit yang pitam. Cara ini juga sering digunakan oleh orang Rom, Yunani, Byzantium dan Itali oleh para rahib yang meyakini akan keberhasilan dan khasiatnya.

Pengeluran darah pada zaman Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wasallam menggunakan alat sedutan diperbuat dari tulang unta (Lahyil jamal) dengan sayatan menggunakan syafrah (شفرة) yakni pisau besi yang hujungnya tirus tanpa pemegang bermata satu atau dua. Kaedah ini sangat dikenali dan dianjurkan oleh Rasulullah shollallaahu ‘alaihi wasallam hingga saat ini.

Pada masa perkembangan Islam sekitar tahun 30 Hijriyah di Baghdad, bekam merupakan perubatan yang paling maju ketika itu. Mereka menggunakan bekam bersama al-kayy, fashid, dan bekam jubb, iaitu bekam yang khusus terbuat dari gelas kaca yang indah. Pisaunya pun khusus, bentuknya kecil dan tajam. Pisau itu direbus dulu untuk disterilkan. Para juru bekamnya pun bermacam-macam, dari yang hanya belajar turun-temurun, pembekam jalanan, hingga ahli bekam yang berpendidikan tinggi seperti di akademi kedoktoran Jundi Syahpur, daerah Harran, Syam, mahupun di Iskandariah, Mesir. Kerana itu, bekam dan fashid yang dilakukan berdasarkan ilmu kedoktoran ketika itu sangat berbeza dengan bekam yang dilakukan para juru bekam yang tidak berpendidikan kedoktoran.

sumber : Dr. Wadda’ Amani Umar "Sembuh Dengan Satu Titik: Al-Qowam"

03/10/2024

𝘿𝘼𝙇𝙄𝙇 𝘽𝙀𝙍𝙆𝘼𝙄𝙏𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈

DALIL HADIS RASULULLAH SHOLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM BERKENAAN BEKAM

1. Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan." (Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

2. Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu" (Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

3. Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit [kay]. Dan aku membenci pembakaran [kay]" (Riwayat Imam Ahmad)

4. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri [kayu Hindi]" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

5. Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik alat yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz" (Kasyful Atsaar 'an Zawaaa-idil Bazaar)

6. Dari Abu Kabsyah al-'Anmari radhiyallahu 'anhu, bahawa Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam di bahagian tengah kepalanya dan di antara kedua bahunya. Dan Baginda bersabda: "Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak ada mudharat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu" (Shahih Sunan Abi Dawud dan Jaami'ul Ushuul)

7. Diriwayatkan oleh Ibnu Sunni dan Abu Nu'aim, Nabi Muhammad shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kalian harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan 70 penyakit"

8. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, dia bercerita: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika terjadi panas memuncak, maka neutralkannya dengan berbekam sehingga tidak berlaku darah tinggi pada seseorang dari kalian yang akan membunuhnya" (Riwayat al-Hakim).

9. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, dia bercerita: "Nabi Allah shollallahu 'alahi wasallam bersabda: "Sebaik-baik hamba adalah tukang bekam, mengeluarkan darah dan meringankan tulang rusuk serta memperjelaskan pandangan." (Sunan Ibnu Majah)

10. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu, berkata: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram" (Riwayat Bukhari)

11. Dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu, berkata: “Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)

12. Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, berkata: "Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa" (Riwayat Bukhari)

13. Dari 'Abdullah bin Buhainah radhiyallahu 'anhu, berkata: “Rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (Riwayat Bukhari)

14. Dari Jabir radhiyallahu 'anhu : “Nabi shollallahu 'alaihi wasallam pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung” (Sahih Ibnu Khuzaimah)

03/10/2024

𝙆𝙀𝙇𝙀𝘽𝙄𝙃𝘼𝙉 𝘽𝙀𝙍𝘽𝙀𝙆𝘼𝙈

beberapa khasiat berbekam:

Menyihatkan tubuh badan.
Mengimbangkan daya ketahanan badan.
Menghilangkan keletihan dan penat badan.
Menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan.
Mengurangkan risiko sakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Meringankan sistem ‘kerja’ hati, limpa dan buah pinggang.
Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
Mengurangkan risiko penyempitan salur darah.
Membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain.
Membuang darah bertoksik dan membuang segala gangguan makhluq halus.
Membantu menghilangkan pening dan migrain.
Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
Membantu memulihkan ketegangan urat leher, urat belikat, urat pinggang dan urat sendi di kaki.
Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

Address

Alor Setar

Telephone

+60193459551

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BEKAM ANGIN BEKAM DARAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share