Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar

Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar Unit Promosi Kesihatan,
Wellness Hub Kota Setar,
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Darulaman, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
(1)

Tel: 04-7332775 Faks: 04-7347295 Visi: Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. Objektif: Untuk meningkat taraf kesihatan individu yang produktif melalui perkhidmatan yang merangkumi aspek penggalakkan,pencegahan,rawatan dan pemulihan.

12/01/2026

πŸ—“οΈπ“π€πŠπ–πˆπŒ πŽππ„ π‡πŽπ”π‘ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ 𝐂𝐋𝐄𝐀𝐍 𝐔𝐏 πŸπŸŽπŸπŸ”

Ayuh semua kita sertai aktiviti One Hour Malaysia Clean Up yang dijalankan pada Sabtu minggu ke-4 setiap bulan sepanjang tahun 2026.

Bersama kita luangkan masa dengan keluarga tercinta dan kejiranan untuk membersihkan kawasan dalam dan luar rumah bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes serta melakukan aktiviti kitar semula.

Jangan lupa untuk catatkan tarikh-tarikh penting ini pada kalendar aktiviti kita supaya tidak terlupa dan terlepas pandang nanti.



12/01/2026

π“π€ππˆπ€π“ π“πˆπƒπ”π‘ π‘π€πŠπ˜π€π“ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€πŸ’€

Berapa jam sebenarnya kita tidur setiap malam?

Berdasarkan Kajian Tabiat Tidur Rakyat Malaysia 2018, rakyat Malaysia hanya tidur secara purata 6.3 jam setiap malam, iaitu lebih rendah daripada keperluan tidur yang disarankan. Kekurangan tidur ini boleh menjejaskan tumpuan, emosi serta tahap kesihatan secara keseluruhan.

Kajian sama turut mendapati 4 daripada 10 orang mengambil masa sehingga 30 minit untuk lena, menandakan ramai berdepan masalah sukar tidur.

Akibatnya, 4 daripada 10 orang bangun pagi dalam keadaan mengantuk, penat dan lesu, walaupun telah tidur sepanjang malam. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada produktiviti, keselamatan dan kualiti hidup harian.

Tabiat sebelum tidur juga memainkan peranan penting. Sebanyak 35 peratus rakyat Malaysia menonton televisyen, mendengar radio atau menggunakan gajet sebelum tidur. Tabiat ini boleh mengganggu kualiti tidur. Mengurangkan pendedahan skrin dan mewujudkan rutin tidur yang sihat adalah langkah penting untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti demi kesihatan jangka panjang.


πŸ’— KERANA DIRIMU BEGITU BERMAKNA πŸ’—*Jom buat saringan kesihatan & kanser – PERCUMA!*Assalamualaikum & salam sejahtera,πŸ“’ Or...
12/01/2026

πŸ’— KERANA DIRIMU BEGITU BERMAKNA πŸ’—

*Jom buat saringan kesihatan & kanser – PERCUMA!*

Assalamualaikum & salam sejahtera,

πŸ“’ Orang ramai dijemput hadir ke PROGRAM SARINGAN KANSER DAN KESIHATAN sempena Jelajah Mini ANMS anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan MAKNA
perkhidmatan saringan *PERCUMA* seperti berikut:

🩺 Antara saringan disediakan:
βœ… Saringan Mammogram
βœ… Pemeriksaan Payudara
βœ… Saringan Kanser Serviks
βœ… Saringan Kanser Kolon
βœ… Saringan Kesihatan
βœ… Saringan PEKA B40
βœ… Derma Darah

πŸ—“ Tarikh: 19 – 22 Januari 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Perkarangan Klinik Desa Jabi

πŸŽ€ Mammogram PERCUMA untuk wanita yang layak:
βœ”οΈ Wanita berumur 40 – 70 tahun
βœ”οΈ Kategori B40 / pendapatan bawah RM4,850
βœ”οΈ Tidak mengandung / menyusu
βœ”οΈ Tidak pernah menjalani mastektomi / memasang implan

πŸ’‘ Saringan awal mampu menyelamatkan nyawa.
Datang awal, bawa ahli keluarga & rakan-rakan. Jangan tunggu sakit baru bertindak!

