GICare SDN BHD

GICare SDN BHD SUPPLIER AND WHOLESALERS OF MEDICINES AND MEDICAL EQUIPMENT

Pernah tak semasa sedang berehat atau hampir nak tidur, tiba-tiba kaki rasa kebas, seperti dicucuk-cucuk, sakit, atau ga...
09/10/2024

Pernah tak semasa sedang berehat atau hampir nak tidur, tiba-tiba kaki rasa kebas, seperti dicucuk-cucuk, sakit, atau gatal sehingga membuatkan anda rasa gelisah?

Keadaan ini selalunya hilang bila anda mula menggerakkan kaki atau menggocangkannya, tapi kesannya? Tidur anda terganggu dan keletihan keesokan harinya.

Jika ini berlaku secara berterusan, anda mungkin mengalami Restless Leg Syndrome (Sindrom Kaki Gelisah) – sejenis masalah saraf yang puncanya tidak diketahui dengan jelas.

Apa yang boleh anda lakukan?

• Elakkan kopi dan rokok sebelum tidur.
• Amalkan senaman regangan, lakukan urutan kaki, dan rendam kaki dalam air suam.

Jangan biarkan kaki anda ‘merajuk’ setiap malam! Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya.

Apple vinegar is nutritious because it contains acetic acids, enzymes, and probiotics that provide various health benefi...
05/08/2024

Apple vinegar is nutritious because it contains acetic acids, enzymes, and probiotics that provide various health benefits.

Acetic Acid is a key component that helps improve insulin sensitivity, regulate blood sugar, and support weight loss.

It also contains good bacteria that support intestinal health and digestion. Besides that it is rich in antioxidants that eliminate free radicals in the body
!! ️ But be careful, make sure the apple vinegar is dissolved because it can cause tooth damage. Seek doctor's advice first.

Non woven swabs are often used for wound dressing as they provide good conformability and thermal insulation compared to...
05/08/2024

Non woven swabs are often used for wound dressing as they provide good conformability and thermal insulation compared to gauze swabs.
Due to being a Poly rayon Blend, Non-Woven gauze sponges are less linting and ideal for Dialysis, Plastic Surgery, and Dermatology settings.

Mucus Extractor To aspire the secretion from oropharynx in new born babies to ensure free respiratory tract. To obtain m...
04/08/2024

Mucus Extractor To aspire the secretion from oropharynx in new born babies to ensure free respiratory tract. To obtain mucus secretion specimen for microbiological examination.

FEATURES: Seperate screw top lid for safe sealing and handling of aspirate.
Clear and strong specimen container.
Spare plugs cap is provided to seal the container for safe transportation of specimen to the laboratory as aseptic disposable of container.
Capacity: 25ml.
Finger-tip vacuum control to prevent mucus trauma on babies.
Also available with thumb control suction catheter.
Sterilized by Ethylene Oxide (EtO).
Individually peel packed, Sterile,

Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke DoktorTerdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang me...
28/07/2024

Sering Sakit Kepala? Kenali 4 Jenis Utama dan Bila Harus ke Doktor

Terdapat lebih daripada 150 jenis sakit kepala yang mempunyai karakteristik, punca, dan rawatan yang berbeza. Di bawah ini, kita akan melihat 4 jenis sakit kepala yang paling umum:

Migrain
Migrain dicirikan oleh sakit kepala berdenyut yang biasanya terjadi di satu bahagian kepala. Ia sering diiringi oleh loya, muntah, dan sensitiviti terhadap cahaya dan bunyi. Penghidap migrain mungkin mengalami gangguan penglihatan yang dikenali sebagai aura sebelum serangan sakit kepala bermula.

Sakit Kepala Tegang (Tension Headache)
Sakit kepala tegang adalah yang paling biasa berlaku dan dirasai seperti tekanan atau ketegangan di sekitar kepala. Ia sering disebabkan oleh tekanan atau ketegangan otot di leher dan bahu. Sakit kepala ini biasanya tidak disertai dengan gejala lain seperti loya.

