Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah Menyampaikan info pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengupas isu-isu pemakanan terkini
(1)

Dengarkan bicarawara i-Sihat pada 6 April 2026 (Isnin) jam 12.15 tengah hari secara langsung di KEDAHfm bersama Pn. Siti...
05/04/2026

Dengarkan bicarawara i-Sihat pada 6 April 2026 (Isnin) jam 12.15 tengah hari secara langsung di KEDAHfm bersama Pn. Siti Khairunnisa binti Pauzi, Pegawai Sains Pemakanan, Klinik Kesihatan Kepala Batas, Kedah.

01/04/2026

Bagi para ibu hamil di luar sana, jangan lagi percaya kepada mitos: Ibu mengandung perlu makan untuk “Dua Orang”!! Pemakanan sewaktu mengandung adalah penting untuk memastikan peningkatan berat badan yang ideal dan sihat seperti yang disarankan.

📣Pesanan untuk semua WANITA 🌸 Wanita Sihat, Wanita Anggun 🌸Dalam kesibukan harian dalam menguruskan keluarga dan kerjaya...
29/03/2026

📣Pesanan untuk semua WANITA

🌸 Wanita Sihat, Wanita Anggun 🌸

Dalam kesibukan harian dalam menguruskan keluarga dan kerjaya, kadang-kadang WANITA lupa satu perkara penting iaitu diri sendiri 💔

Hakikatnya, nak jadi wanita yang kuat, ceria & yakin, kita perlu mula dengan kesihatan diri 💪✨

Tak perlu tunggu masa lapang, tak perlu gym mahal! Dengan aktiviti seperti:
👉 Jalan kaki 🚶‍♀️
👉 Buat kerja rumah 🧹
👉 Naik turun tangga 🏃‍♀️
👉 Senaman ringan 30 minit sehari

Semua ni dah cukup untuk bantu:
✔️ Tingkatkan kecergasan fizikal
✔️ Kuatkan tulang & otot
✔️ Kurangkan risiko penyakit kronik
✔️ Tingkatkan keyakinan diri 💃

Ingat, wanita yang sihat akan lebih bersinar dari dalam 💖

💬 Tag kawan/isteri/mak/kakak, wanita yang anda sayangi ❤️

Musim raya ni, anak-anak kita mesti seronok dapat Duit Raya kan. Anak- anak menakan admin pun admin bagi duit raya juga....
27/03/2026

Musim raya ni, anak-anak kita mesti seronok dapat Duit Raya kan. Anak- anak menakan admin pun admin bagi duit raya juga. Seronok tengok depa beraya 🥰

Tapi marin admin pi Kedai Runcit kat Kampung nu, admin perasan, ramai budak-budak yang borong sakan beli coklat, gula-gula & air manis? Kalah admin depa pi borong gula2 coklat tu.😅😅

Bagi admin Tak Salah nak bagi mereka enjoy… tapi kena ada kawalan ya 😊

💡 Cadangan untuk ibu ayah:
• Bahagikan duit raya – simpan, belanja & sedekah
• Hadkan pembelian makanan manis
• Galakkan beli pilihan lebih sihat (buah potong, yogurt, susu kotak, air minuman yang kurang manis, produk yang ada logo pilihan lebih sihat, kek homemade kurang gula dan lain2 lagi)

🍭 Kenapa kena kawal makanan manis?
Terlalu banyak gula boleh:
– Tingkatkan risiko karies gigi
– Menyumbang kepada obesiti kanak-kanak
– Ganggu tenaga & fokus anak (kejap aktif, lepas tu lesu)

🥗 Didik anak dari kecil:
Ajar mereka beza “nak” vs “perlu”
Latih mereka buat pilihan bijak dengan duit sendiri

Bukan tak boleh beli gula-gula… tapi biar berpada-pada 🍬

Ingat ya, kesihatan anak adalah pelaburan jangka panjang kita..selamat hari Raya semua, admin sayang hampa-hampa semua❤️❤️



Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupny...
23/03/2026

Hampa kat “negeri sebelah matahari” ok ka tu..hangat lit-lit noh..Cuaca panas masa beraya ni, minum air kosong secukupnya untuk hilangkan dahaga! Kurangkan minuman manis yang mungkin menambah pengambilan kalori tanpa sedar!

22/03/2026

Raya Challenge 2026 – Day 2
🚫 STOP makan lepas 8.30 malam

Ramai orang berjaya kawal makan siang hari…
Tapi “tewas” bila masuk malam 😅

Lepas Isyak, mula mengunyah…
Kerepek, kuih raya, air manis tanpa sedar.

