07/04/2019
*💥💐Sebelum ini usus hanya dianggap sebagai organ tubuh yang penting untuk penyerapan nutrien.*
Namun kebelakangan ini, saintis mendapati usus menjalankan tugas yang lebih besar. Ia juga bertanggungjawab dalam soal daya tahan tubuh dan mungkin menjadi punca kepada penyakit kronik seperti Diabetes Jenis 2 dan beberapa jenis kanser.
Ini kerana usus mempunyai bilangan bakteria baik yg sangat banyak (mencecah trillion bakteria) yg bertanggungjawab mengekalkan kesihatan manusia.
Menurut Dr. Tara Menon, pakar gastroenterologist di University Wexner Medical Center, Ohio Amerika Syarikat, usus dan perut yang sihat mempunyai bilangan dan pelbagai spesis kuman yang baik. Ini disebut sebagai "microbiome".
Saintis berpendapat bahawa bakteria yang baik mencegah keradangan, sementara bakteria jahat dalam usus menggalakkan keradangan. Dalam usus individu yang sihat, terdapat keseimbangan antara keduanya.
Jika bilangan kuman jahat melebihi kuman baik, semua metabolite (toksin yg terhasil dari proses penghadaman makanan) yang dihasilkan oleh kuman jahat akan melepasi sempadan usus, masuk ke dalam darah dan menyebabkan keradangan pada bahagian tubuh yg lain.
Oleh itu, banyak kajian menunjukkan ketidakseimbangan antara kuman baik dan kuman jahat menyebabkan daya tahan yang rendah, alahan dan asthma, dan penyakit kronik spt
diabetes, penyakit jantung, multiple sclerosis dan beberapa jenis kanser.
Kesihatan usus juga dikaitkan dengan keresahan (anxiety) dan kemurungan (depression) malah penyakit neurologikal lain seperti schizophrenia dan dementia. Malah ia juga dikaitkan dengan obesiti.
Banyak faktor yg mempengaruhi keseimbangan ini. Antaranya:
1. Pemakanan yang kita makan.
2. Bagaimana kita dilahirkan. Mereka yang dilahirkan secara normal (vaginal delivery) mempunyai microbiome yang lebih seimbang berbanding mereka yang lahir secara pembedahan Cesarean.
3. Penyusuan ibu juga menggalakkan pertumbuhan bakteria yang naik.
4. Penggunaan antibiotik bukan saja membunuh kuman yang jahat, tetapi juga kuman yang baik.
Selain itu tekanan emosi (emotional stress) juga mengganggu keseimbangan bakteria dalam usus. Keseimbangan bakteria p**a akan mempengaruhi kestabilan emosi. Kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain.
Bagaimana kita tahu yang usus kita tidak sihat? Antara tandanya ialah kekembungan, cirit birit atau sembelit, sakit perut dan muntah.
Jika masalah ini berlarutan berbulan-bulan, dibimbangi ia mengundang penyakit yang lebih bahaya.
Keseimbangan microbiome ini dapat dikekalkan dengan:
1. Pemakanan yang seimbang teritamanya pengambilan sayuran (fiber sekurang-kurangnya 30gm sehari)
2. Minum air secukupnya
3. Pergerakan fizikal yang sesuai
4. Tidur yang berkualiti
Elakkan merokok dan minum arak. Begitu juga dengan pengambilan gula, makanan berproses dan daging merah.
Kuman-kuman yang baik dapat diperbanyakkan dengan makanan seperti yogurt, kefir, sauerkraut dan kimchi. Di Malaysia kita mungkin boleh memilih tempeh, budu, tempoyak dan cencalok. Cuma perlu diambil dengan bersederhana.
Saya juga mengamalkan minyak zaitun OLIVIE untuk mengekalkan kesihatan saya. Saya amalkan minyak zaitun OLIVIE setiap pagi dan malam. Alhamdulillah lebih sihat dan bertenaga.
tempahan www.wasap.my/60175750810