Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah

Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah, Medical and health, Jabatan Kesihatan Negeri, Alor Setar.

06/04/2026

Dari langkah pertama bayi ke senyuman warga emas, kita semua perlukan 'perisai'. ๐Ÿ›ก๏ธโœจSempena Minggu Imunisasi Sedunia 2026, jom pastikan perlindungan keluarga kita lengkap mengikut generasi! Vaksin berfungsi untuk semua. Jom sihat bersama! ๐Ÿ’ช

05/04/2026

"Autisme bukan penyakit yang perlu disembuhkan, tapi jiwa yang perlu difahami"

SELAMAT HARI AUTISME SEDUNIA 2 APRIL
"AUTISME DAN KEMANUSIAAN : SETIAP KEHIDUPAN MEMPUNYAI NILAI"

Tahukah anda? Lebih 90% kes kanser serviks berpunca daripada jangkitan HPV. Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser...
02/04/2026

Tahukah anda? Lebih 90% kes kanser serviks berpunca daripada jangkitan HPV. Di Malaysia, kanser serviks merupakan kanser ke-6 paling kerap menyerang wanita.

Sebab itu perlindungan awal melalui imunisasi HPV sangat penting untuk memberi imuniti kepada remaja perempuan sebelum terdedah kepada jangkitan. Vaksin ini membantu sistem imun menghasilkan antibodi untuk melawan virus pada masa hadapan.

02/04/2026

Ramai yang anggap demam campak (Measles) ni cuma demam biasa dengan ruam, tapi sebenarnya ia sangat mudah berjangkit dan boleh jadi bahaya kalau ada komplikasi!



01/04/2026

Pengesanan dan pemulihan awal dapat memberi harapan untuk anak-anak ASD menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.


Jom buat saringan kanser serviks.. jangan tunggu lagiScan kod QR untuk janji temu atau boleh tempah slot saringan melalu...
17/03/2026

Jom buat saringan kanser serviks.. jangan tunggu lagi
Scan kod QR untuk janji temu atau boleh tempah slot saringan melalui aplikasi MySejahtera


15/03/2026

Kisah Maya

Kanser payudara adalah kanser nombor satu dalam kalangan wanita di Malaysia. Tahukah anda? Pengesanan di peringkat awal ...
11/03/2026

Kanser payudara adalah kanser nombor satu dalam kalangan wanita di Malaysia. Tahukah anda? Pengesanan di peringkat awal sangat penting kerana ia meningkatkan peluang untuk sembuh dengan lebih berkesan!

Sayangi diri anda, sayangi keluarga anda. Mari kita sebarkan kesedaran ini kepada semua wanita hebat di luar sana! โœจ

Adakah anda tahu saringan awal boleh menyelamatkan nyawa? Kanser serviks boleh dicegah, dan langkah pertamanya bermula d...
11/03/2026

Adakah anda tahu saringan awal boleh menyelamatkan nyawa? Kanser serviks boleh dicegah, dan langkah pertamanya bermula dengan anda. ๐ŸŒธ

Jangan bertangguh lagi. Mari lakukan saringan di fasiliti kesihatan yang berdekatan. Sayangi diri anda demi insan tersayang๐Ÿ‘‹

09/03/2026

Saringan Kanser Serviks PERCUMA!
Wanita Malaysia berumur 30โ€“65 tahun dijemput menjalani ujian HPV secara kendiri bagi saringan kanser serviks.
โœจ Mudah dilakukan
โœจ Cepat
โœจ PERCUMA

Dapatkan temujanji di klinik kesihatan berhampiran anda.
Saring awal.
Langkah bijak menjaga kesihatan anda.

09/03/2026

Bersempena Hari Wanita Sedunia, kita menghargai peranan wanita yang terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan kemajuan negara. Sambutan pada tahun ini bertemakan โ€œMemartabat Wanita, Memperkukuh Negaraโ€, yang menekankan bahawa pemerkasaan wanita merupakan asas penting dalam membina masyarakat yang progresif, sihat dan sejahtera.

Dalam sektor kesihatan, wanita memainkan peranan besar sebagai barisan hadapan, pemimpin, penjaga keluarga serta penggerak komuniti dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI, usaha memperkasa wanita akan terus diperkukuh bagi membina masyarakat yang inklusif, berdaya tahan dan sejahtera.

Selamat Hari Wanita Sedunia! ๐Ÿ‘ธ

Ikhlas daripada
YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad
Menteri Kesihatan

๐—”๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—บ ๐˜„๐—ฏ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎโœจ_โ€œWANITA, dalam kesibukan menjaga semua orang, kadang-kadang kita terlupa untuk ...
04/03/2026

๐—”๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐˜‚๐—บ ๐˜„๐—ฏ๐˜ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎโœจ

_โ€œWANITA, dalam kesibukan menjaga semua orang, kadang-kadang kita terlupa untuk menjaga diri sendiri. Sedangkan, diri ini juga anugerah yang sangat berharga ๐Ÿ’—"_

Jom sama-sama menonton dan sertai program siaran langsung anjuran *Pejabat Pembangunan Wanita Negeri (PPWN) Kedah* seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh : 04 Mac 2026 (Rabu)

โฐ Masa : 10 pagi - 12 tengahari

๐ŸŽค Penceramah :
Dr. Siti Rohana Binti Ahmad
(Pakar Perubatan Kesihatan Awam, JKNK)

๐ŸŽฅ Platform : Online Facebook Ppwn kedah

๐ŸŒ Klik pautan ini untuk terus ke Facebook rasmi PPWN Kedah :
https://www.facebook.com/jpw.kedah

โœ… E-SIJIL DISEDIAKAN โœ…

Ikuti info/program yang terkini dari PPWN KEDAH dengan melayari:
๐Ÿ”ต Facebook: Ppwn Kedah
๐ŸŸฃ Instagram: ppwnkedah
๐Ÿ”ด Youtube: ppwn kedah
โšช๏ธ Twitter: JpwKedah
๐ŸŸข Tiktok: ppwn.kedah

Address

Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Informasi Kesihatan Keluarga Negeri Kedah:

Share