
09/06/2022
Arabic Gum, Apa khasiat dan kebaikan nya?
Apakah Prebiotik? Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Perlu diketahui bahawa gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
Kesemua prebiotik adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik.
Bakteria di dalam usus akan menjalankan proses penapaian untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada penapaian itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber itu juga akan menggalakkan pembiakkan bakteria baik di dalam usus.
Bukan itu sahaja, proses penapaian tersebut juga akan menghasilkan rantaian pendek asid lemak (Short chain fatty acid) yang sangat bermanfaat bagi manusia. 3 jenis asid lemak yang selalu dihasilkan adalah acetate, butyrate dan propionate. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.
Beberapa kelebihan gam arab yang bertindak sebagai Prebiotik
- Mengurangkan keradangan pada bahagian usus. Oleh itu, ia boleh mengurangkan serangan penyakit Inflammatory bowel disease
- Sedikit sebanyak melindungi usus daripada terkena kanser usus
- Meningkatkan kadar penyerapan garam galian seperti kalsium dan magnesium
- Mengurangkan faktor risiko untuk kena sakit jantung dan strok
- Menyebabkan rasa kenyang. Oleh itu, ia boleh menyebabkan pengurangan berat badan dan boleh mengelakkan obesiti
Sumber: Dr. Latif Saad, The Diagnosa