Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultanah Bahiyah Facebook Rasmi HSB. Sebarang pertanyaan atau aduan mohon kemukakan secara emel hsb@moh.gov.my

17 Perkhidmatan Kepakaran

Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit)
Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri)
Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Repr

oductive dan Urogynaecology)
Anestesiologi (Rawatan Rapi)
Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
Forensik (Histopatologi)
Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
Oral Maksilofacial
Radiologi
Perubatan Transfusi
Perubatan Kecemasan
Pergigian Pediatrik
Perubatan Rehabilitasi

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ-๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  | ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, Kursus Penghayatan Nilai-Nilai Islam telah berjaya di...
19/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—›๐—”๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ-๐—ก๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  | ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, Kursus Penghayatan Nilai-Nilai Islam telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada 19 April 2026 di Auditorium Hospital Sultanah Bahiyah dengan penyertaan yang memberangsangkan dalam kalangan staf hospital.

Program dimulakan dengan slot Tafsir al-Quran Surah An-Nabaโ€™ yang disampaikan oleh Dr Mohamad Hazli bin Ismail, diikuti ceramah โ€œIstiqamah Selepas Ramadan: Bukti Taqwa Sebenarโ€ oleh Ustaz Suhaizi Semail serta ceramah โ€œSenjata Akhir Zamanโ€ oleh Ustaz Mohd Fadhly bin Hasbullah.

Pengisian sepanjang program memberi penekanan kepada aspek penghayatan dan pengukuhan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, khususnya dalam kalangan warga kerja hospital.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha ini memberi manfaat berterusan kepada semua.

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€: ๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ปMemahami perubatan tradisional dan komplementari adalah satu kepe...
19/04/2026

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ถ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€: ๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐˜‚ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐˜€ ๐— ๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป

Memahami perubatan tradisional dan komplementari adalah satu keperluan kritikal dalam landskap kesihatan holistik masa kini. Ia membolehkan pengamal perubatan membina jambatan kepercayaan dengan pesakit, memastikan keselamatan melalui pemantauan interaksi rawatan, serta meneroka potensi integrasi yang mampu mengoptimumkan proses penyembuhan.

Pada 16 April 2026, Unit Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) telah mengorak langkah proaktif dengan menganjurkan bengkel sulung bertajuk "Meneroka Dunia Perubatan Tradisional dan Komplementari". Program yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan, Dr. Nukman bin Hussain ini bertujuan menyuntik kesedaran dan memperincikan definisi serta keberkesanan amalan ini dalam kerangka perubatan arus perdana.

Sesi bengkel ini dipadatkan dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi, bermula dengan wacana ilmu oleh Ketua Unit PT&K, Dr. Bint Al-Huda, yang mengupas asas perubatan tradisional serta aspek perundangan dan akta yang mengawal selia perkhidmatan tersebut di Malaysia. Bengkel diteruskan lagi menerusi slot integrasi klinikal oleh Pakar Rehabilitasi, Dr. Raja Nabila, yang membincangkan "Multidisciplinary Management of Stroke" dengan menonjolkan peranan signifikan akupunktur dan urutan Melayu tradisional sebagai pemangkin pemulihan pesakit, sebelum diakhiri dengan latihan amali yang memberi peluang kepada para peserta melihat demonstrasi teknik rawatan secara langsung daripada pengamal bertauliah.

Dalam konteks moden, PT&K berfungsi sebagai rawatan sokongan yang menyasarkan kesejahteraan emosi dan fizikal pesakit secara menyeluruh. Apabila diamalkan mengikut garis panduan yang betul, ia menjadi pelengkap (complementary) yang ampuh kepada rawatan konvensional.

Pendedahan ini diharapkan dapat memperkasakan para pengamal perubatan dengan ilmu yang lebih luas, demi memberikan rawatan yang terbaik, selamat, dan optimum buat setiap pesakit.

๐—”๐—Ÿ๐—ฃ๐—› ๐—›๐—ฆ๐—• - ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ | ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH), Tn. Haji...
17/04/2026

๐—”๐—Ÿ๐—ฃ๐—› ๐—›๐—ฆ๐—• - ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐——๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ž ๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ | ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH), Tn. Haji Zainol Abidin bin Mohamad bersama beberapa ALPH yang lain telah mengadakan kunjungan muhibah ke Hospital Alor Setar, semalam. Kunjungan ini telah disambut oleh Dr. Nukman b Hussain, Timbalan Pengarah Perubatan III dan beberapa pegawai & kakitangan HAS yang lain.