πŸ“² Imbas QR code pada untuk mendaftar. tempat *TERHAD*

πŸ”„ Mohon bantu sebarkan hebahan ini agar lebih ramai mendapat manfaat.
Terima kasih πŸ’

sebarang maklumat boleh hubungi klinik kesihatan pokok sena 04- 782 1355

08/01/2026

πŸ˜΄ππ„π‘πƒπ„ππ†πŠπ”π‘ πŠπ”π€π“ 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 π“π„π‘π‡π„ππ“πˆ π’π„πŒπ€π’π€ π“πˆπƒπ”π‘? πŸ’€

Berdengkur kuat bukan sekadar bunyi mengganggu, ia boleh menjadi tanda sleep apnea iaitu keadaan serius apabila pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur, kadangkala selama 10 saat atau lebih.

Keadaan ini menyebabkan kualiti tidur terganggu dan paras oksigen dalam badan menurun tanpa disedari, walaupun seseorang kelihatan sedang tidur lena.

Antara tanda amaran yang perlu diberi perhatian ialah berdengkur kuat, terhenti nafas ketika tidur, kerap terjaga tercungap-cungap serta rasa mengantuk berlebihan pada waktu pagi.

Faktor risiko termasuk obesiti, tonsil yang besar, merokok dan peningkatan usia. Jika tidak dirawat, sleep apnea boleh meningkatkan risiko darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar dan kencing manis.

Berita baiknya, sleep apnea boleh dicegah dan dirawat. Langkah seperti mengurangkan berat badan, berhenti merokok dan mendapatkan rawatan seperti penggunaan CPAP (Continuous Positive Airway Pressure) atau rawatan pembedahan tonsil boleh membantu.

Jika anda atau orang tersayang mengalami simptom ini, dapatkan pemeriksaan awal di fasiliti kesihatan. Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kesihatan yang lebih baik.


07/01/2026

πŸ”°πŒπˆπ’πˆ π’πˆπ‡π€π“ πŸπŸŽπŸπŸ”

Misi Sihat 2026 adalah komitmen bersama ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Kesihatan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya bermula dengan amalan harian yang konsisten.

Melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari seminggu mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes, obesiti serta membantu meningkatkan kesihatan mental dan kualiti tidur.

Pemilihan pemakanan sihat dan selamat juga memainkan peranan penting. Amalkan konsep Suku-Suku-Separuh, kurangkan pengambilan gula, garam dan lemak, serta tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi menyokong sistem imun dan mencegah penyakit tidak berjangkit. Pada masa sama, saringan kesihatan secara berkala membolehkan penyakit dikesan lebih awal sebelum menjadi serius.

Kesihatan menyeluruh turut merangkumi kesihatan mental dan persekitaran. Bijak mengurus stres melalui rehat mencukupi, aktiviti riadah dan sokongan sosial. Elakkan merokok dan penggunaan v**e kerana kedua-duanya terbukti meningkatkan risiko penyakit paru-paru, strok dan kanser.

Menjaga kebersihan persekitaran p**a membantu mencegah penularan penyakit berjangkit serta memberikan suasana yang lebih selesa dan bersih.

Tahun 2026 adalah masa terbaik untuk memulakan perubahan. Setiap langkah kecil hari ini adalah pelaburan besar untuk masa depan.



06/01/2026

Keracunan makanan boleh berlaku jika makanan tidak dikendalikan dengan betul. Antara puncanya ialah makanan mentah bercampur dengan makanan siap dimakan, makanan dibiarkan terlalu lama pada suhu tidak selamat, dan kebersihan yang kurang memuaskan.

Untuk mencegahnya, sentiasa jaga kebersihan, asingkan bahan mentah dan masak, masak makanan hingga betul-betul sempurna, dan simpan makanan pada suhu yang selamat. Sebagai pengguna, periksa makanan sebelum makan β€” lihat, hidu dan rasa.

Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama!

