ROJAM
- Home
- Malaysia
- Alor Setar
- ROJAM
Pengeluar & Pengedar Ubat-ubatan Tradisional berasaskan Herba dan Gamat. Nama Syarikat: Penawar Industries Sdn. Bhd.
Address
Lot 292, Jalan Shahab 1, Shahab Perdana, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05350
Opening Hours
| Monday | 08:30 - 17:30 |
| Tuesday | 08:30 - 17:30 |
| Wednesday | 08:30 - 17:30 |
| Thursday | 08:30 - 17:30 |
| Saturday | 08:30 - 17:30 |
| Sunday | 08:30 - 17:30 |
Telephone
Website
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when ROJAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Contact The Practice
Send a message to ROJAM:
Our Story
Nama Syarikat: Penawar Industries Sdn. Bhd. No Pendaftaran Syarikat: 414528-X No Lesen Jualan Langsung: AJL 931013 Tarikh Pendaftaran Syarikat: 30hb Mei 1996 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Malaysia amat kaya dengan sumber-sumber tumbuhan semulajadi yang berubat. Ribuan spesis telah dikaji dan di buktikan mempunyai unsur-unsur perubatan yang boleh memyembuhkan pelbagai jenis penyakit oleh cerdikpandai-cerdikpandai Malaysia dan dari luar negara. Di samping itu p**a terdapat sejumlah hidupan marin yang mempunyai khasiat untuk memberikan kesihatan tubuh dan menyembuhkan pelbagai penyakit. Pada masa dahulu hanya bomoh, dukun, bidan atau yang sepertinya sahaja yang mempunyai pengetahuan mengenai jenis-jenis tumbuhan yang boleh dibuat ubat. Pengubat-pengubat tradisional ini memperolehi pengetahuan mereka secara keturunan atau pembelajaran yang lebih bersifat tradisional. Amat jarang daripada pengetahuan mereka ini yang dibukukan atau ditulis untuk dijadikan rujukan kepada generasi akan datang, sebaliknya kebanyakkan daripada pengetahuan mereka ini adalah dalam bentuk ingatan. Dengan mempunyai kilang ubat Tradisional bertaraf Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice), Penawar Industries Sdn Bhd berupaya mengeluarkan ubat-ubat bermutu tinggi dengan kebersihan yang terjamin dan selamat digunakan. Ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan diakui oleh Badan Kesihatan Sedunia (WHO). Syarikat juga mempunyai kakitangan berpengalaman dan terlatih didalam bidang pengeluaran ubat-ubatan tradisional. Selain itu syarikat juga sering diberi tunjuk ajar oleh pakar-pakar dari Universiti Sains Malaysia, Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Malaysian Herbal Corporation dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Di atas dasar ini dasar kawalan kualiti terbaik dan keberkesanan produk maka Penawar Industries Sdn Bhd merintis jalan untuk menawarkan produk-produk semulajadi dari sumber hutan dan lautan Malaysia kepada tuan puan. Saya berserta seluruh warga kerja ingin mendoakan kita sama-sama berjaya mengharungi langkah sebagai usahawan-usahawan zaman ini. Zaman yang penuh dengan onak ranjau dan duri persaingan. ………………………. Shuib Mohd Isa Pengurus Besar Penawar Industries Sdn. Bhd.