Sakit Kepala Kluster (Cluster Headache)
Sakit kepala kluster adalah jenis sakit kepala yang sangat menyakitkan dan sering digambarkan sebagai rasa terbakar atau menikam di satu bahagian kepala, biasanya sekitar mata. Gejalanya mungkin termasuk mata merah, berair, dan hidung tersumbat pada bahagian yang sakit. Serangan sakit kepala kluster boleh berlaku beberapa kali sehari dalam tempoh berminggu-minggu atau berbulan-bulan.

Sakit Kepala Sinus (Sinus Headache)
Sakit kepala sinus disebabkan oleh keradangan atau jangkitan pada sinus. Gejalanya termasuk sakit di wajah, hidung tersumbat, dan kadangkala demam. Kesakitan ini sering bertambah teruk apabila anda menundukkan kepala atau bangun dari tidur.

Bila Harus Berjumpa Doktor?
Anda perlu mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala berikut:

Sakit kepala yang tiba-tiba dan sangat teruk.
Kanak-kanak yang sering mengadu sakit kepala.
Sakit kepala disertai dengan gangguan penglihatan, kekeliruan, hilang keseimbangan, atau masalah pertuturan.
Sakit kepala dengan rasa kebas atau lemah.
Sakit kepala yang disertai demam, sawan, atau pengsan.
Sakit kepala dengan ketegangan di tengkuk dan ruam.

🎊Happy Muharram To All Muslim In Malaysia🎊
08/07/2024

🎊Happy Muharram To All Muslim In Malaysia🎊

Elakkan terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan Jangkitan Paru Paru Merpati atau “pigeon lung”Peny...
02/07/2024

Elakkan terdedah kepada najis burung merpati kerana boleh menyebabkan Jangkitan Paru Paru Merpati atau “pigeon lung”Penyakit ini boleh berlaku apabila spora kulat atau bakteria dari najis burung disedut dan masuk ke dalam paru-paru.

Kuman kulat Histoplasma capsulatum yang terdapat dalam najis burung menyebabkan gejala demam, batuk, letih, dan dalam kes yang teruk, jangkitan paru-paru yang kronik.

Selain itu boleh ada jangkitan Cryptococcus neoformans & Psittacosis (Ornithosis). Sebab itu perlu elakkan memberi makanan kepada burung merpati atau berlari ke arah kumpulan merpati. Jika anda membersihkan najis burung, pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga kebersihan.

Pesakit gout perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan yang tinggi purin kerana purin boleh meningkatkan kadar asid ...
30/06/2024

Pesakit gout perlu berhati-hati dengan pengambilan makanan yang tinggi purin kerana purin boleh meningkatkan kadar asid urik dalam darah, yang boleh mencetuskan serangan gout.

‼️Ikan bilis adalah antara makanan yang tinggi purin dan oleh itu tidak disarankan untuk pesakit gout.

Sebagai alternatif, pesakit gout boleh memilih ikan yang rendah purin seperti ikan tenggiri, ikan kod, atau ikan salmon, tetapi dalam jumlah yang sederhana.

Mengurangkan pengambilan makanan laut dan makanan yang diproses serta mengamalkan diet yang kaya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, dan bijirin penuh dapat membantu mengawal kadar asid urik dan mencegah serangan gout.

Bayi/ kanak kanak yang tidur dan terbaring sepanjang hari BUKAN tanda dia ingin berehat. Ia adalah tanda amaran yang men...
29/06/2024

Bayi/ kanak kanak yang tidur dan terbaring sepanjang hari BUKAN tanda dia ingin berehat. Ia adalah tanda amaran yang menunjukkan anak tidak sihat dan mungkin memerlukan pemeriksaan.