ALPH bukan sekadar pelawat. Mereka adalah suara komuniti, penghubung yang merapatkan jurang antara hospital dan masyarakat. Mereka mendengar, memahami dan membawa maklum balas sebenar dari lapangan untuk penambahbaikan berterusan.

Melalui lawatan dan mesyuarat berkala, ALPH menyantuni pesakit serta waris dengan penuh empati, sambil mengenalpasti ruang-ruang yang boleh diperkasa โ€” khususnya dalam aspek kebajikan dan kualiti perkhidmatan.

Lebih daripada itu, ALPH turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh sokongan kepada hospital melalui sumbangan untuk penambahbaikan fasiliti serta pelaksanaan program komuniti yang memberi impak langsung kepada kesejahteraan masyarakat.

Terima kasih atas dedikasi dan komitmen yang tidak pernah luntur. Anda adalah sebahagian daripada kekuatan kami.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Hospital Sultanah Bahiyah akan menganjurkan Program Ib...
15/04/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Badan Kebajikan Islam (BAKIS) Hospital Sultanah Bahiyah akan menganjurkan Program Ibadah Korban Peringkat Hospital Sultanah Bahiyah 2026.

Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai.

Kepada yang berminat boleh mengisi borang dan hantarkan di Unit Hal Ehwal Islam atau Unit Perpustakaan, HSB bersama slip pembayaran sekiranya pembayaran dibuat secara online. Mohon juga tuan/puan menguar-uarkan kepada yang berminat.

Terima kasih.

๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—›: ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก...
15/04/2026

๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฅ๐—” ๐—œ๐—•๐—”๐——๐—”๐—›: ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—–๐—”๐—”๐—ก ๐—ฌ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐——๐—ข๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—” ๐—ž๐—˜๐—•๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—จ๐—š๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—˜๐— ๐—”๐—”๐—› ๐—›๐—”๐—๐—œ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—œ๐—ฌ๐—”๐—› | ๐Ÿญ๐Ÿฑ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐™‡๐™–๐™—๐™—๐™–๐™ž๐™ ๐™–๐™ก๐™ก๐™–๐™๐™ช๐™ข๐™ข๐™– ๐™ก๐™–๐™—๐™–๐™ž๐™ ...

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat khusus buat warga kerja hospital yang terpilih menjadi Dhuyufurrahman (Tetamu Allah) serta mereka yang menggalas amanah mulia sebagai Petugas Haji bagi musim 1447H/2026M.

โ€‹Majlis ini bertambah bermakna dengan kehadiran barisan pengurusan hospital dan rakan-rakan setugas yang hadir memberi sokongan moral dan doa yang tidak putus.

Menunaikan haji bukan sekadar perjalanan fizikal, ia adalah tuntutan spiritual yang besar. Sebagaimana firman Allah SWT:

โ€‹โ€œDan sempurnakanlah ibadah Haji dan Umrah kerana Allah...โ€ (Surah Al-Baqarah: 196)

Ya Allah, kami memohon keberkatan dan keselamatan buat semua warga kerja hospital, yang bergelar Dhuyufurrahman, pergilah dengan tekad, pulanglah dengan rahmat. Semoga segala amal ibadah diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan Haji yang Mabrur serta sentiasa dalam perlindungan-Nya di Tanah Suci.

โ€‹Aamiin Ya Rabbal Alamin.

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ž๐—  ๐—๐—ข๐—  ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ! ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒPernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang wari...
14/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—ž๐—  ๐—๐—ข๐—  ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ! ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Pernahkah kita terfikir bagaimana perasaan seorang waris yang melepaskan organ orang tersayang demi melihat orang lain terus bernafas?"

โ€‹Suasana di Auditorium HSB pagi tadi sunyi seketika. Air mata dan keinsafan mengiringi perkongsian tulus daripada En. Mohd Shafiza dan Puan Sofiah. Mereka adalah wira yang membuat keputusan luar biasa iaitu mendermakan organ arwah anakanda tercinta demi kelangsungan hidup insan lain.

Kehadiran Puan Tamil Selvi, seorang penerima organ, menjadi bukti bahawa derma organ bukan sekadar janji, tetapi sebuah sinar harapan.

