
10/07/2025
Alhamdulillah selesai Program Perayaan Tahunan Tadika Wilayah Thailand 1446H anjuran Pondok Tahfiz Padang Ru di Yala, Thailand.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan Ahli JawatanKuasa dan Urusetia bagi menjayakan program ini. Sekalung budi sentuhan abadi dan apresiasi kepada pihak penganjur kerana memberi peluang yang amat berharga kepada kami bagi turut serta menjayakan program ini.
Gambar ini adalah sebahagian daripada program yang telah berlangsung.