Akibat hanya tidur sepanjang hari, kanak kanak akan kurang makan dan minum. Keadaan ini akan memburukkan situasi dehidrasi dan menyebabkan kanak kanak semakin tidak bermaya.

Tubuh bayi dan kanak kanak sangat kecil berbanding orang dewasa. Jika mereka alami gejala muntah cirit, mereka lebih mudah alami dehidrasi dan alami komplikasi serius.

Senaman pernafasan adalah cara yang efektif untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental kita. Berikut...
28/06/2024

Senaman pernafasan adalah cara yang efektif untuk mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental kita. Berikut adalah beberapa teknik pernafasan yang menyeronokkan dan mudah untuk dicuba:

1. Teknik Pernafasan Bee

- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, buat bunyi mendengung seperti lebah (“hmmm”) dengan mulut tertutup.

2. Teknik Pernafasan Naga

- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, bayangkan anda mengumpulkan tenaga seperti naga.
- Ketika menghembus nafas, buka mulut dan lepaskan nafas dengan bunyi kuat seperti naga menghembus api.
- Ulangi beberapa kali untuk melepaskan stres dan ketegangan.

3. Teknik Pernafasan Buih Sabun

- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup buih sabun perlahan-lahan melalui mulut.
- bayangkan buih sabun yang lembut terbang perlahan, bawa bersama segala tekanan dan kekhawatiran anda.

4. Teknik Pernafasan Kek Harijadi

- Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung.
- Ketika menghembus nafas, bayangkan anda meniup lilin pada kek harijadi.
- Lakukan ini perlahan-lahan, bayangkan setiap hembusan membawa keluar satu lilin, dengan keinginan untuk tahun yang lebih baik.

Ambil masa sejenak setiap hari untuk menjaga kesihatan mental anda. 🌟

Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit. Ini buk...
26/06/2024

Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit.

Ini bukan kali pertama dia tercedera ringan semasa menyiang udang / ikan. Selepas pendarahan berhenti, beliau terus menyambung melakukan tugas rutin seperti biasa.

Keesokan harinya lelaki malang ini mula alami gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman. Dia segera ke hospital dan di jabatan kecemasan doktor mengesahkan dia menghidap Necrotizing Fascitis iaitu sejenis jangkitan kuman SERIUS.

Tidak sampai beberapa jam, jarinya bertukar menjadi lebih hitam tanda bakteria itu sudah mula memakan daging di hujng jaringa. Ya, bakteria ini juga dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging” .

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan bakteria. Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan! Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.

Pesakit ini bertuah kerana dia datang ke hospital awal. Jika lewat, mungkin nyawanya terancam. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi apa yang lebih penting, nyawanya dapat diselamatkan.

Bakteria yang sering ada di haiwan laut ini namanya Vibrio Vulnifikus. Ia menjangkiti manusia apabila tercedera semasa menyiang ikan/ udang. Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.

Pengajaran

✔️ Elakkan kecederaan semasa menyiang ikan / udang

✔️ Pakai sarung tangan utk elak cedera

✔️ Jika terluka, basuh dengan air sabun deangan cepat. Jangan picit atau ikat hujung jari

✔️ Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;✔️ Mengurut terlalu aw...
25/06/2024

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) , kalau boleh, elakkan ;

✔️ Mengurut terlalu awal
✔️ Menyapu minyak panas

Ia akan akibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.

Langkah yang disarankan adalah dengan.

1. Berehat
Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais batu
Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan. Tetapi elakkan meletakkan ais secara berterusan, ia akan menggangu peredaran darah dan boleh akibatkan frostbite

3. Compress atau balut.
Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat

4. Tinggikan bahagian yang tercedera dengan letakkan ditempat yang lebih tinggi seperti atas kerusi dan timbunan bantal.

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika kesakitan semakin serius

Address

No 144, Jalan Shahab 8, Shahab Perdana
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 16:00

Telephone

+6047308089

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GICare SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to GICare SDN BHD:

Share