Penubuhan Mediklinik Rakyat Cawangan Alor Setar merupakan inisiatif Dr Naim bin Sarfaraz Ahmad setelah hampir dua tahun lebih aktif berkhidmat di Klinik Kesihatan KKM dan juga Locum di klinik swasta sekitar Kedah dan Perlis (Kangar, Arau, Jitra, Alor Setar, Pendang, Sungai Petani).
Setelah melihat suasana sistem yang sedia ada sama ada di klinik kerajaan mahupun swasta, kami sudah mengenal pasti sudut-sudut yang dapat diperbaiki dan mampu diberikan nilai tambah untuk kebaikan dan keselesaan pesakit-pesakit sekitar negeri Kedah dan Perlis.
Bermula operasi pada Oktober 2019, klinik kami diuruskan oleh 2 orang doktor bertugas iaitu :
1) Dr Naim bin Sarfaraz Ahmad : Perubatan Am, Urat dan Sendi, Pembedahan Minor dan Kemalangan, Kesihatan Pekerjaan
2) Dr Nur Zahidah binti Hosman : Wanita dan Psikiatri
Klinik kami memberikan perkhidmatan yang menyeluruh kepada pesakit tidak mengira usia; kanak-kanak, dewasa, warga emas, lelaki dan wanita.
Bertempat di Lot 5A, Aras Bawah, Kompleks Perniagaan Ampang (Ampang Business Center), klinik ini akan beroperasi untuk tempoh masa yang panjang ;
Dibuka setiap hari ; 8.00 am sehingga 11.00 pm
Termasuk cuti umum
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di klinik kami adalah rawatan bagi penyakit akut dan kronik, pemeriksaan kanak-kanak dan ibu mengandung (scan), pemeriksaan darah dan air kencing segera, pemeriksaan jantung, pemeriksaan xray (akan datang), rawatan nebulizer (gas), cucian dan jahitan luka, cucian mata dan telinga, rawatan bagi masalah kulit (termasuk jerawat, jeragat, ketuat), rawatan stroke, urat dan sendi, sunat (kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta lelaki dewasa), imunisasi (haji, umrah, typhoid dan tetanus toxoid) dan lain-lain lagi.
LATAR BELAKANG DOKTOR
Dr Naim Ahmad;
KELULUSAN
1. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBCh), Egypt (2008-2014)
2. Occupational Health Doctors (OHD) di National Institute of Safety and Health (NIOSH) (2018-2019)
3. Medical Review Officer di Academy of Occupational and Environmental Medicine Malaysia (AOEMM) (2019)
PENGALAMAN:
1. Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah selama dua tahun dengan pengalaman bertugas di Jabatan Perubatan Am, Pembedahan, Ibu mengandung dan Sakit Puan, Paediatrik (Kanak-Kanak), Ortopedik (Tulang), Kecemasan dan Respiratori (2016-2017)
2. Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Kangar (2017-2019)
3. Locum di Jabatan Kecemasan Hospital Pakar Perubatan KPJ Perlis (2018-2019) dan Hospital Pakar Putra Medical Centre (2018-2019)
4. Locum di Klinik sekitar Arau, Kangar, Jitra, Alor Star, Sungai Petani (2017-2019)
Dr Nur Zahidah Hosman ;
KELULUSAN
1. Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBCh), Egypt (2008-2014)
2. Sedang melanjutkan pengajian latihan kepakaran dalam program โGraduate Certificate of Family Medicineโ, di bawah Academy of Family Physician Malaysia.
PENGALAMAN
1. Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah selama dua tahun dengan pengalaman bertugas di Jabatan Perubatan Am, Pembedahan, Ibu mengandung dan Sakit Puan, Paediatrik (Kanak-Kanak), Ortopedik (Tulang), Sakit Mental (Psychiatric) dan Respiratori (2016-2017)
2. Bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Arau (2018-kini). Terlibat secara aktif sebagai Pegawai Perubatan Incas bagi Program Perawatan Mental dan juga Perawatan Domisiliari di KK Arau.