06/01/2026

π™Žπ˜Όπ™‡π˜Όπ™ˆ π™π˜Όπ™†π™•π™„π˜Όπ™ƒ

Pengarah Kesihatan Negeri dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengucapkan Salam Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mohamad Anuar bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Entomologi), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang telah kembali ke Rahmatullah.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah


06/01/2026

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.

Min saja ucap lewat πŸ˜… sebab masih belum terlambat untuk berbuat sesuatu tindakan yang baik. Sama juga dengan pemeriksaan gigi. Tahun lepas dah 'check' gigi ke belum? Kalau belum jom sama-sama baca post dan infografik ini. Sekiranya bermanfaat share dengan rakan-rakan dan pasangan anda.

Kenapa rakyat malaysia selalu tak dapatkan pemeriksaan gigi? sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi hal ini. Jom admin listkan sedikit untuk kita sama-sama lihat.

πŸ€” Antara puncanya adalah:

1. Budaya "Tak Sakit, Tak Pi"
Ini adalah punca paling besar. Majoriti rakyat Malaysia menganggap rawatan pergigian adalah rawatan kecemasan, bukannya pencegahan.

Mentaliti: Selagi gigi tak berdenyut sampai tak boleh tidoq malam, selagi tu rasa tak perlu jumpa doktor.

Kesannya: Bila dah sakit, biasanya masalah tu dah melarat (perlu cabut atau rawatan akar), yang mana kosnya lebih mahai dan prosedurnya lebih sakit.

2. Trauma & Perasaan Takut (Dental Anxiety)
"Fobia klinik gigi" bukan hanya pada budak-budak, tapi orang dewasa pun sama.

Kenangan Silam: Ramai yang teringat pengalaman zaman sekolah duluβ€”misi gigi datang bawak beg besi, bunyi mesin gerudi yang membingitkan, dan jarum bius yang nampak menakutkan.

Stigma: Persepsi bahawa "jumpa doktor gigi = kena cabut gigi" masih menebal dalam masyarakat.

3. Kekangan Kos & Masa
Walaupun klinik kerajaan (KKM) hanya caj RM1 untuk pemeriksaan, faktor lain tetap menjadi penghalang:

Waktu Kerja: Klinik kerajaan biasanya penuh pada waktu pejabat. Bagi pekerja gaji hari atau peniaga kecil di pasar tani/pekan rabu, tutup kedai bermakna hilang pendapatan hari tu.

4. Kurang Kesedaran Tentang Hubungkait Kesihatan Mulut & Badan
Ramai tak sedar bahawa mulut adalah "pintu masuk" penyakit lain.

Rakyat Malaysia kurang pendedahan bahawa masalah gusi (periodontitis) ada kaitan rapat dengan Diabetes (Kencing Manis) dan penyakit jantung.

πŸ€” Jadi apa yang boleh kita buat untuk atasi masalah di atas?

1. Ubah mindset kepada "cegah sebelum parah"
2. Mulakan dengan self screening. Perkara ini dapat memberi gambaran keadaan gigi anda di mata anda sendiri. Walaubagaimanapun, pemeriksaan di klinik tetap diperlukan kerana anda tidak nampak sepenuhnya keadaan gigi dan mulut anda.
3. Book appointment supaya masa anda lebih teratur. ini memudahkan anda untuk lebih bertindak.
4. Bawa pasangan/ rakan untuk bersama anda ke klinik pergigian. Percayalah ini sangat membantu apa fasa permulaan.

Admin doakan urusan dan azam followers semua dipermudakan.

Ingat Hari Jadi, Ingat Dr Gigi.
Tiada Kesihatan tanpa Kesihatan Mulut

04/01/2026

πŸŽ™οΈπ“π„πŒπ”ππ”π€π‹ πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π

Ayuh dengarkan temubual kesihatan
πŸ”ΈTarikh: 5 Januari 2026 (Isnin)
πŸ”ΈMasa: 12.15 tengah hari - 12.45 tengah hari
πŸ”ΈMedia: Radio Kedahfm
πŸ”ΈProgram: I-Sihat@Kedahfm
πŸ”ΈPanelis:
1) YBrs. Puan Mahiran binti Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Promosi Kesihatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
2) YBrs. Encik Mohd Zaidi bin Abdul Lateh , Ketua Penolong Pengarah (Promosi Kesihatan), Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
πŸ”ΈTopik: Misi Sihat 2026