👉 Hakikatnya, makan lewat malam:
❌ Mudah terlebih kalori
❌ Ganggu metabolisme
❌ Cepat naik berat
❌ Tingkatkan risiko kencing manis

💡 Cabaran hari ini:
✅ Stop makan selepas 8.30 malam
✅ Kalau lapar, minum air kosong dulu
✅ Sibukkan diri (solat, kemas rumah, rehat awal)

🔥 Siapa join challenge ni, komen “DONE DAY 2”!

Kisah di petang Hari RayaPetang semalam anak pegang bahulu, saya hulur epal. Dia tanya, “Kenapa tak boleh makan bahulu j...
22/03/2026

Kisah di petang Hari Raya

Petang semalam anak pegang bahulu, saya hulur epal. Dia tanya, “Kenapa tak boleh makan bahulu je?” Saya senyum 😊 Bahulu sedap, tapi cepat buat kita lapar dan gula naik mendadak. Epal p**a bantu kenyang lebih lama dan baik untuk perut. Bukan tak boleh makan, cuma belajar seimbang. Kesihatan ni bukan tentang larang, tapi tentang pilihan setiap hari.



Makan ketupat bersama rendang,Saling bermaafan lupakan kesilapan,Pilih santapan secara seimbang,Pinggan Sihat Malaysia j...
21/03/2026

Makan ketupat bersama rendang,
Saling bermaafan lupakan kesilapan,
Pilih santapan secara seimbang,
Pinggan Sihat Malaysia jadikan panduan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas daripada,
Nutritionist Kedah♥️



SOP MAKAN KUIH RAYA: TAHU KALORI SEBELUM MAKAN🔎 Ambil tahu anggaran kalori 1 keping kuih(±30–80 kcal bergantung jenis & ...
21/03/2026

SOP MAKAN KUIH RAYA:

TAHU KALORI SEBELUM MAKAN

🔎 Ambil tahu anggaran kalori 1 keping kuih
(±30–80 kcal bergantung jenis & saiz)

📊 Kira jumlah yang dimakan
Contoh:
3 keping × 60 kcal = 180 kcal

🔥 Padankan dengan aktiviti pembakaran
±150–250 kcal boleh dibakar dengan:
• Jalan laju 30–40 minit
• Kemas rumah 45–60 minit
• Basuh kereta 45 minit

🎯 Prinsipnya:
Tahu nilai → Buat pilihan → Seimbangkan dengan pergerakan

Selamat Hari Raya!Pastinya banyak kuih-muih sudah tersedia. Di sini kami kongsikan buat semua penggemar kuih raya SOP Ma...
20/03/2026

Selamat Hari Raya!
Pastinya banyak kuih-muih sudah tersedia. Di sini kami kongsikan buat semua penggemar kuih raya SOP Makan Kuih Raya supaya dapat mengawal pengambilan kalori.

CARA BAKAR KALORI SELEPAS MAKAN KUIH RAYA 🍪🔥

Ambil 3 keping kuih raya ±150–250 kcal? Jangan risau, bakar semula dengan aktiviti mudah:

🚶‍♀️ Jalan laju 30–40 minit
🧹 Kemas rumah 45–60 minit
💃 Aktif bergerak semasa ziarah

💡 Tip: Gabungkan 1–2 aktiviti selepas jamuan untuk seimbangkan kalori tanpa rasa bersalah.

Raya tetap seronok, badan pun cergas! ❤️

Esok dah nak raya. Jom amalkan SOP ini untuk kekal ideal selepas raya😀SOP MAKAN KUIH RAYA: KONSEP 3-3-3 🍪Raya tetap meri...
20/03/2026

Esok dah nak raya. Jom amalkan SOP ini untuk kekal ideal selepas raya😀

SOP MAKAN KUIH RAYA: KONSEP 3-3-3 🍪

Raya tetap meriah, tapi kesihatan pun kena jaga! Amalkan konsep 3-3-3 untuk nikmati kuih raya tanpa risau:

🔹 3 keping kecil sahaja
🔹 3 jenis pilihan
🔹 3 rumah pertama sahaja

✨ Kelebihannya:
✔️ Kawal kalori & berat badan
✔️ Elak gula darah naik mendadak
✔️ Pilih kuih dengan bijak
✔️ Kawal nafsu makan & elak makan berlebihan
✔️ Mudah & praktikal untuk semua
✔️ Senang padankan dengan aktiviti bakar kalori selepas makan

💡 Tip tambahan: Tahu anggaran kalori setiap keping kuih → boleh rancang aktiviti pembakaran semula seperti jalan laju, kemas rumah atau basuh kereta.

Raya tetap nikmat, kesihatan pun terjaga! ❤️

Address

Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

https://sites.google.com/moh.gov.my/pemakanankedah/halaman-utama

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah:

Share