Poliklinik Nusantara Alor Setar

Poliklinik Nusantara Alor Setar Klinik Perubatan Dan Pembedahan Di Alor Setar, Kedah.

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu bukan kerana tiada pesakit, tapi kerana seorang tidak kembali. Mesin masih be...
10/09/2025

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu bukan kerana tiada pesakit, tapi kerana seorang tidak kembali. Mesin masih berbunyi, jarum masih menusuk lengan pesakit lain, darah masih berpusing dalam tiub lutsinar. Di luar kaca, seorang anak kecil melambai perlahan pada ayahnya yang terikat empat jam setiap sesi. Mereka dah hafal tempoh menunggu, tiga kali seminggu, tanpa gagal.
Lelaki itu dulu sihat. Umur baru empat puluh. Kerja kuat, badan tegap. Sakit belakangnya ditelan dengan pil tahan sakit yang dibeli macam gula-gula. Air kosong? “Minum sikit pun cukup,” katanya. Malam ada mi segera, hujung minggu ayam goreng, air manis jadi kebiasaan. Dia tak pernah terfikir dua organ kecil dalam tubuhnya sedang reput perlahan-lahan.
Sampai satu hari muka jadi sembap. Kaki berbekas bila ditekan. Kencing berbuih macam sabun. Dia fikir itu penat. Hospital fikir itu amaran. Bila akhirnya buat ujian darah, doktor hanya menggeleng.
“Buah pinggang encik dah rosak. Dan benda ini, takkan pulih.”
Itu realiti paling pedih. Buah pinggang yang gagal takkan sembuh semula. Dialisis hanya meminjam masa. Transplant mungkin beri peluang, tapi barisan panjang, kos tinggi, penderma jarang. Antara mesin dan transplant, jawapan paling ramai takut dengar ialah tanah.
Hari ini, hampir 1 daripada 7 rakyat Malaysia ada penyakit buah pinggang kronik. Pada 2011, peratusnya hanya 9%. Pada 2018, naik jadi 15.48%. Itu lebih lima juta rakyat. Setiap tahun, lebih 9,000 orang baharu mula dialisis, cukup untuk penuhkan sebuah stadium kecil. Dari hanya 6,702 orang pada tahun 2000, kini hampir 40,000 orang hidupnya terikat pada mesin. Jika trend ini berterusan, menjelang 2040 lebih 106,000 rakyat Malaysia akan bergantung pada dialisis untuk hidup.
Dan puncanya? Bukan semata-mata diabetes atau darah tinggi. Kadang-kadang perkara remeh yang kita anggap biasa: pil tahan sakit yang ditelan hari-hari, makanan segera yang penuh garam, air kosong yang disekat sebab sibuk, herba dan suplemen yang kononnya selamat, rokok dan v**e yang merosakkan salur darah halus. Semua itu nampak kecil, tapi perlahan-lahan membunuh.
Dialisis bukan pengakhiran, tapi bukan juga kehidupan yang sama. Bayangkan empat jam duduk di kerusi, tiga kali seminggu, jarum besar menusuk vena, darah berpusing keluar masuk. Bayangkan anak kecil yang membesar di luar pintu pusat dialisis, menunggu mak ayahnya selesai. Bayangkan kerja terpaksa ditinggalkan, percutian dilupakan, hidup diikat pada jadual mesin.
Satu soalan yang selalu berulang, “Doktor, kalau saya jaga betul-betul lepas ni, boleh baik balik ke?” Dan jawapannya tak pernah berubah. Tidak. Buah pinggang yang gagal tidak akan kembali normal.
Kita selalu rasa tragedi berlaku pada orang lain. Sampai satu pagi kita bangun dengan muka sembap. Sampai satu petang kita berjalan dengan badan yang pelik letihnya. Sampai satu malam buih di mangkuk tandas tak hilang. Sampai satu hari kertas darah keluar dengan angka yang menghukum.
Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu mungkin esok giliran siapa?
Sanggupkah anda biarkan hidup anda dimiliki mesin, hanya kerana hari ini anda terlalu malas minum air kosong?

CC : Public Health Malaysia

Good Morning everyone 🥰
09/09/2025

Good Morning everyone 🥰

08/09/2025

“Mak, kenal siapa ni?”

suara anak bergetar, menggenggam tangan ibunya erat. Mak tersenyum lembut… tapi matanya kosong. Nama anak sendiri sudah hanyut entah ke mana.

Tengah malam disangka pagi.
Kata-kata tersekat, ayat tak pernah selesai.
Aktiviti yang dulu jadi kegembiraan, kini tidak lagi membangkitkan rasa.

Begitulah Alzheimer (nyanyuk) merayap senyap, merampas sedikit demi sedikit kenangan, hingga seseorang tidak lagi menjadi dirinya yang dulu.

Kalau tanda-tanda ini mula kelihatan pada orang tersayang, jangan tunggu.

Temani mereka buat pemeriksaan awal , kerana lebih cepat dikesan, lebih besar peluang untuk melambatkan kemerosotan.

Hidupkan semula minda mereka dengan senaman ringan, makanan sihat, buku, perbualan, atau sekadar kenangan lama yang dibuka kembali.

Jadikan rumah mereka syurga yang selamat susun atur teratur, labelkan ruang, mudahkan mereka rasa tenang.

Jangan abaikan hati & sokongan emosi untuk mereka, dan untuk kita yang menjaga.

Alzheimer memberi amaran. Jika kita peka, kita masih boleh menjaga ingatan itu daripada padam terlalu cepat.