04/01/2026

π’π„πŒππ€ππ† π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐀𝐓! πŸŽ™οΈ β­•

πŸ”˜π—˜π—£πŸ¬πŸ­ - π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—œπ—§π—¨ 𝗦𝗔𝗬𝗔

Jom saksikan siaran langsung di Facebook bertajuk "Sihat Itu Saya". Jangan lepaskan peluang untuk dengar perkongsian menarik tentang kesihatan oleh :

πŸ‘” 𝗬𝗕π—₯𝗦. 𝗗π—₯. 𝗠𝗒𝗛𝗗 π—­π—¨π—žπ—₯π—œ π—•π—œπ—‘ π—œπ—•π—₯π—”π—›π—œπ— 

Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pegawai Kesihatan Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

{ Moderator }

πŸ‘” π—˜π—‘. 𝗑𝗒𝗒π—₯ π—›π—”π—¦π— π—”π——π—œ π—•π—œπ—‘ 𝗠𝗒𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗 𝗑𝗒𝗒π—₯

Pegawai Pendidikan Kesihatan
Wellness Hub Kota Setar
Unit Promosi Kesihatan

E-sijil disediakan βœ…

Sila kongsikan pautan ini kepada rakan-rakan anda untuk menyertai sesi siaran langsung dari Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar.

π’π„πŒππ€ππ† π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐀𝐓! πŸŽ™οΈ β­•πŸ”˜π—˜π—£πŸ¬πŸ­ - π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—œπ—§π—¨ π—¦π—”π—¬π—”πŸ“… Tarikh: πŸŽπŸ’ 𝐉𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”β° Masa: 𝟏𝟎:𝟎𝟎 ππ€π†πˆJom saksikan siaran langsung di Face...
03/01/2026

π’π„πŒππ€ππ† π’πˆπ‡π€π“ 𝐒𝐀𝐓! πŸŽ™οΈ β­•

πŸ”˜π—˜π—£πŸ¬πŸ­ - π—¦π—œπ—›π—”π—§ π—œπ—§π—¨ 𝗦𝗔𝗬𝗔

πŸ“… Tarikh: πŸŽπŸ’ 𝐉𝐀𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”
⏰ Masa: 𝟏𝟎:𝟎𝟎 ππ€π†πˆ

Jom saksikan siaran langsung di Facebook bertajuk "Sihat Itu Saya". Jangan lepaskan peluang untuk dengar perkongsian menarik tentang kesihatan oleh :

πŸ‘” 𝗬𝗕π—₯𝗦. 𝗗π—₯. 𝗠𝗒𝗛𝗗 π—­π—¨π—žπ—₯π—œ π—•π—œπ—‘ π—œπ—•π—₯π—”π—›π—œπ— 

Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pegawai Kesihatan Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar

{ Moderator }

πŸ‘” π—˜π—‘. 𝗑𝗒𝗒π—₯ π—›π—”π—¦π— π—”π——π—œ π—•π—œπ—‘ 𝗠𝗒𝗛𝗔𝗠𝗔𝗗 𝗑𝗒𝗒π—₯

Pegawai Pendidikan Kesihatan
Wellness Hub Kota Setar
Unit Promosi Kesihatan

E-sijil disediakan βœ…

Sila kongsikan pautan ini kepada rakan-rakan anda untuk menyertai sesi siaran langsung dari Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar.

Klik di sini πŸ‘‰πŸ» https://www.facebook.com/share/1DsDK2Lbuv/

Address

Unit Promosi Kesihatan, Wellness Hub Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Unit Pendidikan Kesihatan merupakan Unit yang membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

Objektif utama Unit Pendidikan Kesihatan ini adalah ditumpukan kepada perubahan sikap dan tabiat untuk memperbaiki taraf kesihatan individu dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan masyarakat melalui :

Menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan dan untuk bertangungajawab terhadap kesihatan mereka,

Meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat tentang langkah-langkah promosi kesihatan dan pencegahan penyakit yang disediakan dan untuk memulihkan penerimaan kaedah tersebut