Program 'KKM, JOM IKRAR!' Peringkat Negeri Kedah 2026 hari ini telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Nor'Aishah Abu Bakar, dengan diiringi oleh Dr. Nukman Hussain, Timbalan Pengarah Perubatan HSB.

Mendengar pengalaman sebenar daripada waris dan penerima membuka mata kita tentang impak besar pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa. Setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas pengorbanan yang tiada galang gantinya.

Jom Ikrar! Anda boleh mendaftar sebagai penderma organ melalui aplikasi MySejahtera, atau layari laman sesawang https://www.dermaorgan.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

14/04/2026

๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ด๐˜‚๐—ฝ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฒ๐˜๐˜‚๐—น?

Sering rasa berdebar-debar atau degupan jantung terasa tidak sekata? Jangan ambil mudah! Irama jantung yang tidak normal boleh menjadi petanda isu kesihatan yang lebih serius.

Sertai kami dalam episod Sembang Santai Bersama Pakar malam ini untuk mengupas topik "Jantung: Bila Degupan Jadi Amaran" bersama tetamu khas kami, Dr. Kanta Rao a/l Narasamuloo, Pakar Kardiologi & Elektrofisiologi Hospital Sultanah Bahiyah.

Kita akan bincangkan segala-galanya tentang bagaimana jantung berfungsi, apa itu gangguan irama (arrhythmia), dan langkah pencegahan yang perlu anda tahu.

๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—›๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฌ ๐—จ๐—ฃ๐——๐—”๐—ง๐—˜ ๐——๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” | ๐Ÿญ๐Ÿฏ-๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayany...
14/04/2026

๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—›๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—ฌ ๐—จ๐—ฃ๐——๐—”๐—ง๐—˜ ๐——๐—œ๐—”๐——๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—๐—”๐—ฌ๐—”๐—ก๐—ฌ๐—” | ๐Ÿญ๐Ÿฏ-๐Ÿญ๐Ÿฐ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya 1st Kedah Forensic Pathology Update bertempat di Albukhary International University. Program yang julung kali diadakan ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan Persatuan Perubatan Forensik dan Sains Malaysia (MSFPS).

Dengan tema "The Essentials Revisited: A Deep Dive into Forensic Pathology Foundations", kursus ini telah dirasmikan oleh Dr. Badariah Binti Tambi Chek (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah), diiringi Dr. Nukman Bin Hussain (Timbalan Pengarah Perubatan III HSB).

Antara pengisian yang telah diatur urusetia adalah perkongsian topik menarik oleh penceramah tersohor seperti Dr. Mohd Suhani Bin Mohd Noor, Dr. Khairul Anuar Bin Zainun, dan Dr. Nor'amirah Binti Ahmad. Selain itu, ceramah-ceramah yang padat dengan ilmu dan memfokuskan kepada rumusan sebab kematian, diagnosis myocardial infarction/myocarditis, kes kecuaian perubatan, serta ilmu histopathology & pediatric forensic pathology. Seramai 114 peserta (Pakar, Pegawai Perubatan & Pascasiswazah) dari seluruh negara hadir memeriahkan majlis ilmu ini.

Syabas kepada jawatankuasa penganjur dan semua peserta! Semoga ilmu yang dikutip menjadi pemacu kemajuan bidang forensik di Malaysia.

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅTopik: Jantung: Bila Degupan Jadi AmaranBersama: Dr. Kanta Rao (Pakar Kardiologi ...
14/04/2026

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—œ๐—ก๐—œ: ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ

Topik: Jantung: Bila Degupan Jadi Amaran
Bersama: Dr. Kanta Rao (Pakar Kardiologi & Elektrofisiologi)

Jantung kita berdegup lebih 100,000 kali sehari. Tapi, adakah iramanya normal? Ketahui jawapannya malam ini!

๐Ÿ•— 8:00 Malam
๐Ÿ“ FB Hospital Sultanah Bahiyah

Jangan ketinggalan! Sebarkan manfaat ini. ๐Ÿ“ข

๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ก ๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—›๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ | ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€‹Kesesakan wad dan pengurusan katil y...
13/04/2026

๐— ๐—˜๐— ๐—”๐—–๐—จ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ฆ๐—™๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—”๐—ง๐—œ๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ž๐—ข๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฃ ๐—Ÿ๐—˜๐—”๐—ก ๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—›๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ | ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€‹Kesesakan wad dan pengurusan katil yang cekap adalah nadi utama kecemerlangan sesebuah hospital. Hari ini, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) mengorak langkah ke hadapan melalui Mesyuarat Peluasan Pelaksanaan Konsep Lean Healthcare dalam Bed Management Unit (BMU).