Selamat Pagi 🥰
07/09/2025

Selamat Pagi 🥰

Selamat pagi 🥰
07/09/2025

Selamat pagi 🥰

07/09/2025

Apa yang anda perlu tahu tentang jangkitan Herpes kemaluan. Jom dengar Dr Emma kongsikan.

Mak ayah yang sangat perfectionist, cenderung mengkritik. Dan anak yang kerap sangat dikritik, akan membesar dengan self...
05/09/2025

Mak ayah yang sangat perfectionist, cenderung mengkritik. Dan anak yang kerap sangat dikritik, akan membesar dengan self-critic yang sangat kuat.

Rasa diri tak cukup bagus.
Tak layak.
Tak mampu buat yang terbaik.

Anak tu mungkin anak kita.
Mungkin juga diri kita.

Kalau dulu, saya tau je fakta di atas tu. Tapi selepas melalui terapi, saya dapat lihat sudut yang sebelum ni saya tak nampak. Iaitu sudut isi hati anak.

Luahan isi hati ini adalah luahan yang saya tulis mewakili isi hati anak, dan juga isi hati saya sendiri.


Masalah Perfectionist Dalam Parenting.

Asalnya, sikap perfectionist ni lahir dengan niat yang baik.
Nak anak capai potensi mereka.
Nak anak berjaya dalam hidup.

Tapi, bila perfectionist itu diterjemah dalam bentuk kritikan berterusan, kesannya sangat besar. Terutama dalam pembentukan emosi anak-anak.

Ciri-ciri perfectionist parents :
1️⃣ Sukar berpuas hati dengan pencapaian anak walaupun sudah baik.
2️⃣ Kerap membandingkan anak dengan orang lain.
3️⃣ Lebih fokus kepada kelemahan berbanding usaha atau kemajuan kecil.
4️⃣ Mengulang teguran yang sama dengan nada keras, tanpa memberi ruang untuk anak belajar sendiri.

Kesan kepada anak :

🥲 Self-critic yang tinggi: Anak membesar dengan suara dalaman yang keras, sentiasa merasa “saya tak cukup bagus”.
😫 Kurang keyakinan diri: Elak mencuba perkara baru kerana takut gagal.
🤧 Jejaskan hubungan anak dengan ibu bapa: sebab anak menjauhkan diri secara emosi.
😭 Tekanan, kemurungan, atau kecenderungan perfectionist yang sama bila dewasa.

Apa yang boleh dilakukan?

1. Tukar lensa pandangan
- Fokus kepada usaha, bukan hanya hasil.
- “Saya nampak awak cuba kuat tadi, mama bangga dengan awak.”

2. Dahului pujian sebelum teguran
- Gunakan kaedah 'sandwich' ; positive reinforcement hargai kemajuan kecil sebelum menegur kekurangan.
- "Mama rasa abang ni pengemas. Sebab mama nampak abang kemas barang kat bilik abang. Mesti tak ada masalah nak kemas lepas makan jugak."

3. Belajar untuk 'let go' sesekali
- Terima bahawa anak tak sempurna. Mereka perlukan ruang untuk silap, bangun, dan belajar sendiri.

4. Sedar akar dalam diri
- Kadang sifat perfectionist ni lahir daripada pengalaman kecil kita sendiri: dibesarkan dengan banyak kritikan, atau rasa tidak pernah cukup di mata orang lain. Bila kita sedar, kita boleh hentikan kitaran itu daripada berulang pada anak.

Menjadi ibu bapa perfectionist bukanlah satu dosa. Ini juga tanda kita sayang dan nakkan yang terbaik untuk anak.

Tapi bila rasa sayang tu kita kerap balut dengan kritikan berlebihan, yang tinggal untuk anak cumalah luka. Bukan kekuatan.

Tegurlah. Tapi jangan sampai mengherdik.
Ajarlah. Tapi jangan sampai mengkritik.

Anak perlukan bimbingan dan motivasi, tanpa menghancurkan.
Moga Allah rezekikan kita beri anak-anak kasih sayang yang memulihkan.

Good Morning 🌟✨🌞
04/09/2025

Good Morning 🌟✨🌞

04/09/2025
03/09/2025

Mereka bukan sekadar jururawat.
Mereka ibu kepada ramai anak yang bukan milik mereka.

Mereka panggilan yang kita angkat dengan tergesa, tapi suara mereka sentiasa tenang…

“Anak puan lahir tahun bila ya? Dah ambil vaksin tambahan belum?”

Dalam sibuk kita bekerja, mereka masih ingat anak kita. Dalam ratusan nama di buku log,
mereka tak pernah lupa satu pun yang belum dilindungi.

Mulai 4 Ogos 2025,

Jururawat kesihatan akan menyinsing lengan sekali lagi,menemui anak-anak kecil berumur 6 bulan hingga 4 tahun 11 bulan,lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025, untuk berikan vaksin tambahan campak dan rubella.

Dan kalau mak tanya,

“Kenapa perlu cucuk lagi? Bukan dah ambil masa kecil dulu?”

Jawapannya mudah,

Kerana perlindungan yang dulu mungkin dah menipis. Dos tambahan ini penting untuk pastikan anak kita kekal kebal dari penyakit yang boleh jadi bahaya.

Sistem imun kanak-kanak belum cukup kuat.
Vaksin tambahan ini ibarat perisai kedua untuk kuatkan semula, lindungi semula, cegah semula.

Mereka tak harap ucapan terima kasih.
Cukuplah anak itu datang, senyum, dan pulang semula dengan selamat.

MORNING EVERYONE 🥰🥰🥰
02/09/2025

MORNING EVERYONE 🥰🥰🥰

Address

18, Jalan Meranti 2, Dataran Shahab
Alor Setar
05300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Nusantara Alor Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Nusantara Alor Setar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram