02/11/2025
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐๐ข๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐๐ฅ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ ๐๐ฌ๐๐ก๐๐ฐ๐๐ง (๐๐๐๐๐) 2
25 & 26 ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ 2025
๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฅ๐ฅ, ๐๐๐ง๐ ๐ข ๐๐ฏ๐๐ง๐ฎ๐ ๐๐จ๐ง๐ฏ๐๐ง๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐๐๐ง๐ญ๐ซ๐
Program PANDU 2 telah berlangsung dengan penuh meriah dengan menghimpunkan 60 orang Aafiyat Consultant (AC) dan Olive House Elite Store dari seluruh negeri dalam satu platform pembelajaran strategik yang menggabungkan elemen ilmu, spiritual dan jaringan profesional.
Selama dua hari, peserta diperlengkapkan dengan empat modul utama yang dibangunkan khusus untuk memperkasa prestasi dan kepimpinan keusahawanan Aafiyat.:
1๏ธโฃ MBTI & Influencing Skills โ Memahami personaliti diri serta membina keupayaan mempengaruhi dengan lebih berkesan.
2๏ธโฃ Overall Store Effectiveness (OSE) โ Menilai Availability, Performance & Quality untuk meningkatkan hasil jualan dan pengalaman pelanggan.
3๏ธโฃ Estimating Market Size (TAM, SAM, SOM) โ Mengenal pasti potensi pasaran dan peluang pengembangan perniagaan melalui pendekatan analisis strategik.
4๏ธโฃ Leading Team with EQ โ Membina kepimpinan berasaskan Emotional Intelligence bagi mengurus pasukan dengan empati dan kecekapan emosi.
Kemuncak program ini turut diserikan dengan sesi Live bersama Presiden Aafiyat, Ustaz Aidil Azwal Zainudin, yang berkongsi pandangan mendalam tentang bagaimana usahawan Aafiyat perlu beradaptasi dengan perubahan dunia perniagaan.
Program ini bukan sekadar platform latihan, tetapi satu perjalanan membina komuniti usahawan yang berintegriti, berdaya saing dan berpaksikan nilai Aafiyat.
Terima kasih kepada semua peserta, tenaga penggerak dan fasilitator yang menjayakan .