โ€‹Mesyuarat yang dihadiri oleh barisan pengurusan HSB, Ketua-Ketua Jabatan, Pakar-Pakar Klinikal dan pasukan kejururawatan, memfokuskan kepada integrasi konsep Lean dalam disiplin Pembedahan, Pembedahan Saraf, Ortopedik, Kardiologi, dan Respiratori.

โ€‹Melalui kerjasama padu antara disiplin klinikal dan sokongan klinikal, kami komited memastikan setiap pesakit mendapat akses rawatan yang lebih pantas, sistematik, dan berkualiti.

Unit Pengurusan Katil HSB turut meraikan Dr Ching Chen Hua, Pakar Perunding Perubatan (Nefrologi) sempena persaraan beliau berkuatkuasa 14 April 2026. Dr Ching Chen Hua, selaku Lean Champion telah terlibat dalam pengurusan katil HSB dengan pelaksanaan konsep Lean Healthcare sejak tahun 2016.

Segala ilmu, dedikasi, dan pengalaman luas beliau akan terus menjadi rujukan dan sumber inspirasi demi kecemerlangan perawatan pesakit di HSB.

โ€‹Terima kasih Dr. Ching. Selamat bersara dan jasamu tetap abadi dalam lipatan sejarah HSB.

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—–๐—œ๐—™๐—œ๐—– ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—–๐—˜ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—ง๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž (๐—”๐—ฃ๐—›๐—ก) ๐—ž๐—˜ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—œ๐—ฌ๐—”๐—› | ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€‹Hari i...
13/04/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—–๐—œ๐—™๐—œ๐—– ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—–๐—˜ ๐—ฃ๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—ง๐—œ๐—ฉ๐—˜ ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—ง๐—ช๐—ข๐—ฅ๐—ž (๐—”๐—ฃ๐—›๐—ก) ๐—ž๐—˜ ๐—›๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—œ๐—ง๐—”๐—Ÿ ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—œ๐—ฌ๐—”๐—› | ๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

โ€‹Hari ini, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Asia Pacific Hospice Palliative Care Network (APHN), yang diketuai oleh Associate Prof. Dr. Ghauri Aggarwal.

Kehadiran delegasi telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab, Pengarah HSB dan barisan pengurusan HSB. Turut mengiringi ialah Dr. Fazlina Ahmad, Pakar Perunding Perubatan (Paliatif) HSB selaku Ketua Kepakaran Kebangsaan Subkepakaran Perubatan Paliatif.

Turut hadir, Dr. Jeremy Rodney Davis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan) JKN Kedah, Dr. Siti Rohana Ahmad, Bahagian Kesihatan Awam dan Dr. Teh Chin Mey, Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Jalan Putra, serta Dr. Ezaty Dalila binti Adil, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM.

Fokus utama lawatan adalah untuk meninjau peluang kerjasama strategik, khususnya dalam aspek latihan dan pembangunan kapasiti penjagaan paliatif di Negeri Kedah. Delegasi turut dibawa melawat Unit Penjagaan Paliatif (PCU) HSB bertempat di Hospital Alor Setar

Sekalung penghargaan diucapkan kepada pasukan APHN, Dr. Ghauri Aggarwal, Dr. Raymond Ng, Mr. Giam Cheong Leong dan Mr. Lee Poh Wah, atas kesudian berkongsi kepakaran demi meningkatkan kualiti rawatan pesakit di Kedah.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada transformasi perkhidmatan paliatif yang lebih cemerlang demi kesejahteraan komuniti.

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!Merafak sembah dengan penuh takzim serta setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Muli...
13/04/2026

๐——๐—ฎ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜ ๐—ง๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐—ธ๐˜‚!

Merafak sembah dengan penuh takzim serta setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 13 April 2026, bersamaan 24 Syawal 1447H.

Semoga Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan yang berpanjangan, keafiatan yang berterusan serta kekuatan dalam memerintah dengan penuh hikmah, kebijaksanaan dan keadilan demi kemakmuran negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat jelata.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Sembah Takzim daripada Pengarah serta seluruh warga kerja Hospital Sultanah Bahiyah.

Address

Km 6
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultanah Bahiyah:

Share

Category